Pengalaman pantang bersalin sendirian

Bismillahirrahmanirrahim............

Anak sulung ummi lahir ketika ummi berusia 22 tahun, terlalu mentah untuk mengetahui cara bagaimana untuk berpantang selepas bersalin. ketika itu d tahun 1989 ,handset dan internet belum pun wujud,nak dapatkan mklumat,sngt sukar.
Keluarga sebelah ummi,dari kaum dusun tidak mengamalkn pantang larang yang membawa pada rehat yg panjang. Emak ummi beritahu, biasanya dalam sepuluh hari slps bersalin mrk dah mula melakukan tugasan harian, klau orang lelaki gi kebun, kaum wanitanya dah pon berjalan berbatu batu nak angkat air dari perigi ataw sungai, mereka memasak dua tiga hari selepas bersalin, membersihkan rumah dan mengurus baby. Untuk mendapatkan nasi, mereka kena menanam padi, menuainya sendiri dan menumbuk padi dgn lesung kayu yg besar utk mendapatkan beras, semua itu perlukan tenaga empat kerat,brpantang lama samalah dengan menutup periuk nasi sendiri.
Alhamdulillah...ketika tiba masa ummi, zaman dah berubah tetapi bukan semua kaum ibu ada rezeki utk d bantu olh keluarga, begitulah juga dengan ummi. Ibu menetap jauh dari rumah sewa ummi dan ummi sendiri tidak mempelawa ibu ummi menjaga ummi ketika brpantang kerana emak merupakan tonggak utama dlm keluarga yg mencari rezki utk adik adik ummi yg masih bersekolah .pengalaman ummi menjaga 6 orang anak ketika berpantang bersalin ummi citerkan kat sini, moga bermanfaat utk kamu anakku.
Selepas bersalin, biasanya ummi berada kat wad utk satu malam,  ketika dalam wad bolhlah berehat terbaring kat katil,fokus kat baby semata mata kerana telah ada petugas yg sediakan makanan dan bersihkan mana yg patut. fokus kat diri sendiri juga terutama dalam aspek kebersihan.,maklumlah tidak semua orang  akan bersalin serta merta,selepas keluarnya tanda tanda sakit nak bersalin.Kekadang sakit bersalin amik masa yg lama dan bagi ummi sendiri menghadapi saat saat sakit, umi abiskan masa  berjalan mengelilingi kawasan dlm rumah. Bila penat.... Umi duduk ada waktunya ummi berdiri dlm keadaan rukuk, nak kurangkan rasa sakit kat pinggang .
Menahan sakit itu menyebabkan peluh keluar berderai tak ingat dah nak mandi ataw berwangi wangian, biasanya darah akan keluar  sehari dua sebelum bersalin, itu ummi, lain orang... Lain ragamnya. Dengan peluh dan darah yg keluar d ikuti dengan air ketuban, pastilah berbagai bau semerbak sebab itulah sebaik ummi bolh berdiri dan bolh  bergerak ke bilik air, berushalah bersihkan diri dari dari segala bau darah. Bersihkan diri dengan air suam anakku.
Walau tanpa bantuan ibubapa atau adik beradik, bantuan suami sangat d perlukan waktu ini terutama nak beli barang barang keperluan baby,menjemput tukang urut dn juga beli barang keperluan dapur.Berada d hospital, ada jururawat yg datang membantu sekiranya kita benar benar tak berdaya, ujian sebenar bila bersendirian kat umah dengan bayi yg perlu d urus.

Minggu pertama d rumah abuya temankan umi, bantu mana yg mampu,alhamdulillah...tetapi banyak perkara yg harus kita lakukan sendiri anakku,maklumlah...abi juga, spt ummi bnyak lagi yg belum d ketahui.
Di pagi hari, umi bersihkan diri, pakailah obat sapu kat perut yg di beli kat kedai jamu tu, pakai bengkung dengan kemas dan ikut keselesaan,kita bolh nilai sendiri ketat mana nak ikat bengkung, jgnlah pakai sampai rasa sakit dan sukar nak bernafas, cukup sekadar kemas dan dapat meguatkan perut yg dah lembik kosong dgn keluarnya baby. bengkung ummi jahit sendiri ketika ummi mengandung, dgn bengkung yg trikat kat perut inilah memudahkan ummi brgerak ketika melakukan keje.
Selesai uruskan diri, mandikn baby.....
Umi sediakan smua peralatan baby spt baju,lampin,wangi wangian dan peralatan mandi letak dlm bekas.ummi gunakan jug utk amik air dan masukkan kat besen. Otot otot perut masih belum kuat, jganlah gagahkan diri angkat air dalam jumlah yg banyak. Umi letak besen kat tepi pintu bilik air,senang nak amik air dari pili paip dan senanglah nak tumpahkan air tu kat lantai bilik air kelak. Klau tak ada water heater, sedialah air panas kat thermos.air mandian baby tak perlulah nak penoh besen tu, baby tu bukannya kotor sangat pon. Ketika tak mampu sngt nak mandikan, amik air suam kat mangkuk, basahkan towel kecik dan bersihkan baby dgn hati yg gembira kerana baby merasai tenang dan resah seorang ibu.
Sediakan juga tilam kecik yg ringan, senang d angkut ke hulu ke hilir. Sebelum proses mandi, sediakn towel juga losyen tepi tilam tu krna sebaik keluar dari air suam, pasti baby sejuk. Jgn biarkn baby kesejukan terlalu lama, bolh masuk angin,tu kata orang melayu.sapukan minyak putih ataw telon kat perut, dada, belakang dan tapak kaki baby setelah mandi, sapukan losyen kat celah celah kulit yg berlipat agar baby tak alami ruam yg teruk. Ketika k. Ngah alami ruam yg teruk kat pipi, tak sembuh walaupon d letak calamine losyen, umi letak tepung ubi yg telah d campurkan dgn sedikit air. Cam bedak sejuklah jadinya. Tempek kat ruam tu tebal sikit.sangat berkesan, sehari je... Ruam yg berair dah kering tetapi bukan semua cara tu berkesan atas semua baby, bergantunglah pada jenis kulit.
Selesai mandi, susukan baby. Biasanya baby akn tido lepas mandi dan menyusu.ketika baby tido,umi siap g masak. Pakai sarung tangan plastik yg ada jual kat kedai tu, mulakan urusan cuci pinggan, ikan atau sayur dan masak nasi, memang rasa tak kuat dan tak selesa buat keje ketika dlm pantang tetapi jika biarkan perut kosong tak makan, mudarat nya lebih besar anakku. Sebenarnya umi mampu gunakan sarung tangan tu, seminggu je.,tak selesa melakukn tugasan dgn sarung tangan. Masak pon yg mudah je, masak nasi, rebus je sayur tu dgn bawang putih, merah dan halia. Ikan yg d bersihkn, letaklah kunyit, garam dan sapukan dgn sdkit minyak zaitun .letak kat kuali dan hidupkn api dgn api yg kecil. Masak lebih sikit, utk tengahari juga mlm dan utk sarapan pagi, maklumlah  dah letih menyusukn baby pada waktu malam, seawal subuh perut dah rasa lapar. Kenalah bijak sikit sediakan makanan sihat yg bolh d makan bila bila masa kita rasa lapar agar perut tak masuk angin.
Ketika umi berpantang, masih lagi gunakan lampin baby, sehari bolh capai 20-30 helai lampin, maklumlah babykan kerap kencing,mujurlah masa tu mesin basuh dah wujud cuma kena buang dahulu najis yg ada kemudian masukkn ke dlm mesin basuh.sekarang lebih mudah, ada je lampin pakai buang.
Bukan hanya fizikal yg kena kuat anakku tetapi persediaan mental, biar ramai kaum ibu kat luar sana yg berehat tak buat keje kerana berpantang ,berlapang dada dengan rezeki yg allah beri, walau harus melakukn smua keje seminggu lepas bersalin, Allah beri ummi rezki tenaga utk bangkit melakukan tugasan itu, rezki wang ringgit utk membeli segala peralatan keperluan baby,rezki suami yang bertanggungjawab. Ramai lagi orang yg ummi kenali, sehabis keluar dari wad bersalin, dengn baby kat pelukan itulah mereka menunggu bas kat stesen utk balik rumah, ada juga sahabat yg  hanya ada beras dan air masak kat rumahnya. Melihat golongan yg berkerja keras utk hidup tanpa sokongan padu... Terasa begitu beruntungya hidup .Alhamdulillah.... Ummi ingatkan diri sendiri, Jgn berkeluh kesah dgn segala tugas dan tanggungjawab yg wajib d hadapi.sesungguhnya rasa bahagia itu mampu d miliki olh semua insan walau dalam bebanan timbunan tanggungjawab yg tergalas d bahu .Itulah keadilan Allah anakku....bahagia itu,mampu milik setiap insan,andai terdidiknya hati dgn rasa syukur.

Masalah..... Itu juga normal langit mana yg tak pernah mendung. Semakin bertambah anak, semakin bertambah usia, semakin berkuranglah tenaga. Ketika bersalin anak ke 4,dengan tiga orang anak yg masih kecik.... Tugasan kat rumah juga bertambah. Ada waktunya terpaksa mengenepikan soal pantanglarang demi anak anak kecil yg lain. Anak ke empat.... Hampir sebulan cirit birit, setiapkali sehabis menyusu badan, abng ngah cirit ini membuatkan abng ngah sentiasa mahu menyusu .untuk menanak nasi sebentarpon terlalu sukar ,kerana mendengar jeritannya mahu menyusu, ibu mana yg tak kelamkabut kalau anaknya yg masih dalam hari menjerit menangis sekuat hati. Dalam masa yg sama umi juga perlu masak utk diri sendiri dan utk 3,orng anak yg lain.sungguh...mahu rasanya menangis,yeaaah menangislah anakku,jangan simpan tangismu.dengan segala kesukaran yg harus d tempuhi membawa ummi mengenang kesukaran emak ummi membesarkan anakanak,terasa hebatnya emak ummi melalui kesakitan hidup,melaluinya bersendiri juga. Mungkin kerana kekuatan seorang ibu, memberi kekuatan pada ummi juga.
Sebulan umi bertekad menyusukan anak ke empat dengan susu badan, akhirnya ummi tewas bila baby ummi tak mahu berenggang dgn air susu dari ummi, fahamlah ummi... Air susu ummi kurang zat,makan minum ummi pon tidak teratur dgn tido malam yg terganggu,keletihan ini mengurangkan kualiti susu ibu.  Ummi berikan susu formula utk abng ngah, sejurus minum susu formula sebotol, cirit birit nya selama sebulan, berhenti dan pertama kali baby tido nyenyak beberapa jam. Alhamdulillah... Itu menunjukkan baby kenyang.Ada perkara yg baik tapi tak mampu utk kita miliki apatah lagi mahu berkongsi dgn orng lain,mahu rasanya menyusukan anak sendiri selama 2 tahun, tapi tak mampu umi lakukan.
Berpantang anak kelima. Masyaallah.... Umi semakin lemah anakku. Jarak kehamilan yg dekat tanpa d rancang, perpindahan tempat tinggal dan kesukaran abuya mendapatkan cuti, mengundang tekanan yang tak d sedari. Walau sukarnya berpantang, ketika anak dah bertambah, janganlah fikir diri akan di timpa sakit meroyan. Kekuatan  dan ketenangan mental akan menjauhkan seorang ibu dari meroyan. Berdoalah, minta kat Allah dan yakinlah, bantuan Allah sentiasa ada.mungkin kita tak nampak bantuan itu dari orang lain, tapi Allah bantu kita dengan caranya, Allah hadirkan anak anak yg memahami keletihan seorang ibu, Allah bantu kita dgn kesihatan sehingga dpt nelakukn keje rumah walaupon dlm berpantang dan Allah bantu kita dgn rahmatnya, rasa kasih  sesama ahli keluarga dan merasa selamat dgn tanggungjawab seorang suami. Nikmat Allah manakah yg mahu kita dustakan anakku. Jangan hanya kerana satu kesusahan yg menjengah d dalam hidup, kita melupakan jutaan nikmat Allah yg kita kecapi.
Setiap masalah akan berlalu pergi seiring dengan hari berganti, biar masalah setinggi gunung, bertahanlah d jalan yg lurus, pertahankan solat anakku, ketika buntu, ketika sibok, ketika terasa bersendiri dan ketika marah juga bosan dengan segala galanya..... Teruskan solat lima waktu,walau tanpa rasa khusyuk,kerana kita hamba Allah, Allah perintahkan solat, lakukanlah dengan rasa taat. Insyaallah Allah menjaga kita tanpa sadar anakku,klau kita merasa sadar ,itu lebih hebat.
Akhirnya, berpantang anak k enam... Ummi d bantu olh emak ummi selama 2 minggu. Alhamdulillah.selepas dua minggu, ummi yg masih lagi belum pulih sepenohnya telahpon mula drive kereta untk menjemput anak anak balik sekolah.
Atur langkah dengan perlahan, pakai bengkung dan baju panas ketika keluar rumah, jgn biarkan diri terbiar sejuk terlalu lama. Ketika ini, anak anak yg lain dah berada d bangku sekolah rendah, didik mereka dgn keje yg ringan seperti menggalas sendiri beg sekolah.,sediakan hidangan nakanan dan sesekali membantu menukar pampers baby. Setiap kali anak anak kecil rajin membuat tugasan rumah, syukurlah, tak perlu nak bangga kerana sifat rajin seorang insan berbeza, ada yg rajin sewaktu kecil tetapi dewasanya malas dan sebaliknya bolih berlaku,syukur dgn anak anak yg Allah hadiahkan. Anak anak itu amanah.
Anakku, sesiapapon insan mahu berehat di waktu diri sendiri merasa dalam keadaan lemah tetapi  jika sebaliknya terpaksa bertungkuslumus berkerja, yakinlah, ada hikmah Allah d atas semua itu.
Salam dhuha anakku
Salam merdeka
31.8.2016 indera mahkota pahang.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN