Perkahwinan jarak jauh
Bismillahirrahmanirrahim.............
Assalamualaikum anak anakku.
Perkahwinan jarak jauh bukanlah impian seorang yg bernama isteri tetapi andai suratan tertulis demikian, berdamailah dengan takdir anakku. Cari hikmah d sebalik yg tersirat, tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia sia.
Wahai anak anakku yg di cintai....
Bermulanya pjj(perkahwinan jarak jauh) umi dengan Abi pada tahun 2000.Abuya di tugaskan di putrajaya, lebih dua tahun kat sana, kat kuala pilah negeri sembilan selama setahun selepas itu kat melaka, cuma kat melaka abi bolh berulang setiap hari walaupun agak jauh dari rumah kita. akhirnya di tugaskan kat kuantan pada 2016 sehingga pencen.
Cabaran pjj berbeza utk setiap orang anakku, utk seorang surirumah sepenuh masa spt umi, asakan pertanyaan dari orang orang yg mengenali kadang kadang menggusarkan. Banyak sebab yg munasabah utk jawapan ini tetapi tak munasabah utk orng lain.
Perpindahan yg kerap, sangat melelahkan. mengangkat perabot rumah seperti katil, petisejuk, mesin basuh dan sofa, bukanlah satu kerja yg mudah, bolh sakit pinggang d buatnya. Apatah lagi bila dah memiliki rumah sendiri, terasa berat hati nak biarkan kosong sekiranya tak ada penyewa ,yg lebih utama kos nak sewa rumah kat tempat abi bertugas tu agak tinggi dan membebankan utk kita.Beberapa kali pindah tempat, pelajaran anak anak merosot, mungkin kerana kamu perlu amik masa nak sesuaikan diri dgn kawan kawan dan guru guru yg baru d temui.
Bukanlah juga sesuatu yg mudah utk umi duduk sendiri kat rumah kita dengan enam orang anak yg masih kecil. Berbagai rasa silih berganti,adakala merah, hijau, kuning dan biru.
Rasa takut... Itu sudah semestinya, bukanlah takut kat hantu yg ada kat luar tu, walau seram sejuk bila melalui kawsn kubur d waktu malam ketika melaluinya sendirian ttpi lebih takut jika ada orng nak pecah masuk rumah....moga d jauhkan. Alhamdulillah setiap kali kejadian pecah masuk rumah, ketika kita tak ada kat rumah, pernah sekali jam tiga pagi, hari pertama puasa, ada yg berjaya pecah masuk rumah , nyenyak pula tido malam tu, tak dengar langsung bunyi bunyi mrk pecahkan pintu rumah...habis laptop dan buku buku bank di amik tetapi sedikitpon tak kejutkan kita dari lena yg panjang. Pernah satu ketika setelah jerebu melanda berpanjangan, hujan tak turun turun, tiba tiba di malam yg sepi kedengaran petir dan guruh saling sambar menyambar seolah olah mahu terbelah merekah alam ini .Bergegarlah seluruh jeriji besi tingkap dan pintu rumah bila guruh berdentum bersahut sahutan, bergetar dan terpancar percikan cahaya dari papan suis utama ketika kilat sabung menyabung, sungguh umi merasa takut seolah olah akn terbakarlah seluruh kampung ini, ketika itulah umi buka semua kunci rumah utk mudahkan kita lari jika kebakaran berlaku, orng jahat yg brkeliaran d mlm haripun lari ketakutan bila melihat petir yg sdng mengganas. Esoknya, ada d antara jiran kita menceritakan, rosak peralatan elektrik walau tak d gunakan.rosak akibat petir.
Tekanan.... Itu tak dapat d elakkan anakku, bila harus seorang diri menguruskan enam orang anak anak kecil, dengan sendirinya tahap garang seorang ibu meningkat. Kena bangun seawal pagi sebelum subuh, bergegas sediakan sarapan, pastikan kamu bangun dan gerak ke bilik air, klau nak kejutkan dgn suara lemah gemalai alamatnya tertidolah semula korang kat katil. Kena pastikan kamu solat subuh dlm masa yg sama umi juga harus urus yg kecik, tukar lampin dan memangku sehingga masuk dlm kereta jika masih tertido. D waktu pagi inilah, ada je peralatan sekolah yg hilang bergegaslah mencari ,kadang kadang terlupa buat kerja sekolah, umi juga tolong siapkan sementara kamu bersiap mengenakan baju sekolah.sungguh rasa terkejar kejar d waktu subuh utk siapkan anak anak.
Ketika kamu d sekolah, umi siapkn makan tengahari dan bawa ke sekolah, kat bawah pokok besar itulah kamu makan tengahari sebelum meneruskan persekolahan sekolah agama sesi petang. Dah tak wujud lagi pokok rendang tu. Banyak jasa kat kita.
Wahai anak anakku..
ketegasan seorang ibu sgt perlu utk pastikan semuanya tersedia tepat pada waktunya, jika lambat ke sekolah, lain pula hukuman yg d kenakan olh pihak sekolah, kena garang banyak agar kamu mampu bersiap tepat pada waktunya ke sekolah.
Di malam hari... Selaku ibu dan ayah,disiplin masih berjalan, solat maghrib berjemaah, mengaji makan malam dan siapkan kerja sekolah, tak ada istilah menonton tv. Cuti sekolah sahaja d benarkan duduk d hadapan tv menonton power rangers.
Wahai anak anakku, kadang kadang terasa lelah memikul tanggungjawab ini sendirian pastikan kamu selamat malah lebih terasa sayu bila berdepan saat saat anak anak sakit dan demam. Pernah umi kejutkan jiran pukul 3 pagi semata mata nak minta tolong hantar gi hospital,sape lah yg tak rasa bersalah mengganggu tidur lena jiran tetangga. Kadang kadang tak tidur malam utk pastikan suhu panas kamu turun bila demam panas melanda.
Lebih perit bila umi sendiri yg sakit,sabar ajelah wahai hati, pujuk diri sendiri kerana itulah kehidupan anakku, ada pahit ada manis seperti siang berganti malam kita hanya perlu bersabar d saat teruji ,bersyukurlah bila segalanya di mudahkan.
Kesepian.... Dengan anak yg ramai tak sempat bermenung dgn perasaan sepi ,seringkali terbangun d waktu malam, umi ke bilik anak anak,pastikan nyamuk tak ganggu tido kamu, tetapi di saat ini, ketika kamu semua dah dewasa, masing masing d sebokkan dgn kehidupan asrama, pastilah umi terasa kesunyian itu. Aktiviti keluar masuk rumah telahpun berlalu, umi habiskan masa dgn diri sendiri tetapi masih juga pjj kerana temankan k. Ngah yg telah pun berkerja kat sini sedangkan abuya kat pahang. Hanya satu anakku, umi buka mata hati ini seluas luasnya, cuba meneroka hikmah Allah atas takdir yg di tempuhi.Bagi umi..... Allah sedang mendidik umi utk bersedia dgn hari hari yg bakal d tempuhi olh setiap bakal warga emas, satu satu akan pergi atau d tinggalkan, persiapan mental perlu utk menyedarkan diri, bahwa akhirnya hidup ini sendirian juga, anak anak akan ada kehidupannya sendiri. Umi yg harus belajar dan tuntut ilmu ke dunia yg abadi.
Prasangka terhadap suami? Bumi mana yg tak di timpa hujan anakku, umi bukannya wali Allah, bukan juga isteri yg berhati suci putih bersih, adakala d uji dgn bisikan syaitan dan prasangka yg bermaharajalela d laman hati,satu satu airmata berderai juga, umi pandang ke langit, mohon doa... Allah... Pelihara suamiku, solehkan dia, Hati milik umi yg belum bersih,kuatkan aku Tuhanku.
Wahai anakku, pjj bukanlah seteruk yg d sangka ramai orang, sentiasa ada sisi indah utk setiap ketentuan, di saat kesedihan, keseorangan dan tertekan, akan hadirlah rasa nak bersabar,tawakkal,sangka baik dan sifat berdikari. Bermacam rasa akn hadir anakku,yang lebih penting bagaimana kita nak bersangka baik dgn Allah.
Wahai anak anakku....
Bagaimanapun kehidupan yg kita tempuhi, ada sisi indah d setiap ketentuan, hanya keyakinan yg membezakan samada kita mampu merasa bahagia atau hidup dgn hati yg memberontak.
Setiap kali d uji, perbaiki solat, yakinlah Allah sentiasa ada ,memberi pertolongannya.
Salam zuhur anakku.

Comments