Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor.Kali ke 4

Bismillahirrahmanirrahim........... Minggu raya ke 2,ummi terima panggilan telefon memaklumkan tarikh konvo darjah khas utk sekolah agama negeri johor. Alhamdulillah, sungguh teruja dan gembira ana mendengar khabar itu. Walaupun jauh perjalanan kuantan-larkin dan kembali ke muar, umi dan abi tetap memenuhi hasrat ana naik ke pentas menerima sijil darjah khas ini. Minggu ketiga raya, ummi dan abi bertolak dari kuantan menuju ke johor bahru utk menjemput ana.Bertolak pada petang khamis dan sampai ke joho lebih kurang jam 10 malam. Meninjau hotel yg ada di tepi jalan dan abi memilih hotel golden hope. Alhamdulillah masih ada kekosongan.
Lobi hotel
Bilik tido
Cafe
Sarapan, umi tersuka dengan langsir kat cafe hotel
 Pemandangan bandar skudai d waktu subuh

Pagi jumaat umi dan abi dah sampa
i kat asrama stf, teruskan perjalanan balik rumah, rumah agak sepah setelah d tinggalkan selepas majlis marhaban minggu pertama raya. 
Petang jumaat ummi menuju ke rumah ustazah kat sabak awor utk mengambil jubah konvo ana. Pagi sabtu umi, ana dan adik menuju ke kompleks sukan pagoh,Di sinilah majlis itu berlangsung. Jam 9 pagi daftar kat depan dewan, orang ramai dah pon berkumpul memenuhi dewan... Alhamdulillah masih dpt tempat duduk. Umi pon tak faham, banyak kerusi kosong kat tengah, kat tepi juga yg penuh ini menimbulkan kesukaran utk orng yg datang sedikit lewat.
Ini dia gambar umi kat kwsn parking. 
Sebelum masuk dewan bergambar dulu dgn jubah konvo
Selesai naik pentas, dapat ijazah tu.. Kita keluar dewan,brgbar lagi dgn sijil darjah khas. Penganugerahan masih berlangsung dalam dewan tetapi kita balik dulu, tak sangguplah menunggu sehingga majlis tamat.
Ana pulangkan jubah tu kat ustazah yg bertugas depan dewan
Sijil darjah khas hanya terdapat di negeri johor, selepas tamat sekolah agama darjah enam, mereka teruskan ke darjah khas.kelas hanya sekali dalam seminggu.

Selesai urusan kitapon jenguk warung kat depan dewan, aiscream juga jadi pilihan. Hemmmm
 sungguh rasa bersyukur kamu berenam tamat darjah khas walaupun sering tertido dalam kelas.Hanya ana tak mengikuti kelas kerana kesempitan waktu, ana belajar sendiri kat dorm sambil bertanyakan rakan rakannya yg mengikuti kelas sepenoh masa, walaupun tak capai pelajar cemerlang, masih perolihi pangkat 1.Anak gadis umi smua dpt pangkat 1,Afik je pangkat 3,alhamdulillah lulus.
Sesampai d rumah, k. Ngah dah kemas rumah dgn bersih. Alhamdulillah.. Pandai juga ank gadis umi mengemas.
Salam maghrib anak anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN