Persediaan Majlis nikah sederhana,k.ngah.

Bismillahirrahmanirrahim................................ Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Sesungguhnya hanya dialah yang berhak kita sembah.

PEMILIHAN TARIKH DAN MASA. 

 majlis nikah antara anak lelaki dan perempuan berbeza sedikit. Lebih banyak persediaan untuk anak perempuan kerana kat rumah ibubapa pengantin perempuan  itulah majlis akad di langsungkan. Itu adatnya tetapi ada juga majlis nikah di laksanakan di rumah lelaki,dan sekarang lebih ramai ibubapa yang mahu majlis nikah di langsungkan kat masjid. Ummi dan Abuya masih memilih rumah sendiri, kerana di sanalah terciptanya kenangan. Melihat rumah ini di gunakan sepenuhnya dengan aktiviti keluarga,satu kebahagiaan anakku. 
Pertama sekali, memilih tarikh dan tahun. Setelah di persetujui bersama kita pilih tema warna. Seharusnya, warna putih untuk busana pengantin,veil warna putih dengan sulaman manik berwarna mutiara.menjahit baju pengantin,  Kena mulakan sejurus selepas bertunang . Dah siap, simpan elok dalam plastik putih ,ketika ini berkuranglah benda yang harus ummi fikirkan. 
Majlis nikah untuk k. Ngah, ummi mahu d laksanakan pada malam hari ,majlis sanding di siang hari. 

Dahulunya, untuk anak pertama, ummi dan abuya memilih nikah d pagi hari jam 10 pagi,  di ikuti dengan makan beradab jam 12 tengahari dan majlis bergambar di pelamin. Sebab utama demikian semata mata memudahkan dan menjimatkan kos. Ternyata perkiraan ummi salah anakku hihi. Biarlah ummi huraikan kat sini kelemahan dan kekurangannya. 

Nampak mudah kat kertas, nikah, makan beradab, bergambar kat pelamin ...selesai. Tetamu bolh balik dan majlis berakhir sebelum zuhur.pengantin boleh meraikan tetamu bersama ummi. Ternyata banyak masalah yang berbangkit mungkin kerana itulah pengalaman pertama ummi mengandalikan majlis kahwin.

Di pagi hari majlis, ahli keluarga tidak bersetuju dengan abuya yang tak menyediakan rumah sanggah,dan ketika itulah abuya minta izin jiran sebelah parit menjadikan rumahnya sebagai rumah sanggah menempatkan rombongan keluarga pengantin.Tidak bermasalah dengan hal itu, tetapi masalahnya bila ummi harus tolong sedara mara siapkan segala keperluan rumah sanggah. Makan minum tetamu, beli je kat warung berhampiran tetapi peralatan hidangan, pinggan mangkuk, gelas, saprah, cuci tangan, pisau dan segala yang berkaitan, kena sediakan. Sesuatu yang tak ummi rekod dalam otak. Datang mendadak.. Setiap pintu kabinet ummi buka mencari segala barang yang sesuai untuk tetamu, nak pastikan segala barang itu, berada dalam keadaan bersih dan boleh di gunakan. Mana mana barang yang tak lengkap, berkejar ke rumah jiran yang lain.. Bertanya jika barang itu ada dan bolih nak pinjam. MasyaAllah anakku, di saat itu, abuya juga bertanya kenapa ummi tak siap lagi berpakaian sedangkan ummi juga berhadapan dengan soalan soalan mencari garfu, mencari sudu, pisau,tisu, Sarapan pagi, benar benar membuatkan ummi pening. 
Dalam masa yang sama, anak anak ummi juga bertanya baju baju yang kena pakai ketika majlis maklumlah, banyak perubahan perabot di saat akhir dan letak baju baju juga berubah. Ummi kena turun naik tangga atas bawah, memastikan semuanya siap,sebelum majlis bermula pada jam 10 pagi. Alhamdulillah selesai tetapi dalam keadaan yang huru hara untuk ummi. Nak calit bedak kat mukapon tak sempat, apatah lagi nak belek penampilan diri. Cukup menutup surat, Alhamdulillah. 

Majlis anak kedua, ummi bertekad, nikah di malam hari,biar di pagi hari ummi berkesempatan berfikir dengan tenang selesaikan masalah berbangkit sebelum majlis bermula. Ummi nak rasa relax, tengok anak ummi di solek kat dalam bilik, sarapan dengan tenang di pagi hari dan melihat segala persiapan di laksanakan dengan perasaan tenang. Walau sebelah keluarga abuya tak bersetuju dengan alasan mereka tak dapat datang kerana masih berkerja pada siang jumaat dan melaksanakan majlis nikah tanpa kehadiran sedara mara, seolah olah tidak mengalu alukan mereka. Ummi tetap bertegas dengan keputusan ummi. Alasan ummi...Dah buat majlis nikah di pagi hari, sekarang nak rasa kelainan suasana d malam hari, walaupun sebenarnya ummi nak mengelak suasana kelamkabut bila buat dua acara dalam satu majlis. 

Alasan kedua ummi nak buat majlis nikah di malam hari kerana........ 
Ketika majlis kawen akak, kita memasak dalam jumlah yang banyak untuk sedara mara, jiran tetangga dan orang surau untuk majlis baca doa selamat. Dah serupa kenduri juga, untuk majlis kawen anak kedua, abuya masih mahu menjemput orang surau nak baca doa selamat, kenapa tidak di langsungkan je majlis nikah malam tu,tambahan kita menjemput ahli keluarga pengantin lelaki yang telah bermalam di homestay untuk makan malam kat rumah, turut serta baca doa selamat dengan orang kampung. Terlebih baik jika di teruskan je majlis nikah, untuk sebab apa, mahu di laksanakan keesokan harinya.Itulah antara sebab utama, ummi mahu majlis nikah pada malam itu.  Ummi juga mahu melihat hasil seni foto di malam hari. 
Alhamdulillah... Berjalanlah majlis nikah  sepertimana yang ummi impikan. Dalam hidup ini, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak,sesekali kita kena jadikan impian hati sendiri satu realiti bukan hanya berterusan menunaikan impian orang lain. 

Tercatatlah majlis nikah kak ngah pada 23.3.2019 bersama pasangannya berasal dari kelantan. .Alhamdulillah.

PERJALANAN MAJLIS NIKAH. 

Petang jumaat,kedatangan rombongan pengantin kat homestay. Sebagai tetamu keluarga, ummi telah sediakan sedikit minuman panas dan kuih muih untuk minuman petang mereka kat homestay. Ummi cuma goreng karipap segera dan  pisang goreng. Nikah di waktu malam, bererti ummi kena boking jurusolek di malam hari termasuk fotographer,sedikit bayaran tambahan di kenakan kerana khidmat di hari yang berbeza.

ketika majlis nikah, pengantin lelaki ,perempuan ,wali dan imam juga saksi akan berada di hadapan pelamin.ummi berada di sebelah anak gadis ummi, untuk menguatkan semangat anak perempuan yang bakal bergelar isteri.  Sebenarnya, ramai orang yang berpusu pusu mahu berada dekat dengan mempelai, mungkin kerana lafaz nikah itu jarang di tonton depan mata, menjadi sebab tarikan utama.  Kat sinilah juga barang hantaran di susun atur secantik yang boleh, biar hasil gambar cantik bersinar,nampak meriah. 

Selesai majlis nikah, doa selamat di ikuti majlis makan malam yang di sediakan oleh pihak catering .menu nasi putih dengan lauk ikan, sayur dan ayam. Ummi masak mee bandung muar. 

Jam 7 - 8 pagi sarapan bermula. Di sediakan oleh catering dengan menu nasi lemak, kuih muih kampung. Ummi dan Abuya menjemput keluarga pengantin lelaki bersarapan dengan kita. Semua sarapan di sediakan olih catering termasuk air teh dan kopi. 

Jam 9 pagi, kedatangan pelajar wanita dari madrasah ummu Anisah seramai 40 orang untuk baca berjanzi, marhaban Diba'i. Ahli keluarga yang tak terlibat dengan rewang, ikut serta berzanji manakala yang terlibat kerja kerja tambahan, bertungkus lumus kat dapur selesaikan tugasan. 

GAMBAR MAJLIS NIKAH, SANDING DAN
OUTDOOR. 


NIKAH

Selesai solek, duduk bergambar kat pelamin, 

Melihat wajah ini, langsung tak ada iras ummi.


Hantaran lelaki dan perempuan, kita susun kat depan pelamin. K. Ngah gubah hantaran dari pihak lelaki dengan hiasan bunga bunga merah. manakala bunga kuning, hantaran dari kak ngah, di gubah khusus oleh akak, maklumlah dah tak ada idea, kata kak ngah.weiwei.. Pengantin lelaki sedang merenung gubahan k. Ngah.

Sebelum nikah, sedikit peringatan dari pak imam. 

 Penyerahan wang hantaran


Sah nikahnya.

Doa kesyukuran,dah sah bergelar isteri.



Hadiah gelang tangan.Ketika inilah Nak rasa 'touching' kata orang muda muda,maklumlah pertama kali d sentuh olih seorang lelaki yang bukan darah daging. Perasan gemuruh, gementar ataw terharu tak datang kat lubuk hati ummi ketika anak gadis ummi bernikah, jauh sekali menangis kerana di hati ummi penuh dengan tugasan memastikan majlis berjalan lancar,  hati ummi terusik bila Melihat hasil jahitan ummi terlihat cantik pada hari pernikahan kamu. 


Lihat veil itu... Hmmmm, ummi sangat gembira dengan hasil karya ummi anakku.




Rasa bahagia lah tu








GAMBAR SANDING

Berarak dari rumah jiran.Ummi terlupa membuat bunga manggar, Alhamdulillah, d pagi hari ketika sedang duduk mendengar anak anak madrasah mengalunkan nazam dibai'e, ummi terlihat kayu bunga manggar tersandar kosong kat sudut rumah. Ketika itu jugalah cari orang untuk buat bunga manggar dan itulah bunganya d junjung olih sepupu kamu dari sabah. Bunga manggar inilah yang akan d pacak kat depan rumah. Sesiapa sahaja yang melihat bunga manggar kat halaman rumah, pasti mengetahui ada majlis kahwen kat rumah tu kerana itulah budaya orang melayu anakku, tak salah teruskan tradisi ini.



Pengantin sampai je, di beri minum air masak. Itulah adat jawa.
Ketibaan rombongan pengantin pada waktu tengahari, teruskan makan tengahari dan sessi bergambar.
Gambar kat bawah, pengantin bergambar kat pelamin, selaku tuan rumah, tak dapatlah ummi sertai kerana wajiblah meraikan tetamu yang datang ke rumah.


Makan berdamai atau makan beradab, kenapa dinamakan begitu?? Kerana ketika inilah kedua dua keluarga makan semeja dengan penoh adab dan santun. Ketika ini makan dengan niat jalinan ukhuwah dua keluarga. Segala kepakaran menghias hidangan kat meja bolih lah d gunakan sepenuhnya untuk menunjuk kesungguhan dan gembiranya tuan rumah menyambut tetamu. Klau tak suka tetamu datang hidang je dengan batu bata ataw kayu kayan, pasti semua tetamu maklum mereka tak di alu alukan. Hihi...
 Kek yang d sediakan olih pihak catering. Selaku tuanrumah, biasanya tak sempat duduk kat meja makan beradab, hanya hantar wakil keluarga. Tuan rumah merai kan tetamu yang datang silih berganti. Selepas makan, sessi bergambar.


 Srpertinya ada pengantin yang kelihatan bam bam d sana.


OUTDOOR

Selepas majlis berakhir, pengantin pon bergambarlah kat tanjung. Awalnya ummi minta dorang bergambar kat kebun blkng rumah je, ntah kenapa jurugambar bawa g tanjung. Tak kisahlah.... Dah penat.







Sangat suka melihat gambar ini.mungkin kerana latar belakang yang nampak luas terbentang.


Gambar gambar nikah kahwen, d simpan untuk tatapan generasi kemudian anakku. Entah kenapa Allah takdirkan ummi tak ada walaupun sekeping gambar nikah, walaupun ummi adalah orangnya yang suka berfoto di zaman remaja. Gambar abuya je, rasanya ada dlm blog ini. Tak pasti dalam tajuk apa.

Segala persiapan dan perlaksanaan  pernikahan antara anak anak ummi, pasti sentiasa berbeza. Sekiranya timbul rasa tak puas hati d kalangan kamu, cek balik hati, sejauh mana hubungan hati dengan Allah. Hati yang banyak prasangka, hasad dan sentiasa tak puas dengan nikmat yang Allah beri, kena cuci balik dan mintalah hati yang bersih dari Allah. Ibadah yang berterusan akan membersihkan hati yang kotor. InsyaAllah.

Salam maghrib anakku.






Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN