Posts

Showing posts from June, 2019

Adat dan majlis pertunangan melayu selatan

Image
Bismillahirrahmanirrahim...............................  Ummi bukanlah orangnya yang layak mengupas adat istiadat orang melayu tetapi kita kena amik tahu adat untuk elakkan bersikap kurangajar pada jiran tetangga. Duhai anak anakku, jangan kamu meremehkan adat, fahami dan hormati adat masyarakat setempat,  d mana kaki berpijak di sana langit d junjung.  Setiap kali menghadiri majlis kenduri kahwin, tunang ataw aqiqah, sering ummi perhati persediaan yang mereka lakukan,bukan untuk meniru semata mata tetapi untk kita belajar mengetahui kenapa ianya harus di lakukan.  sedikit pemerhatian dan perancangan perlu di perhalusi termasuk kos yang akan di tanggung jika mahu mengadakan majlis di rumah sendiri.  TARIKH ................ memilih tarikh majlis,perkara pertama yang terbit d minda. Buang segala persepsi hari malang, sial dan hari yang baik, itu dah ketinggalan zaman. Ummi hanya fikirkan musim hujan dan musim cuti. Sukar melaksanakan kerja jika sehari suntuk hujan, mencari j