dia kekasih......dialah suamiku



1988   pada tahun  itulah abuya melamar ummi,atas usul seorang rakan kerana abuya pun teelah menyatakan hasratnya ingin mencari seorang isteri.kami bertunang lebih kurang dua bulan cukup utk buat persediaan perkahwinan.ummi tidak mengenali abuya,apatah lagi berjumpa atau melihat wajahnya cukuplah satu keyakinan sahabat yg bertaqwa akan  mencari orang yg baik utk sahabatnya dan tawakkal kami pada allah bahawa yg datang itu adalah kehendak allah,amat tinggi anakku.

seminggu sebelum pernikahan,abuya ingin melihat ummi kerana para sahabat juga berbuat begitu,di temani olh 4_5 orang,bermulalah sesi melihat tapi tak nampakpun kerana rasa malu,ummi tunduk,setunduk tunduknya,pertemuan itu tidak berlaku spt cerita cerita hindi anakku.

31.12.1988  sahlah kami bergelar suami isteri,ummi melihat abuya dan abuya melihat ummi.ramai orang beranggapan bahagianya mereka yg baru mendirikn rumahtangga tapi tidak begitu bagi ummi yg peritnya adalah proses saling mengenali anakku krana salah faham mudah sangat tercetus.kami berdua berbeza seperti langit dengan bumi.tanggapan abuya bhawa yg d sunting itu adalah wanita solehah sspt yg tertera dalam buku ciri ciri wanita solehah,seorang wanita yg  ideal sedangkan ummi merasakan bahawa perkahwinan itu sebagai satu kepatuhan umi pada takdir,taat pd pilihan yg umi anggap sbg guru ummi dn kehadiran seorng suami lebih mudah utk umi memantapkan ilmu agama yg tidk umi perolihi sebelum ini.d usia 21 thn umi belum faham t.jawab seorng isteri krna ummi baru bertatih mendalami agama sedangkan abuya,banyak yg telah d pelajarinya.

menyedari banyak kekurangan,pastilah abuya trperanjat,tapi kami isi rutin harian menghadiri majlis ilmu,setiap hujung minggu kami habiskan masa d madrasah malh bermalam d sana, umi pelajari fardhu ain dn fardhu kifayah juga berkenalan dgn ramai kaum ibu yg sama sama  blajar dan memperjuangkn ilmu itu dalam kehidupan seharian.setiap malam isnin dn malam jumaat kami isi dgn tahlil berzanji ,nazam dn qasidah,bila sahaja kamu lahir,ummi bawa kamu sekali,sejak dalam kandungan lagi kamu dah hadiri majlis majlis ilmu itu anakku.

smua aktiviti itu telah merapatkan jurang yg wujud,wlaupun sukar pd awalnya tapi bertahanlah pada ujian anakku,perkahwinan kerana allah geloranya tidak membadai menjadi taufan,kuncinya kesabaran tanpa had,sangka baik tanpa syarat..sekali marah bertandang berkali kali kita maafkan,wlau hati tersakit istiqamahlah dgn solat dengannya bantuan allah akan datang d saat  yg kita tidak jangka tidak sangka.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN