Posts

Showing posts from February, 2014

bahu yang memikul hati yang menyokong

Image
persediaan utk barang hantaran mengecat  ruang makan kucing yg setia  mengecat belakang rumah kad kahwin

ummi dan oku

assalammualaikum anak anakku................................. 25.2.2014  umi hadir ke hospital,hampir 2 tahun ummi berulang ke sini untuk mengesan penyakit yg tak dapat d kesan,akhirnya ummi hadir dan isikan masa ummi dengan memerhati gelagat manusia yg pelbagai ragam menghadapi masalah kesihatan,cukup menyedarkn bahawa hidup ini perlukan kesabaran yg berpanjangan,ummi juga melihat para doktor begitu dedikasi dngn tugas mereka. ketika berada d kawasan hospital,ummi singgah d satu tempat yg d penuhi olh para peniaga d anjurkn olh unit kebajikan,ummi d sapa olh seorang pemuda oku "assalammualaikum ustazah" sering ummi d sebut begitu mungkin kerana tudung ummi yg agak labuh,begitu juga kamukan anak gadisku,kamu juga pernah d anggap ustazah. anak muda itu perkenalkan dirinya sebagai seorng oku dn meminta ummi membeli barangnya,satu alat yg d buat dari kayu biasanya d gunakan utk urutan dn ummi tahu alat itu hanya berharga 2 ringgit d kedai biasa tapi dia menjualnya dengan h

ummi dan peminta sedekah

Image
satu pagi ketika sedang memasak trdengar suara memberi salam,slalunya ummi mendiamkan diri  bila mendengar suara yg x d kenali atas faktor keselamatan tetapi hari itu tergerak hati ummi melihat tetamu yg datang.seorang lelaki tua,bertongkat dengan keletihan d wajah. katanya dia berjalan kaki kerana kehabisan wang tambang menuju rumah anaknya.ummi berikan dia 10 ringgit ,jumlah yg sedikit tapi perbuatan itu yg penting anakku kerana perbuatan itulah yg akhirnya mempengaruhi hati yg kita miliki samada terlukisnya kasih sayang,simpati atau sangkabaik.jika tidak ingin memberi,doakan rezkinya. pada hari yg sama,abang ngah berada d bus stand,duduk kat surau menunggu bas yg lewat sampai,pada waktu itulah seorang pakcik datang menghulurkan duit padanya,walau d tolak dgn baik dia memasukkan duit itu dlm kocek baju sekolah yg d gunakn masa tu.benarlah anakku,sedekah itu dapat ganjarannya kat dunia lagi,begitu cepat allah memberi. bersedekahlah anak anakku wlaupun hanya duit syiling yg kel

nilai diri

bismillahhirrahmanirrahim......................................................................................... bagaimana memiliki harga diri yg tinggi anakku?   jika kita akui jujur itu sesuatu yg baik,benar dn betul,amalkanlah dalam kehidupan seharian,ketika itu penilaian kita pada diri sendiri akn mnjadi tinggi,selesa dgn diri krna cakap serupa bikin,sebaliknya kita akui jujur itu baik tapi tidak amalkannya kita akan hilang kepercayaan dn keyakinan pd diri sendiri, itulah yg ummi pelajari anakku untuk bahagia dan berjaya dan tenang  kita mesti jelas gtentang apa yg paling penting dalam hidup dan membuat keputusan utk hidup dgnnya tidak kira apapun yg terjadi seperti bilal bin rabah....... setelah memeluk islam iman yg d rasakn lebih brharga dari nyawanya wlau d siksa setengah mati d mana kita anakku?sampai bila membiarkan diri hanyut dgn hiburan duniawi

dia kekasih......dialah suamiku

Image
1988   pada tahun  itulah abuya melamar ummi,atas usul seorang rakan kerana abuya pun teelah menyatakan hasratnya ingin mencari seorang isteri.kami bertunang lebih kurang dua bulan cukup utk buat persediaan perkahwinan.ummi tidak mengenali abuya,apatah lagi berjumpa atau melihat wajahnya cukuplah satu keyakinan sahabat yg bertaqwa akan  mencari orang yg baik utk sahabatnya dan tawakkal kami pada allah bahawa yg datang itu adalah kehendak allah,amat tinggi anakku. seminggu sebelum pernikahan,abuya ingin melihat ummi kerana para sahabat juga berbuat begitu,di temani olh 4_5 orang,bermulalah sesi melihat tapi tak nampakpun kerana rasa malu,ummi tunduk,setunduk tunduknya,pertemuan itu tidak berlaku spt cerita cerita hindi anakku. 31.12.1988  sahlah kami bergelar suami isteri,ummi melihat abuya dan abuya melihat ummi.ramai orang beranggapan bahagianya mereka yg baru mendirikn rumahtangga tapi tidak begitu bagi ummi yg peritnya adalah proses saling mengenali anakku krana salah faham

kenangan Zaman kanak kanak ummi

Image
ummi lahir d kawasan pedalaman anakku,lampu kalimantang dn paip air belum sampai ke kampung ummi,mujurlah sekolah telah ada d waktu itu dn ummi masih sempat merasa sekolah berdindingkan kulit kayu.setiap pagi ummi bersama kakak dn abng berjalan ke sekolah yg jauhnya 2 batu melalui kawasan hutan,bertemu dengan babi d perjalanan rutin harian,penduduknya masih ramai yg bercawat.ayah ummi berkerja d kwsn pedalaman  ketika itu tidak jauh dari kampung halaman ummi,biarpun terpisah dari dunia luar,sering helikopter datang mendarat d padang sekolah dn mengagihkan susu tepung pada Budak sekolah ketika itu.sangat menggelikan hati bila ummi dn adk beradik bertungkus lumus m enyembunyikn susu agihan itu ke dalam semak kerana ibu ummi akan membuangnya kerana ibu ummi beranggapan minum susu bolih membuatkan kentut berbau. ummi dn penduduk kampung mandi d sungai,setiap kali bulan safar aki(atok) ummi akan memandikan kami untuk membuang sial,ummi cuma rasakn keseronokan waktu itu kerana suasana

satu masa dulu

Image
anak pertama    pertama dn kedua anak kelima  anak 1,2 dan 3 anak keenam anak kedua anak ke empat   n kelima kamu anugerah terindah dalam hidup ummi

kuliah subuh 2014

bismillahhirrahmanirrahim............................................................. ummi hadiri kuliah subuh yg d sampaikan olh ustaz idham hari ini anakku,mendengarnya,begitu ingin ummi berfantasi,meletakkan impian menggapainya,malu rasanya.............malu pada allah. ada empat golongan waliullah kat alam ini, pertama...............orang ramai tahu dia seorang wali dan dia sendiri sedar bahwa dia seorang wali.kedua................dia seorang wali,orang ramai tahu dia seorang wali tetapi dia tidak tahu da seorang wali.ketiga..........................dia wali,orang ramai tidak tahu dia seorang wali tetapi dia tahu dia seorang wali.keempat........................dia seorang wali,dia tidak tahu dia seorang wali dan orang ramaipun tidak tahu dia seorang wali, letakkan harapan kita ada d tempat keempat. itulah kuliahnya anakku,walaupun terasa malu meletakkan harapan setinggi itu,mohonlah dengan kerendahan hati ,allah terima amalan kita. pesan ummi, pergilah...........pergilah ha

siapa pilihanku

Image
assalammualaikum anak anakku....................................... kita bolih saja berfantasi tentang siapa yg kita inginkan , cantik,kacak berwajah manis hitam atau putih mahupun seorang yg lemah lembut atau kelihatan aktif dan kita bolih saja memilih seorang  mengikut panduan yg d tetapkan olh syariat,bertudung labuh,berpurdah berjubah ,berserban atau apa saja yg kelihatan hebat bagi kamu ,bersesuaian dgn keperibadian yg kamu kehendaki tapi akhirnya kembalilah pada realiti anak anakku. setelah pilihan itu terlaksana,mengharungi hari bersama,hiduplah dengan realiti,siapa saja yg hadir d sisi ,tidak akan pernah sempurna,redholah dengan dengan kelemahan orang lain , kita tidak mampu mengubah seseorang mengikut  apa yg kita kehendaki tapi berushalah perbaiki diri,sesuatu yg positif  lahir dari hati akan melahirkan suasana yg positif juga,
Image
biarpun  langit hitam kelabu,ummi bersama d setiap kesedihan kamu anak anakku.

rumah ini syurga kita

Image
assalammualaikum anaakku, bulan ni agak sebok utk ummi,nak menyiapkan hiasan manik pada baju pengantin anak sulung ummi juga pada baju baju anak gadis  ummi,kerana itulah wanita suka pada kecantikan,wlaupun agk sukar nak laksanakan lantaran glokoma serius yg ummi hadapi,ummi lakukannya juga kerana hidup tanpa memberi terasa kosong. cantik pada pandangan mata ummi sudah memadai,                                                               Majlis walimatulurus,sebulan lagi,ku abadikan gambar pokok kertas yg ummi tanam bertahun lamanya kerana pokok itu bakal d buang bila halaman kita tidak cukup luas utk mendirikn khemah.hu....hu.......sedih..sedih bila terpaksa korbankn bunga yg ummi tatap setiap hari dn perhatikn pokok yg hampir dgn rumah,d bawahnya ada bukit buatan yg ummi dn kamu semua buat lalu ummi namakn bukit kinabalu.,tidak semua yg kita sayangi akan kita miliki anakku ,teruslah hargai  apapun anugerah allah