Posts

Showing posts from November, 2017

KESANG HOMESTAY MUAR 2017

Image
Bismillahirrahmanirrahim..........  No tel: 0137086003 Owner:Puan Nisa Homestay Kesang Muar. 12hb.11.2017,umi dpt kunci rumah,siap d cuci,sungguh baik pak Mahat selaku tukang yg cuci teratak singgah. Itulah nama yg umi beri tetapi di sebabkan letaknya di kampung kesang, umi namakan je Teratak kesang. Gamba kat bawah ni pandangan dari depan.  Teratak ni ada tiga bilik, dua bilik kat bawah, satu kat atas. Material bilik atas, menggunakan papan... Nak ingat kembali nostalgia lama menghuni rumah papan. Umi edit sikit gamba ni dgn gamba rumput semata mata nak tutup peralatan pak mahat yg belum di kemas sepenuhnya. Kecik je teratak ni, comey utk keluarga kecil, buat masa ni, tak terniat nak sewakan, buat Homestay je. Gamba kat bawah ni, ruangtamu. Minggu depan nak masukkan perabot, insyaAllah bolh beroperasi awal bulan 12.2017 Dapur. Tangga ke bilik atas. Bilik papan... Gamba terbaru akn d update slps perabut d masukkan.

Perkahwinan jarak jauh

Bismillahirrahmanirrahim............. Assalamualaikum anak anakku. Perkahwinan jarak jauh bukanlah impian seorang yg bernama isteri tetapi andai suratan tertulis demikian, berdamailah dengan takdir anakku. Cari hikmah d sebalik yg tersirat, tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia sia. Wahai anak anakku yg di cintai.... Bermulanya pjj(perkahwinan jarak jauh)  umi dengan Abi pada tahun 2000.Abuya di tugaskan di putrajaya, lebih dua tahun kat sana, kat kuala pilah negeri sembilan selama setahun selepas itu kat melaka, cuma kat melaka abi bolh berulang setiap hari walaupun agak jauh dari rumah kita.  akhirnya di tugaskan kat kuantan pada 2016 sehingga pencen. Cabaran  pjj berbeza utk setiap orang anakku, utk seorang surirumah sepenuh masa spt umi, asakan pertanyaan dari orang orang yg mengenali kadang kadang menggusarkan. Banyak sebab yg munasabah utk jawapan ini tetapi tak munasabah utk orng lain. Perpindahan yg kerap, sangat melelahkan. mengangkat perabot rumah seperti katil, p