Posts

Showing posts from May, 2017

Badai rumahtangga

Bismillahirrahmanirrahim.................. Bumi mana tak di timpa hujan, lautan mana tak bergelora...... . Semua orang mahukan yg terbaik,yang indah indah bak pelangi, mahukan hidup yg mudah, senang,pasangan yg setia, penyayang, bantu membantu...... Semua yang sempurna itu, mahu d miliki. Hakikatnya kita insan biasa anakku, bukan di setiap waktu kita berhati putih bersih, ada rasa marah tertanam, cemburu prasangka buruk, sedih dan letih. Hanya ilmu yg membolihkan kita bertindak wajar, bila emosi mengatasi segala rasa kacaubilau . Wahai anak anakku...... Ketika ummi d uji merasakan ada orang ketiga yang mahu mendekati abi, rasa marah begitu bermaharajalela d sanubari. Betapa sukarnya menurunkan suhu amarah itu anakku , walau tanpa ada  bukti ,abi berpaling pada wanita lain....ternyata rasa marah ini mengundang pada prasangka yg keterlaluan, mendorong hati mengikut katahati sendiri utk bertindak tanpa siasat selidik terlebih dahulu. Wah..... Rasa marah menghilangkan sifat rasional u

Hari konvokesyen ipma(institut pengajian mara) 2017

Image
Bismillahirrahmanirrahim................ 29.4.2017.Hari konvokesyen institut pengajian mara kat  Dewan PICC(putrajaya international konvensyen center). Terletak d atas bukit, nampak tersergam indah... Bukit buatan rupanya. Kat dalam bukit itulah letaknya parking kereta.  Majlis bermula jam  8pagi,acara d waktu pagi memudahkan cari parking kereta berbanding acara jam 2 ptng.perkarangan luar dewan,sangat luas,cafe kedai runcit terlihat d sana tetapi harganya bolh tahan. Ummi ternampak mini taman dlm kaca ni, tak tahulah pintu masuk ada kat mana. Selesai sarapan nasi lemak kat cafe, ummi naik ke aras dewan tingkat 4.kat luar dewan inilah kelihatan pemandangan bandar putrajaya yang cantik, walau tasiknya, hutan dan bukit ...buatan manusia, tetap cantik d pandang mata. Pandangan luar dewan kat aras bawah, d sediakan persembahan nyanyian kat pengunjung yg datang. Ramai para graduan yg datang dengan ahli keluarga besar, hanya 2 orang yg d benarkan berada dlm dewan utk setiap kelu