Adat dan majlis pertunangan melayu selatan
Bismillahirrahmanirrahim...............................
Ummi bukanlah orangnya yang layak mengupas adat istiadat orang melayu tetapi kita kena amik tahu adat untuk elakkan bersikap kurangajar pada jiran tetangga. Duhai anak anakku, jangan kamu meremehkan adat, fahami dan hormati adat masyarakat setempat, d mana kaki berpijak di sana langit d junjung.
Setiap kali menghadiri majlis kenduri kahwin, tunang ataw aqiqah, sering ummi perhati persediaan yang mereka lakukan,bukan untuk meniru semata mata tetapi untk kita belajar mengetahui kenapa ianya harus di lakukan. sedikit pemerhatian dan perancangan perlu di perhalusi termasuk kos yang akan di tanggung jika mahu mengadakan majlis di rumah sendiri.
TARIKH
................
memilih tarikh majlis,perkara pertama yang terbit d minda. Buang segala persepsi hari malang, sial dan hari yang baik, itu dah ketinggalan zaman. Ummi hanya fikirkan musim hujan dan musim cuti. Sukar melaksanakan kerja jika sehari suntuk hujan, mencari jalan selamat, elakkan bulan tengkujuh.kita berusaha, sekiranya hujan turun juga, tak perlu panggil bomoh ataw baca mantera, cukup berdoa mohon bantuan Allah.
Langkah menjimatkan kos, ummi memilh bulan syawal untuk majlis tunang.Tak perlu buat baju baru, cukup gunakan semula baju raya yang di pakai pada raya pertama. Kuih dan biskut raya bolih hidang untuk tetamu yang datang. Selepas majlis tunang, bolh buat majlis rumah terbuka dan marhaban pada malamnya. Sebab itulah ummi suka majlis seperti ini di rai kan pada bulan syawal.
PELAMIN
....................
Dahulunya... Ummi salah satu insan yang melihat pelamin itu satu pembaziran,malah sempat bergosip lagi... Hihihi. Begitu tegas menolak pelamin untuk anak sulung ummi ketika majlis tunangnya. Manusia sentiasa berubah anakku. Ketika tetamu datang rumah ummi, melihat tak ada pelamin, masing masing mahu mencari sudut yang cantik untuk bergambar malah ada langsung bertanya,'ada pelamin ke'. Ketika ini sudah terdetik, mahu mewujudkan satu sudut untuk bergambar.
Ketika menghadiri majlis akikah cucu jiran sebelah, tersergam pelamin yang d tempah, hati ummi rasa seronok berbunga bunga melihat cantiknya kreativiti orang lain. Salah kah jika ummi juga mahu buat pelamin. Bersarang pertanyaan itu. Dan akhirnya ummi mencari salah silap mendirikan pelamin.
1.Membazir,itulah ayat yang sering terdengar.Di sebelah pihak pula mengatakan kedekut,mampu tapi kedekut keluarkan duit untuk hiasan rumah. Masing masing ada hujah dan ummi amik keputusan untuk mendirikan mini pelamin yang sederhana,tidak ada istilah membazir d sini kerana ummi mahu pastikan semua barang barang yang ummi guna untuk hiasan pelamin, bolh d gunakan semula. Sekiranya d buang ataw d bakar selepas d gunakan, itu dah kira membazir.
2.Riak.ini alasan yang sangat lumrah di lemparkan. Ummi sendiri duduk termenung memikirkan soal riak. Riak kah ummi? Sering sangat kamu menggayakan baju jahitan ummi dengan penuh rasa harap kelihatan kemas, cantik dan anggun, berlama lama d hadapan cermin nak pastikan sesuai ataw tidak warna tudung dengan baju, di selitkan keronsang lip lap. Semua itu ,apakah tidak mendatangkan perasaan riak? Kita buat kueh mueh, seboleh-bolehnya kelihatan cantik menarik perhatian, itu juga boleh mengundang riak.
Apa sahaja yang kita miliki kat dunia ini, boleh mengundang dan melahirkan riak tetapi perlu ke kita tinggalkan semua itu, semata mata takutkan riak?
Hidup ini satu perjuangan, mendidik nafsu riak, itulah perjuangan utk bersihkan hati ini. Kita solat di samping itu didik hati menjauhi riak, buat sesuatu kerana Allah. Jangan terlalu bersangka buruk dengan tindakan orang lain,kecuali hal yang brsangkut paut dengan keselamatan.
3.ukhwah.sesekali berkumpul kat rumah, inilah caranya kita belajar berkerjasama, tolong menolong. Sama sama memerah keringat juga idea menjayakan aktiviti keluarga. Tutup sebentar T. V dan handphone, tolong ummi selesaikan tugas buat pelamin. Silaturrahim itu tidak subur dengan sendiri, hanya bertambah indah dengan kerjasama dan sifat bantu membantu. Andai hanya duduk berperap dalam bilik menatap handphone, lebihbaik bungkus segala baju dan keperluan harian, pindah kat gua yang tak berpenghuni,aman damai tak ada sesiapa nak ganggu.
Tiga perkara di atas yang terlintas kat fikiran ummi dan ummi lakukan walau ada je suara suara yang menentang.
Tadaaaaaaa.......... gambar kat bawah inilah hasil kreativiti kita. Tak kiralah bagaimana kritikan orang lain, ummi puas hati.. Itu sudah memadai. Kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang. Fateh dan falah antara yang begitu bersemangat nak membantu. Hebat cucu ummi tu.
Ikat langsir dari hanger besi, lilitkan bunga rose dan jadilah pengikat langsir.DULANG HANTARAN
..........................................
dulang hantaran adalah perkara yang ummi amik berat. Pada adatnya dulang hantaran dalam jumlah yang ganjil, janganlah kamu pertikaikan sangat jumlah itu, tak berdosa pun jika kita amik bilangan yang ganjil, Allah juga suka pada nombor ganjil sebab itu zikir selepas solat dalam bilangan ganjil.
Biasanya dulang hantaran ketika bertunang Sedikit, berbanding dgn majlis kawen, ummi suka meletakkan 5dulang dari pihak lelaki, 7dulang dari pihak perempuan.
Barang hantaran biasanya cincin tunang, kain, kek, buah buahan, coklat, sejadah, towel, al quran, tafsir dan apa sahaja yang tidak melanggar syariat. Namanya pon hadiah, nak hadiahkan sebiji rumah pon tak berdosa.
Gambar kat bawah ni, hantaran yang k. Ngah gubah.
Bila pihak rombongan lelaki datang, segala dulang hantaran akan d letakkan kat depan bulatan perbincangan, sebab tu, sediakan alas untuk meletakkan dulang hantaran tersebut.
Bagi ummi, gubahan hantaran ini terlalu simple, cantik bila ada kat depan mata tetapi seakan kosong bila berada dalam gambar. Bukan citarasa ummi tetapi ummi tetap menerima apapun gubahan yang mahu kamu lakukan sendiri.
SESSI PERBINCANGAN.
......................................................
Beginilah rupanya sesi perbincangan orang bertunang. Ada wakil dari kedua belah pihak untuk sampaikan hajat d hati. Ketika inilah penetapan tarikh majlis kawen dan duit hantaran yang akan di berikan.Perbincangan antara kedua belah pihak, hanya untuk mengesahkan secara rasmi perbincangan tak rasmi sebelumnya. Lazimnya, perbincangan tak rasmi telahpun d sepakati bersama oleh kedua dua pasangan.klau kedua dua pasangan langsung tak ada komunikasi, tak ada inisiatif saling mengenali, kat sanalah pentingnya majlis merisik yang di usahakan olih keluarga masing masing. Ummi telahpun maklumkan kat wakil keluarga tentang jumlah hantaran dan tempoh masa bertunang, tidak timbul soal tawar menawar dan perbalahan ketika sesi perbincangan.
Ummi tak pening kepala memikirkan duit hantaran, memahami calon pilihan anak tak ada simpanan yang menggunung, cukuplah sekadar ikut kemampuannya, rezeki seseorang adakala di cepatkan ada yang d lambatkan, bantu dengan cara berlebihkurang.
7777 ringgit sahaja dengan seutas gelang tangan emas,Alhamdulillah.
SARUNG CINCIN
..............................
Pada satu masa dahulu, anak dara yang d pinang, hanya duduk di dalam bilik, menanti mak pada tunang masuk ke bilik dan sarungkan cincin. Zaman telah berubah, ank dara yg bertunang duduk kat pelamin ataw berada dalam majlis itu.
Selesai perbincangan dan d persetujui bersama, tibalah masa untuk ibu pada bakal tunang sarungkan cincin pada anak gadis ummi.Cincin wajiblah dari emas tulen, nak simpan lama sebagai kenang kenangan. Ummi sendiri tak ingat kat mana cincin kawen ummi menghilang. Ketika ini, pihak lelaki serahkan dua bentuk cincin walaupun ummi tak meminta demikian. Kebiasaannya pihak lelaki serahkan cincin ketika merisik dan bertunang, sekiranya tak serah cincin ketika merisik, boleh serah kedua dua bentuk cincin ketika majlis tunang. Ummi di fahamkan, sebentuk cincin sudah memadai bagi adat negeri johor tetapi nak hadiahkan selori cincin emas pon bolih, tak bersalahan d sisi undang undang.
Gembira sungguh dapat dua bentuk cincin. Benarlah hadiah itu menggembirakan.
Selesai sarung cincin, baca doa kesyukuran dan penutup majlis. Sekiranya tak ada ahli keluarga yang mampu baca doa, mintalah ahli keluarga dari pihak lelaki baca doa. Klau tak ada yang pandai baca doa, jangan tinggalkan amalan ini, pergilah jemput imam kampung untuk baca doa selamat, insyaAllah selamatlah semuanya.
TEMPOH BERTUNANG.
...........................................
tempoh yang sangat sesuai 6 bulan hingga 1 tahun. Tempoh yang cukup untuk orang lelaki kumpul duit hantaran sekiranya tak cukup lagi. Seandainya tak yakin dapat menyimpan duit, tangguhkan dahulu hasrat d hati. Nabi suruh berpuasa jika tak berkemampuan untuk berkahwin. Jangan sesekali berhutang.
Tempoh yang di persetujui setahun, cukup untuk ummi jahit baju nikah. Menjahit itu sekejap, yang lamanya nak jahit labuci dan manik manik mutiara. Hiasan dulang hantaran, elok di beli terlebih awal seperti alas dulang, bunga bunga plastik hiasan dulang, bilik pengantin dan bunga telur. Meninjau butik andaman yang murah tapi berkualiti, catering dengan sejarah khidmatnya pada pelanggan. Silap memilih catering, makanan tak terhidang pada waktunya.
HADIAH UNTUK TETAMU
..................................................
Buahtangan eloklah di beri kat tetamu yang hadir terutama dari pihak keluarga yang datang meminang. Ketika ini ummi beli maruku dan air kotak,terpaksa kerah anak anak juga menantu ummi membungkusnya dalam plastik berbunga bunga, biar nampak cantik sikit. Untuk keluarga tunang k. Ngah, special sikit bungkusannya. Lupalah pula nak amik gambar.
JAMUAN MAKAN.
.................................
Jamuan makan, walaupun tak elok untuk mewar warkan majlus tunang, sedara mara, puppu papat, jiran tetangga... Adalah mereka yang tak bolih di abaikan dalam undangan. Hadir ataw tidak, cerita lain. Ukhwah kena jaga dengan menjemput kat wasap, tak perlulah cetak kad jemputan. Anggaran dalam 100 orang dan untuk membolihkan ummi menghadapi tetamu dengan tenang juga teratur, catering adalah jawapan untuk hidangan makan tengahari.
Kuih muih dan biskut raya, kebetulan majlis tunang pada bulan syawal.
BAJU
..........
Ummi serius memikirkan warna baju pada setiap majlis yang akan di adakan kat rumah. Warna adalah gambaraan perasaan dan kerana itu, janganlah kamu memilih warna yang terlalu suram, hari gembira biarlah warna warna gembira juga. Bezakan majlis kematian dengan majlis tunang, jika berminat juga dengan warna pudar, pilihlah tudung yang penoh ceria. Itu pilihan ummi. Baju tunang ni, ummi jahit sendiri,kita gunakan semula baju raya hari pertama kat majlis tunang k. Ngah. Jimat.
Gambar gambar semasa majlis bertunang.
Dulang hantaran dari pihak lelaki.
Anak bongsu ummi... Dah bolih di pinang. Hihi.
Alhamdulillah... Selesai majlis tunang anak gadis ummi. Bukan mudah untuk ummi beri kata muktamad untuk semua yang datang dalam hidup kita anakku. Ternyata jodoh itu sungguh tak terduga. Kita dah merancang, perancangan Allah kita tak tahu.
Siapapun yang hadir, singgah dalam hidup kita,menyapa dengan santun... Mereka itu orang yang baik dan sangat baik. Kita hanya hamba Allah yang berjalan atas ketetapannya.
Selamat malam anakku.
Comments