Badai rumahtangga


Bismillahirrahmanirrahim..................

Bumi mana tak di timpa hujan, lautan mana tak bergelora...... . Semua orang mahukan yg terbaik,yang indah indah bak pelangi, mahukan hidup yg mudah, senang,pasangan yg setia, penyayang, bantu membantu...... Semua yang sempurna itu, mahu d miliki. Hakikatnya kita insan biasa anakku, bukan di setiap waktu kita berhati putih bersih, ada rasa marah tertanam, cemburu prasangka buruk, sedih dan letih. Hanya ilmu yg membolihkan kita bertindak wajar, bila emosi mengatasi segala rasa kacaubilau .
Wahai anak anakku......
Ketika ummi d uji merasakan ada orang ketiga yang mahu mendekati abi, rasa marah begitu bermaharajalela d sanubari. Betapa sukarnya menurunkan suhu amarah itu anakku , walau tanpa ada  bukti ,abi berpaling pada wanita lain....ternyata rasa marah ini mengundang pada prasangka yg keterlaluan, mendorong hati mengikut katahati sendiri utk bertindak tanpa siasat selidik terlebih dahulu. Wah..... Rasa marah menghilangkan sifat rasional utk berfikir wajar.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€’πŸ€’πŸ€’πŸ€’πŸ€’
Wahai anak anakku.....
Ada hikmahnya kita berbeza sikap dengan pasangan, hebat perancangan Allah yg sering kita tak sadar,melihat kelemahan pasangan ,sering itu yang di besar besarkan.Dengan rasa marah yg membiak pantas kat hati, umi pujuk diri dengan ingatkan kebaikan abi, seketika itu terlintas pula kebaikan dan pengorbanan yg umi lakukan selama ini . Ummi ingat kan diri betapa istiqamahnya abi gi surau n masjid, menjaga solat lima waktu, sekilas itu teringat cerita cerita kat media social, betapa ramainya ahli agama yg penoh ilmu d dada tewas dengan pujuk rayu wanita, semampunya ummi ingatkan diri, bahwa suami dan orang yg kita sayang, bukan milik diri sendiri, Allah bolh beri dan tarik balik segala anugerah itu.ummi amik Al, Quran membacanya utk sejukkan hati, ummi yakinkan diri, bicara kat hati kecil sendiri, bahwa ujian ini utk didik diri ummi agar menyedari, cinta ummi masih kuat kat manusia,masih terfokus pada cinta dunia,  sehingga tak merasakan hebatnya kasihsayang Allah,hebatnya cinta Allah,Doa tak putus agar Allah tunjukkan kebenaran. Allahu...... Betapa telah d gerakkan segala kewajaran otak ini berfikir, menyuluh hitamnya hati dengan ilmu tetapi masih tak dapat mengatasi rasa marah yg membuak buak hanya kerana prasangka,  Huh....., rasa marah telah menutup kejernihan mata hati. Wahai anakku,
Segala rasa marah yg bercambah,terlahirlah..... dalam bentuk kata kata yg ummi utuskan kat wasap.Abuya membalasnya dengan doa kesejahteraan utk kita. Bila segala usaha telah kita lakukan  utk memujuk diri, memujuk hati, Allah mendengar anakku.... Allah itu dekat, Segala kemarahan yang menyala nyala terpadam sendirinya dengan kehadiran suami tercinta d depan mata. Ummi sendiri merasa pelik, kemana perginya  marah yang telah membuatkan ummi sakit hati, sakit dada. Melihat suami muncul d depan rumah dengan senyuman, kemaafan mengatasi segala galanya, ternyata ummi tenggelam dalam rasa marah dan prasangka. Jauh d sudut hati ummi, merasakan ,tak mampu mengusir rasa marah prasangka kat abi,tanpa rahmat Allah anakku, Allah bantu dengan caranya, sejukkan kemarahan ini, lembutkan hati ummi yg keras, gagalkan rancangan ummi utk melibatkan orang lain semata mata nak cari kepastian. Allah.... Sungguh Allah jaga agar ummi tak terlajak jauh melibatkan orang lain dalam kemarahan tak berasas ini. Alhamdulillah.... Ummi insan yg lemah, rahmat Allah sentiasa ada ketika waktu yg tepat, hanya kita sedar ataw tidak sahaja bahwa Allah sentiasa bantu pada waktu yg kita tak sedarpun. Abi azan perlahan kat ummi, nak halau syaitan yg mengganggu, abi letak tangannya kat ubun ubun ummi, bacakan ayat ayat quran.
Ternyata, bantuan abi pada orang lain terutama pada kaum wanita,bolh je tempat syaitan menghembus bisikan bisikan hasutannya. Begitu rapuhnya ummi dengan prasangka . Sungguh kita insan lemah anakku. Astaghfirullahalazim. Pimpinlah seorang isteri dan seorang ibu ini ya Allah.

Sekadar perkongsian ummi kat kamu ,Allah tak pernah lupakan hambanya anakku, kitalah yg sering lupa.

Selamat malam anak anakku.
😚 Sweet Home ✨
🏠❤πŸ πŸ’ƒπŸ’›πŸƒπŸŽΆπŸŽΆ


Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN