Posts

Showing posts from September, 2019

Gubahan Hantaran perkahwinan simple

Image
Bismillahirrahmanirrahim.......... Gubahan hantaran anak kedua, di gubah olih akak. Tema warna kuning. Di sebabkan masalah jarak yg jauh, pihak lelaki meminta k. Ngah gubah barang hantaran mereka. Inilah hasilnya.... Hantaran warna kuning hasil karya akak manakala merah hasil karya  kak ngah. Makanan sunnah. Set wangian Talipinggang dan wallet Tafsir Gubahan hantaran untuk pengantin perempuan. Kotak duit hantaran.  Alhamdulillah. 2019.

Persediaan Majlis nikah sederhana,k.ngah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Sesungguhnya hanya dialah yang berhak kita sembah. PEMILIHAN TARIKH DAN MASA.   majlis nikah antara anak lelaki dan perempuan berbeza sedikit. Lebih banyak persediaan untuk anak perempuan kerana kat rumah ibubapa pengantin perempuan  itulah majlis akad di langsungkan. Itu adatnya tetapi ada juga majlis nikah di laksanakan di rumah lelaki,dan sekarang lebih ramai ibubapa yang mahu majlis nikah di langsungkan kat masjid. Ummi dan Abuya masih memilih rumah sendiri, kerana di sanalah terciptanya kenangan. Melihat rumah ini di gunakan sepenuhnya dengan aktiviti keluarga,satu kebahagiaan anakku.  Pertama sekali, memilih tarikh dan tahun. Setelah di persetujui bersama kita pilih tema warna. Seharusnya, warna putih untuk busana pengantin,veil warna putih dengan sulaman manik berwarna mutiara.menjahit baju pengantin,  Kena mulakan sejurus selepas bertunang . Dah siap, s