kenangan Zaman kanak kanak ummi


ummi lahir d kawasan pedalaman anakku,lampu kalimantang dn paip air belum sampai ke kampung ummi,mujurlah sekolah telah ada d waktu itu dn ummi masih sempat merasa sekolah berdindingkan kulit kayu.setiap pagi ummi bersama kakak dn abng berjalan ke sekolah yg jauhnya 2 batu melalui kawasan hutan,bertemu dengan babi d perjalanan rutin harian,penduduknya masih ramai yg bercawat.ayah ummi berkerja d kwsn pedalaman  ketika itu tidak jauh dari kampung halaman ummi,biarpun terpisah dari dunia luar,sering helikopter datang mendarat d padang sekolah dn mengagihkan susu tepung pada Budak sekolah ketika itu.sangat menggelikan hati bila ummi dn adk beradik bertungkus lumus m
enyembunyikn susu agihan itu ke dalam semak kerana ibu ummi akan membuangnya kerana ibu ummi beranggapan minum susu bolih membuatkan kentut berbau.

ummi dn penduduk kampung mandi d sungai,setiap kali bulan safar aki(atok) ummi akan memandikan kami untuk membuang sial,ummi cuma rasakn keseronokan waktu itu kerana suasana mandi sekampung begitu meriah sekali dan setiap kali musim menuai aki dn adu juga penduduk kampung akan masak kat balairaya beramai-ramai.keluarga ummi akan membuat komis(tapai manis) wajib pada waktu itu sbg lambang kesyukuran setelah mendapat hasil tuaian padi. pastilah ummi pernah merasai pengalaman menanam padi sawah dn padi bukit,ketika membajak sawah,masih menggunakn kerbau yg akan menarik alat d buat dari kayu bergerigi d bawahnya utk menggemburkan tanah.ummi akan berada d atas papan itu di tarik olh seekor kerbau.datuk dn nenek ummi miliki kerbau yg agak banyak,setiap satunya punya nama sendiri,setiap pagi kami akan beri makan kerbau dngn meletakkan garam d tangan dn kerbau itu akan menjilatnya.kerbau biasanya mengenali pemiliknya.kita bercerita lagi tentang masa silam d halaman lain anakku kerana masanya bersiap utk solat

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN