Pengalaman pantang bersalin sendirian
Bismillahirrahmanirrahim............ Anak sulung ummi lahir ketika ummi berusia 22 tahun, terlalu mentah untuk mengetahui cara bagaimana untuk berpantang selepas bersalin. ketika itu d tahun 1989 ,handset dan internet belum pun wujud,nak dapatkan mklumat,sngt sukar. Keluarga sebelah ummi,dari kaum dusun tidak mengamalkn pantang larang yang membawa pada rehat yg panjang. Emak ummi beritahu, biasanya dalam sepuluh hari slps bersalin mrk dah mula melakukan tugasan harian, klau orang lelaki gi kebun, kaum wanitanya dah pon berjalan berbatu batu nak angkat air dari perigi ataw sungai, mereka memasak dua tiga hari selepas bersalin, membersihkan rumah dan mengurus baby. Untuk mendapatkan nasi, mereka kena menanam padi, menuainya sendiri dan menumbuk padi dgn lesung kayu yg besar utk mendapatkan beras, semua itu perlukan tenaga empat kerat,brpantang lama samalah dengan menutup periuk nasi sendiri. Alhamdulillah...ketika tiba masa ummi, zaman dah berubah tetapi bukan semua kaum ibu ada reze