Posts

Showing posts from July, 2019

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Duhai anak anakku, majlis kawen perlukan persediaan rapi dan penelitian khusus untuk mengelakkan keadaan kelamkabut pada hari majlis kelak.keadaan yang tak mampu di kuasai olih tuan rumah menjadi sebab majlis kucar kacir dan menjadi bahan untuk di persalahkan. Selesaikan  masalah dengan melakukan persediaan sebaik mungkin mengikut kemampuan kewangan poket masing masing.  PERSEDIAAN AWAL.  ........................................ 1. PERALATAN HANTARAN.  Hantaran atau hadiah untuk pengantin, tak wajib ada tetapi adatnya begitu,tak d buat menimbulkan tandatanya dan pelbagai soalan yang letih untuk di jawab. Sebenarnya,Terasa kosong bila harus datang ke rumah orang tanpa buah tangan.Itulah kehalusan budi orang johor anakku.  Hantaran......usahakan d beri dalam keadaan yang sedap mata memandang.  Alat alat untuk menghias hantaran, ummi dah beli ketika akak berkahwin. Tersimpan kemas dalam stor, keluarkan bila maj

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Periuk Pressurecooker, antara hadiah yang k. Ngah dapat sempena majlis kawen.Memandangkan stor rumah dah penuh, ummi letakkan periuk tu kat dapur ,terfikir nak guna tapi ada je perkara yang menghalang ummi menggunakn periuk tersebut.  Tak tahu cara nak guna, salah satu sebab utama periuk itu terbiar sepi d sudut dapur. Satu hari ketika ziarah ke rumah anak sedara sempena majlis hariraya,anak sedara hanya amik masa setengah jam untuk memasak rendang daging,dengan menggunakan pressuracooker. Ini sangat memberi semangat untuk ummi belajar menggunakan periuk pressure cooker,tiba tiba bersemangat nak jemput orang baraan datang rumah..  BUKU PANDUAN.  Buku panduan dan resepi, ada terdapat dalam pakej pembelian Periuk Philips. Bermulalah pembacaan ummi dari mukasurat pertama  buku panduan .Ternyata lebih mudah menggunakan periuk dengan membaca resepi yang di sediakan.  Rujukan resepi kat blog dan facebook dengan group

Sg. Bunsit keningau

Image
Bismillahirrahmanirrahim..................  Sungai Bunsit terletak berhampiran pekan Bingkor dalam daerah Keningau,tempat ummi membesar dengan penuh keriangan.Setiap hujung minggu bapa ummi sering bawa kami tujuh beradik mandi manda di sungai ini.Air sungai yang sangat jernih,jelas kedengaran arus air sungai mengalir.Batu batu yang besar dan kecil memenuhi setiap ruang sungai ,ummi juga pernah berfikir kenapa begitu banyak batu batu kat sungai dan dari mana datangnya.Sesuatu yang ummi tak ada jawapannya,cukuplah sekadar kita merasakan ,hebat Allah jadikan alam ini anak anakku. Sungai ini 4 kilometer jauhnya dari kampung ummi,bapa ummi ke sungai untuk cuci kereta,ketika inilah kami semua akan bersiap siap menghabiskan masa mandi manda d air yang cetek.kawasan yang dalam sangat terhad,lebih banyak kawasan sungai yang cetek.Sangat berhati hati ketika berjalan atas batu batu di dalam sungai anakku,biasanya batu batu itu agak licin.Jambatan gantung masih ada kat sana,dalam usia sebeg