jodoh pertemuan
Bismillahirrahmanirrahim...........
jodoh pertemuan d tangan tuhan,kadang kadang sukar utk d mengerti kenapa ia harus begitu.sebagai seorng ibu, inginkn yg terbaik utk anak anaknya sehingga seringkali ummi ingin kamu memilih apa yang ummi mahukan ,termasuklah soal jodoh, Melihat anak anak membesar dan meletakkan mereka dalam zon yg selamat jauh dari pengaruh yang tidak d ingini sudah cukup membuatkn seorng ibu merasa gusar bila anak mula berada d pusat pengajian yg tinggi , terpisah dari ummi dn tidak d ketahui dgn siapa mrk berkawan tetapi keyakinan, bahawa asas kekeluargaan amat penting bagi jati diri seorang anak remaja,keluarga yg berusha mnjadikan islam sbg cara hidup akan sentiasa dpt bantuan allah walau d langit manapun anak anaknya berteduh. Ummi bukanlah hebat sangat soal agama tetapi keyakinan ummi bahawa allah sentiasa membantu, tidak pernah tergugat.masih teringt ,ketika d alam remaja, sedang mencari hala tuju kehidupan,padanya ummi meminta, tunjukkan jalan d depanku,padanya ummi meminta jodohkan ummi dgn seorang lelaki yg baik dn satukan kami setelah janjiku pada allah selesai.bila kiita meminta ,allah mendengarnya anakku,dan akan mengabulkan doa,cepat atau lambat je dan pada masa yg tidak kita ketahu,yg penting terus berharap bersangka baik. suamiku,pertama melihat wajahnya,mendengar suaranya dan menyentuhnya pada hari kami d ijabkabulkan,tidak pernah ummi ragui takdir yg datang krna keyakinan, bahwa dia anugerah dari allah. Itu yg ummi lalui ,itu pengalaman ummi,ummi juga tidak mahu anak anakku yg lelaki mahupun perempuan terlibat dalam budaya couple,kata remaja sekarang. Ummi berusha semampu mungkin memberitahu pada anak anak bahawa jodoh itu d tangan tuhan tak perlu berlari mengejarnya, jadilah seorang hamba allah yg bertaqwa,insyaallah kita akan dapat pasangan hidup yg sedemikian rupa
Comments