CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Bismillahirrahmanirrahim................................ Periuk Pressurecooker, antara hadiah yang k. Ngah dapat sempena majlis kawen.Memandangkan stor rumah dah penuh, ummi letakkan periuk tu kat dapur ,terfikir nak guna tapi ada je perkara yang menghalang ummi menggunakn periuk tersebut. 
Tak tahu cara nak guna, salah satu sebab utama periuk itu terbiar sepi d sudut dapur. Satu hari ketika ziarah ke rumah anak sedara sempena majlis hariraya,anak sedara hanya amik masa setengah jam untuk memasak rendang daging,dengan menggunakan pressuracooker. Ini sangat memberi semangat untuk ummi belajar menggunakan periuk pressure cooker,tiba tiba bersemangat nak jemput orang baraan datang rumah.. 

BUKU PANDUAN. 
Buku panduan dan resepi, ada terdapat dalam pakej pembelian Periuk Philips. Bermulalah pembacaan ummi dari mukasurat pertama  buku panduan .Ternyata lebih mudah menggunakan periuk dengan membaca resepi yang di sediakan. 


Rujukan resepi kat blog dan facebook dengan group pengguna periuk Philips, sangat membantu ummi menghasilkan makanan yang sedap dan cepat. 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PRESSURECOOKER. 

1.Cepat. ummi dapat sediakan masakan dalam kadar yang segera. 

2.Jimat masa. selepas menekan button start,ummi bolih tinggalkan masakan tersebut dan selesaikan kerja lain yang tertangguh . selepas pressurecooker di aktifkan, ummi tinggalkan begitu sahaja sehinggalah proses memasak selesai. 

3.Ketenangan fikiran. Dalam usia ummi yang sebegini, lupa ada masakan kat dapur adalah lumrah, tetiba terhidu bau hangit. Pressuracooker selesaikan masalah ini dengan adanya button outomatik yang menetapkan masa untuk setiap jenis masakan yang ummi masak. Selesai masak, automatik periuk akan berada dalam mode warm, tak ada masalah jika ummi terlelap kat ruangtamu. 
4.Harga mampu milik anakku. Buatlah carian dekat lazada atau shoppe, terpapar harga kat sana. Di sebabkan pressurecooker ni, hadiah dari kenkawan, tak dapatlah nak tulis harga kat sini. Mahal dan murah, ada pilihan. 

5.Jimat,dari segi kos untuk bahan api. Selama ini memasak daging ambil masa yang agak lama,dengan pressurecooker hanya setengah jam melembutkan daging. Jimat gas yang selalu naik kosnya dari tahun ke tahun. 

6.Tiada masalah periuk hitam. Preassurecooker sepenuhnya periuk elektrik, tak perlu sental periuk dengan berus, aluminium atau tanah seperti yang selalu ummi lakukan sebelum ini. 

CARA MEMASAK DENGAN PRESSURECOOKER. 

Gambar kat bawah ni, dua preasurecooker dari jenama berbeza. Philips dan Primada. Ummi akan gunakan kedua duanya,bolih masak nasi dan lauk pauk. 


Ummi bolih menumis bawang bawang ke periuk ini selagi belum aktifkan button seal.

Ini gambar ketika menumis bawang.

Ketika bawang dah naik bau, masukkan daging dan tutup periuk. Tekan button  yang ada gambar chicken.Set Valve yang terletak atas tutup periuk ke Seal. Akan beroperasilah periuk pressurecooker dalam 20 minit sahaja.

Ini keadaannya bila periuk dalam keadaan bertutup. Button terletak kat hadapan.


Gambar kat bawah ialah gambar kat atas periuk atau tutup periuk. Warna merah itulah tempat ummi set kan valva pressuracooker ke seal untuk operasi masak pressure. Bake untuk menumis dan vent untuk lepaskan wap selepas selesai memasak.
Tidak perlu pusing valve ke  vent, sekiranya tak keluarkan masakan dalam kadar segera. Biarkan je dalam 20 minit, tekanan akan berhenti sendiri dan berada dalam mode warm. Bolih buka tutup periuk jika dah tak ada tekanan.


Tadaaa, masakan curry Ayam ummi dah siap. Resepi seterusnya ummi akan masukkan dalam page ummi yang akan ummi create minggu depan.

Selepas ayam ummi masak, pusing valve ke vent untuk keluarkan wap.Akan terhasil bunyi wapkeluar,setelah bunyi itu hilang, buka tutup periuk dan ummi masukkan sayur sayuran, daun curry  dan kentang.tutup semula pressurecoker set valve ke seal dan tekanlah button kat depan tu. Pilih mode sayur sayuran,automatik pressuracooke set 3 minit untuk sayur sayuran.
Hidang dan bacalah doa makan. Moga arini kamu dapat manfaat dari pembelajaran ummi mengenai  Preasuracooker.


RESEPI KARI DAGING.

1/2 KILO DAGING
10-15 BIJI BAWANG KECIL
4 ULAS BAWANG PUTIH
HALIA 1/4 IN
1PEKET KECIL REMPAH KARI DAGING

REMPAH TUMIS
BUNGA LAWANG
KAYU MANIS
PELAGA
CENGKIH
JUMLAH IKUT SUKA.

BLEND SEGALA JENIS BAWANG SEHINGGA HANCUR. TUMIS BAHAN REMPAH TUMIS KE DALAM MINYAK YANG PANAS SEHINGGA BAU NAIK.MASUKKAN BAWANG YANG D BLEND KE DALAM PEROUK PREASSURECOOKER DAN TUMIS LAGI SEHINGGA NAIK BAU.
MASUKKAN REMPAH KARI YANG TELAH DI BANCUH DENGAN AIR.PASTIKAN DI GAUL SEHINGGA TERBIT MINYAK.
AKHIR SEKALI MASUKKAN DAGING YG TELAH DI BERSIHKAN.
TUTUP PERIUK.

Setkan Preasurrecooker kat button daging. Valve seal.
InsyaAllah sedap n lazat.
Ummi suka masak kari tanpa menggunakan santan. Setelah daging masak ummi masukkan kentang, sayur bende dan carot..

Wahai anak anakku. Rajin adalah kunci untuk dapatkan hasil terbaik dalam hidup ini. Sekadar membaca dan teori semata mata, sedangkan tindakan hanya berbaring atas katil, serupalah dengan gelaran pemalas.Bersyukur Alhamdulillah, Allah beri kita kesempurnaan tenaga dan fikiran, gunakan sebaiknya anugerah Allah. Itulah tanda syukur yang sebenar.

Salam dhuha anakku.

Comments

Popular posts from this blog

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN