PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN

Bismillahirrahmanirrahim................................
Duhai anak anakku, majlis kawen perlukan persediaan rapi dan penelitian khusus untuk mengelakkan keadaan kelamkabut pada hari majlis kelak.keadaan yang tak mampu di kuasai olih tuan rumah menjadi sebab majlis kucar kacir dan menjadi bahan untuk di persalahkan. Selesaikan  masalah dengan melakukan persediaan sebaik mungkin mengikut kemampuan kewangan poket masing masing. 

PERSEDIAAN AWAL. 
........................................

1. PERALATAN HANTARAN. 

Hantaran atau hadiah untuk pengantin, tak wajib ada tetapi adatnya begitu,tak d buat menimbulkan tandatanya dan pelbagai soalan yang letih untuk di jawab.
Sebenarnya,Terasa kosong bila harus datang ke rumah orang tanpa buah tangan.Itulah kehalusan budi orang johor anakku.  Hantaran......usahakan d beri dalam keadaan yang sedap mata memandang. 
Alat alat untuk menghias hantaran, ummi dah beli ketika akak berkahwin. Tersimpan kemas dalam stor, keluarkan bila majlis tunang, akikah dan majlis kawen,tak timbul isu membazir kat sini. 

1.1 Dulang
Dulang hantaran  untuk meninggikan kedudukan gubahan dari lantai ,agar nampak lebih cantik.Hiasan seperti manik ataw reben lebih terserlah. Banyak di jual kat kedai peralatan kahwin, kat sana jugalah kita bolih cari bunga plastik, renda dan segala yang bersangkutpaut dengan urusan majlis kawen .malah arini kedai kedai barang plastik,telah ikut serta menjual alat alat pengantin dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai kedai khusus menjual bunga dan alatan pengantin. 
Inilah rupanya dulang hantaran yang ummi susun 3tngkt.zaman telah berubah, dulang hantaran juga berubah bentuk, ada yang menggunakan kotak yang berukir,dan ada gak kotak lutsinar juga kaca. 


1.2  Alas dulang. 
 Alas dulang ini berwarna putih silver. Sengaja ummi pilih warna itu kerana ummi rasakan warna yang sesuai untuk setiap majlis kemudian hari. Ummi siap jahit 9 helai dengan melekatkan reben berkilat di sekeliling alas dulang.mudah je buat alas ni.Beli kain langsir kat kedai, gunting selebar bolih menutup permukaan dulang.lekatkan gam doublesided dan letakkan reben  atas gam tu. Pastikan tepi kain telah di jahit untuk elakkan kain berjerumbai. Kat 4 penjuru tu, ummi jahitkan manik sebagai pemberat. 



1.3 Hamparan nak letak dulang.

Hamparan ini sepertinya alas meja, biasanya barang hantaran berada kat ruang tamu,di hadapan semua tetamu, kerana itulah ummi jahitkan dua helai hamparan berwarna putih dengan sedikit corak keemasan. Warna lembut tidak akan menenggelamkan warna warna bunga yang menghiasi gubahan hantaran. 

Ini gambarnya ketika hantaran di susun kat atas saprah gubahan. 


1.4 pasu bunga pahar
Pelamin di sediakan olih busana pengantin tetapi bunga pahar biasanya di sediakan olih tuanrumah kerana nak buat tu sangat senang. 
Gambar kat bawah, pasu bunga pahar, hanya cucuk kan bunga telur, sudah semestinya telur pindang  pilihan abuya. 
Gambar kat bawah ni, proses siapkan bunga  bunga pahar. Selesai je masukkan telur kat kelonsong bunga telur, cucukkan lidi bunga tu kat pasu. Dah tersedia lubang lubang kecil kat pasu segera. Dahulunya, orang guna batang pisang untuk bunga pahar. 

1.5 Polisterine
polisterin bolih d beli awal sekiranya dah muktamad gubahan hantaran yang bagaimana. Amik masa nak balut polisterine dengan kemas dan cantik. 
gambar kat bawah tu, polisterin yang belum d balut. setelah d balut dengan kertas, nampak lebih cantik dan kemas. Selesai balut, simpan dalam plastik untuk elakkan pencemaran habuk. 


barang barang yang tercatit kat bawah, sangat penting untuk kerja kerja gubahan,tanpa alat alat ini, kerja yang mudah menjadi sukar.  

1.6 Glu gun
1.6 Gam double sided
1.7 kertas pembalut
1.8 riben
1.9 jarum peniti. 
1.0 gunting. 

2. Bunga dan dedaunan plastik. 

Bunga bunga plastik sangat penting bagi ummi untuk menceriakan suasana majlis dan untuk gembirakan hati yang penat letih berkerja. Bagi golongan bangsawan, bolih lah pilih bunga bunga hidup yang mengeluarkan wangi semerbak. untuk bunga plastik, kita sembur je dengan wangi wangian tiruan. 
Bunga,ummi beli seawal yang bolih untuk memastikan jumlah cukup di setiap bahagian rumah. malah bunga bunga yang ummi beli dua tiga tahun sebelumnya,ummi simpan kemas, cuci bersih dan keringkan. bunga yang dah rosak je, ummi buang kat tong sampah. Bunga bunga plastik inilah yang d gunakan untuk gubahan hantaran. 

Setahun simpan bunga kat dalam kotak, kualiti masih utuh. 

Antara bunga bunga pada barang hantaran. 


Hmmmm.... Bunga pada photoboth kamu. Bukan citarasa ummi. 

Gubahan jambangan bunga ummi.

Lilitan bunga kat tangga.

2.1 Hiasan bilik pengantin.

Weeei, tak trlintas kat benak fikiran ummi kamu akan menghias langsir bilik pengantin spt itu. Idea yang bagus cuma ummi merasa seram dengan buluh kecil yang berdiri tu. Tetiba ummi rasakan seperti ada kuasa jahat nak menghampiri. Spontan ummi alihkan semua buluh tu, simpan elok kat tempat lain. Bunga bunga berjuntaian itu... Ummi kurangkan sedikit kerana terasa sesak mata memandang dan setelah ubah suai, ummi tak sempat amik gambar pon.
Kadang kadang ummi mengubah hasil kreativiti kamu bukan kerana tak menghargai, hanya sekadar meletakkan sentuhan rasa hati ummi. Jangan marah.. Hihi.

Ummi sangat sukakan ikat langsir dari hanger besi Ini, lilitkan bunga dan letak kat sana. Semua ini bolih di buat awal sekiranya tak cukup kakitangan yang membantu d saat saat akhir.


untuk pelamin bertunang, kita siapkan sendiri dengan hiasan bunga plastik dan bunga itulah juga yang kita kitar semula untuk ceriakan suasana bilik pengantin, ruang tamu, photoboth juga lilitan bunga kat tangga. jambangan bunga dah ummi gubah seawal yang bolih untuk hiasan sudut rumah. 


3.wangi wangian. 

Sangat penting. Bukan sekadar minyak wangi badan tetapi ummi juga beli pewangi udara, minyak wangi tandas, pakaian. 
Stiap sudut rumah, semburkan dengan minyak wangi,beli awal supaya tak kelamkabut nak cari. sofa dan jambangan bunga,wajiblah ummi spray dengan minyak wangi malah bunga bunga gubahan kat hantaran tu, semburkan dengan wangi wangian.   Baju baju sedondon yang telah siap terlebih awal, spray gak dengan wangi wangian agar lipas takut nak gi intai kat dalam almari.
ummi pastikan, setiap bilik air ada wangian yang d simpan dan d guna pakai 3 hari sebelum majlis. 


4.Cenderamata

Cenderamata dan cenderahati, walaupun tak di buat awal, pencarian d fb, insta dan google perlu di lakukan. Tiga bulan awal dari majlis,tempahan ummi untuk baulu ketika ini telah d tolak,koata dah penuh,terpaksa mencari pembekal lain, akhirnya jumpa.Alhamdulillah,segala tempahan elok d buat 5- setahun dari majlis bermula. Kat sana kita dapat lihat khidmat dan produk yang mereka sediakan termasuk harga. Ummi masih memilih cenderahati bentuk makanan kerana ummi sendiri sangat tak suka menerima cawan, mug ataw apa apa sahaja seangkatan dengannya yang memerlukan kita menyimpan barangan tersebut. Rumah ummi tak sebesar muzium, tak cukup ruang menyimpan pelbagai barang. Kriteria lain, cenderahati mestilah ringan untuk memudahkan kita mengangkat kotak kotak itu ke tempat serahan. 
Kat sini senarai perbezaan penerima cenderahati. Dahulunya ummi juga berpendapat tidak harus ada perbezaan tetapi bila majlis kahwin anak ummi,ternyata perbezaan itu perlu kerana kekangan bajet. 


4.1 Tetamu keluarga pengantin. 
Seharusnya mereka yang duduk di meja makan beradab, menerima cenderahati agak istimewa. Kerana mereka tetamu istimewa yang mengiringi pengantin dan terjalin silaturrahim keluarga dengan ikatan perkahwinan. 

4.2 Tetamu ahli keluarga. 
Ahli keluarga yang berpenat lelah membantu menjayakan majlis, jika mampu, apa salahnya menghargai mereka dengan sedikit hadiah.

4.3 Tetamu jauh dan dekat. 
Tetamu jauh datang semata mata maraikan majlis pengantin. Setiap tetamu ummi berikan sekotak baulu cuma penambahan sebotol air untuk tetamu jauh. Tidak ada istilah berbeza taraf kat sini kerana pemberian air semata mata mengenangkan perjalanan mereka yang jauh sedangkan yang dekat,boleh je minum air kat rumah masing masing,hihi...

4.4 Kanak kanak. 
Cenderahati kanak kanak, cukuplah sekadar jajan, gula gula, cokelat. 
Sesungguhnya.. Hadiah itu sangat menyenangkan hati anakku. Jalan untuk meraih pahala. 










5.Cadar pengantin. 
Membeli cadar pengantin bukanlah satu hal yang sukar, banyak terdapat kat Jakel, kedai kedai karpet dan lebih mudah beli secara online. Satu perkara yang yang tak dapat ummi lupakan, bila melakukan pencarian kat lazada atau shoppe,ummi dah tulis cadar pengantin, berpuluh puluh gambar yang keluar untuk ummi pilih. Semestinya ummi akan pilih yang cantik ikut citarasa dan harga yang berpatutan. Ketika barang order sampai ke tangan, ummi sangat rasa kecewa kerana hanya ada satu sarung bantal dengan alas tilam single,harga yang di bayar untuk cadar pengantin.Bagaimana mungkin cadar pengantin itu saiz single ?Terasa serik nak beli on line. Malas dan tak faham bagaimana nak tuntut  gantirugi terhadap kesilapan yang mereka lakukan, jalan mudah beli yang lain. 


6. Baju nikah
Ummi orangnya yang serius memikirkan baju nikah. Baju sanding, bertandang ataw apa apa acara, bolh gunakan baju sewa, tetapi untuk nikah, ummi sanggup bersengkang mata menjahit baju nikah untuk anak ummi. Putih n putih, itu baju yang sesuai untuk majlis nikah. Tadaaa lihat baju jahitan ummi anakku. Kain itu ummi beli kat bandung. Tersimpan kemas dalam almari ummi. Sampai masa, keluarkan dan jahit dengan penuh harap agar jahitan ummi menjadi, penuh kasih kerana setiap sentuhan jari jemari ummi bukti tanggungjawab yang tertunai dan penuh doa moga tiap sentuhan ummi jadi ibadah yang di terima. Amiin. 



6.1 Baju ahli keluarga. 
Baju sedondon, itu kelaziman bila tiba hariraya dan majlis kahwin. Ummi tidak terkecuali cuma menjahitnya sendiri menjadi pilihan ummi. Kuning dengan sulaman warna hitam,tudung hitam. Itu pilihan kita.majlis nikah di waktu malam, kita gunakan baju berwarna hitam dengan tudung berwarna warni. Untuk elakkan pembaziran, kita gunakan baju hitam hadiah dari akk yang d beli kat mekah, sempena kerjakan umrah. Pakaian pada acara siang hari je, ummi jahit sendiri dan semua itu ummi dah mulakan beli kain selepas majlis tunang berlalu. Perlahan siapkan, sempatlah di latakkan hiasan renda hitam. 



7.catering
Meninjau service catering, amik masa yang lama untuk ummi. Membaca khidmat yg mereka tawarkan, harga dan komen yang terpapar di fb. Sepenuhnya ummi cari kat fb dan insta, catering yang tawarkan pakej lengkap termasuk makan, khemah, jurusolek dan dj,kerana pakej biasanya lebih murah berbanding kita amik secara terpisah.Ternyata 3 pilihan caterer yang ummi senaraikan  habis di tempah walaupun majlis lebihkurang 7 bulan lagi. Begitu cepat orang lain bertindak. Caterer biasanya amik 3-4 majlis dalam satu hari untuk menjamin kualiti service. Caterer mahal je bolih d tempah saat akhir. Pilihan terakhir meninjau caterer yang kurang popular, biasanya baru berjinak jinak dengan bidang ni. Semuanya bergantung pada rezeki, servis baik ataw sebaliknya, sukar di duga. Kita bolih menilai komen orang kat fb terhadap khidmat mereka. Satu lagi pilihan selamat, amik khidmat catering yang kita kenali di kawasan kediaman. 
Ini gambar persediaan khemah dalam pakej catering.
Setiap meja tetamu terdapat pokok bunga plastik, di kenakan bayaran 30rm satu meja. Ummi tak berminat tetapi bila pemilik catering bersungguh meminta sebagai satu promosi atas servis terkininya, ummipon setuju,kenalah bantu usahawan muslim anakku dan Allah akan bantu kita. 



Gambar kat bawah ni meja hidangan untuk tetamu yang berbentuk pulau. Jelas kenapa catering perkara pokok yamg perlu di perhalusi dengan mendalam dan menilai seawal yamg bolih. Keutamaan pada majlis kahwin adalah hidangan makanan dan susun atur yang selesa,hampir 99 peratus tetamu yang datang  akan menjamah makanan yang ada, sebab itu perlu di dahulukan Bertemu dengan 3-4 catering sebelum memutuskan siapa pilihan hati. 6 bulan ataw setahun awal, dah bolh boking caterer ni.


8. Keperluan tetamu dan seisi keluarga. 

Ambil berat soal ini. Berfikir sejenak apa yang hendak di sediakan. Ummi dah tulis berbulan bulan sebelum majlis, senarai barang keperluan yang perlu di beli untuk 3 hari sebelum majlis. Barang keperluan itu berasaskan pada menu makan pagi, tengahari dan malam. Ahli keluarga akan ada yang bermalam kat rumah,sebagai tuan rumah catatkan semua keperluan asas seperti beras, ikan, bawang,dalam erti kata lain keperluan dapur untuk memenuhi permintaan perut. Bila dah sebok, kita tak ada masa nak shopping semua tu. Keperluan bilik air, penyapu yang mencukupi dan senarai menu untuk di masak.
Antara senarai barang yang wajib ada kerana sangat sangat perlu ialah, peralatan untuk bilik air .sabun, syampo, obat gigi,pewangi tandas.  
Plastik sampah saiz L dari jenis yang tebal untuk elakkan kebocoran sampah. 
Pinggan mangkuk polisterin ataw yang sejenis dengannya. Elakkan kegiatan cuci cuci piring kerana masa sangat terhad kecuali dah ada orang yang tolong bantu dengan senyuman. Kalau harus bermuka kelat, beli je pinggan mangkuk pakai buang. 
Sediakan alas tidur dan selimut yang mencukupi. 

9. Busana pengantin, Bridal atau Mak Andam. 
Bab andaman antara yang sangat penting ketika majlis. Nak pergi supermarket pon kita mahu kelihatan kemas dan cantik apatah lagi pada hari pernikahan. Itulah pentingnya busana pengantin yang murah dan berkualiti. Lima bulan awal, kita dah mula boking andam, lewat boking bererti kena ambil pakej  mahal biasanya di amik golongan golongan bangsawan. Meninjau wedding planner banyak bawa kenangan kat ummi. Pernah buat temujanji tetapi ummi terlajak sesat kerana tempat yang di tuju agak mengelirukan, sampai kat tempat tu, lihat kedai tak ada signbord, tak ada nama kat depan kedai tak nampak ciri ciri jelas kedai busana pengantin, ummi pon cabut lari.berurusan bersendirian, jika hati merasa was was, elok amik jalan selamat. 
Pernah juga buat temujanji, jauhnya hampir 10 batu, sampai kat kedai, hanya nampak pintu kedai yang tertutup rapat. Pemilik seperti ini, terus buang dari carta anakku. Kegagalan memenuhi temujanji petanda awal pengusaha yang bermasalah. 
Ada ketikanya khemah,menu makanan dan pelamin dah mantap, masalah pada baju pengantin yang tak masuk pada kaca mata ummi. Lantaran masalah berbangkit inilah, perlu sangat meninjau wedding planner dengan lebih awal, setahun awal pon bolih, memudahkan kamu membuat penilaian dan pemilihan. 


9.photographer

Jurugambar....... lebih baik ada untuk merakam kenangan terindah. Ummi pernah tak amik cameraman,sedikit rasa terkilan sebenarnya kerana tak simpan memori itu dalam album gambar yang berkualiti. Tinjauan ummi mendapati sewa jurugambar ada yang bermula dari 700 rm sehingga ke 4000 ribu. Cukuplah ummi amik pakej 1700 sahaja. Hanya gambar dengan Album gambar, gambar nikah d malam hari, sanding siang hari dan gambar outdoor. Mencari cameraman tak menjadi satu masalah besar, cari je insta dan yang penting satu daerah dengan ummi. Ada masalah, ummi cari sampai jumpa. 

.Homestay.
Bila kita perlukan Homestay dalam 3-4 biji rumah, akan timbul masalah jika tak booking awal. Dua kali berurusan mencari homestay,ternyata masalah yang sama tetap berulang. Rumah fully aircon, ,rumah kena ada tiga bilik, dekat dengan kediaman. Semua syarat tu kena ada untuk keluarga.daerah kecil ini sukar nak cari keseluruhan bilik beraircon. Kebanyakan rumah hanya fokus pada bilik utama dan dapur. Gigih google baca iklan satu persatu. Bila dapat no tel, dah d boking. Homestay juga perlu d boking seawal 5-6 bulan. 

Duhai anak anakku, majlis kawen bukan hanya untuk satukan dua hati pengantin tetapi satukan hati hati keluarga yang jauh terpisah d merata tempat.kesulitan yang timbul akan membuka luas jurang kelonggaran silaturrahim kecuali mereka yang redha dengan segala kekurangan dan kelemahan tuan rumah mengurus majlis. 
Segala rintangan,kesan positif mahupun negatif,terus pandang ke depan. Jangan menoleh mencari seseorang untuk di salahkan. Dalam surah Al fatehah kita dah berjanji dengan Allah yang maha kuasa "Hanya kepada engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkau lah kami mohon pertolongan"

Itu janji kita.Bila bermasalah, mohonlah pertolongan dari Allah.sesungguhnya Allah maha nendengar. 

Selamat malam anakku
31.7.2019.



Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)