ummi dan oku



assalammualaikum anak anakku.................................

25.2.2014  umi hadir ke hospital,hampir 2 tahun ummi berulang ke sini untuk mengesan penyakit yg tak dapat d kesan,akhirnya ummi hadir dan isikan masa ummi dengan memerhati gelagat manusia yg pelbagai ragam menghadapi masalah kesihatan,cukup menyedarkn bahawa hidup ini perlukan kesabaran yg berpanjangan,ummi juga melihat para doktor begitu dedikasi dngn tugas mereka.

ketika berada d kawasan hospital,ummi singgah d satu tempat yg d penuhi olh para peniaga d anjurkn olh unit kebajikan,ummi d sapa olh seorang pemuda oku "assalammualaikum ustazah" sering ummi d sebut begitu mungkin kerana tudung ummi yg agak labuh,begitu juga kamukan anak gadisku,kamu juga pernah d anggap ustazah. anak muda itu perkenalkan dirinya sebagai seorng oku dn meminta ummi membeli barangnya,satu alat yg d buat dari kayu biasanya d gunakan utk urutan dn ummi tahu alat itu hanya berharga 2 ringgit d kedai biasa tapi dia menjualnya dengan harga 15 belas ringgit.alat itu d bungkus dengan sebotol minyak gosok dn dua  peket  minuman segera,sedang ummi melihatnya dia meletakkan alat itu d belakang ummi dn menggerakgerakkannya sambil menyanyi lagu......ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku....

sangat tersentuh hati seorang ibu anakku,sangat terhibur,ummi ketawa mendengar dia menyanyi begitu,keramahannya,kesungguhannya mencari rezki yg halal mencetuskan perasaan ingin membantu dgn membeli produknya.ummi hulurkan 20 ringgit dan menolak baki yg mahu d kembalikan.dengan terharu dia berkata  "i love you ustazah" dan meminta no tel ummi tapi ummi katakan ustazah lupa no telefon.

setiap insan ada kekurangannya,berushalah mengatasi kekurangan diri dengan tetap berada d jalan yg lurus,setelah memberi,lupakan moga allah limpahkn rezki agar kita terus dapat memberi

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN