Hari konvokesyen ipma(institut pengajian mara) 2017
Bismillahirrahmanirrahim................ 29.4.2017.Hari konvokesyen institut pengajian mara kat Dewan PICC(putrajaya international konvensyen center). Terletak d atas bukit, nampak tersergam indah... Bukit buatan rupanya. Kat dalam bukit itulah letaknya parking kereta.
Majlis bermula jam 8pagi,acara d waktu pagi memudahkan cari parking kereta berbanding acara jam 2 ptng.perkarangan luar dewan,sangat luas,cafe kedai runcit terlihat d sana tetapi harganya bolh tahan.Ummi ternampak mini taman dlm kaca ni, tak tahulah pintu masuk ada kat mana.
Selesai sarapan nasi lemak kat cafe, ummi naik ke aras dewan tingkat 4.kat luar dewan inilah kelihatan pemandangan bandar putrajaya yang cantik, walau tasiknya, hutan dan bukit ...buatan manusia, tetap cantik d pandang mata.
Pandangan luar dewan kat aras bawah, d sediakan persembahan nyanyian kat pengunjung yg datang. Ramai para graduan yg datang dengan ahli keluarga besar, hanya 2 orang yg d benarkan berada dlm dewan utk setiap keluarga sebab itulah ramai yg datang duduk bersimpuh dgn keluarga masing masing kat loby dewan,melihat dari skrin besar ahli keluarga mereka menerima skrol kat pentas. kamu semua tak mahu datang ke majlis konvo,klau terpaksa duduk kat luar je.... Hmmmmm.
Gambar kat bawah ni umi amik ketika berada dalam dewan anakku, tapi tak nampak pula afik kat mana.
Ketika afiq kat pentas, sempatlah amik gambar. Selesai terima skrol, ummi dan abi keluar kat luar dewan, minta afiq keluar jap untuk amik gamba bersama. Maklumlah nak balik cepat ke rumah.sebelum umi balik, sempat juga melihat persembahan nyanyian artis Tomok kat dalam dewan tu.
Gambar afiq dengan abuya.
Selesai bergamba, umi balik. Hanya Afik dan rakan rakannya yg masih wajib berada dlm dewan sehingga jam 12.30.
Bukan mudah nak genggam skrol ini anakku, begitu banyak ujian d tempuh, walau hanya diploma. Bermula dari matrik sehinggalah uitm trengganu, Afiq kecundang utk cemerlang kat sana. Akhirnya berjaya kat kktm ledang😁😃😃
Alhamdulillah.... Diploma bio medic, abi lebih suka afik teruskan pelajaran ke universiti kl, tetapi afik nak cuba bidang usahawan d bawah bimbingan mara... Entahlah nak........moga Allah bantu.
Jalan hidup tak semudah sentuhan mata anakku, ranjau nya sangat dalam,
Salam asar
Comments