tudung oh tudung


bismillahirrahmanirrahim.

d awal tahun 80an ketika ummi berusia 14 tahun,telah datang tetamu ke rumah keluarga ummi.bersama mereka beberapa buah buku dan ummi telah membaca buku yg bertajuk  panggilan kubur.selesai membacanya ,tiga hari tido ummi terganggu anak anakku seolah olah umi bermimpi ngeri mengenai siksaan kubur kerana buku itu menceritakn balasan neraka pada dosa dosa kita dn dari buku itulah ummi mengetahui bahawa seorang perempuan wajib menutup rambut.

setelah tiga hari dalam ketakutan ummi nekad bertudung,wlaupun hnya itulah yg ummi ketahui waktu itu,tindakan ummi menggunakn tudung mendapat tentangan dari keluarga,ayah ummi merasa malu berjalan d sisi anak gadisnya krna sanak saudara akan mengatakn ummi spt hantu pocong. di sekolah juga umi hadapi keadaan yg sama ,ramai kawan kawan mentertawakn umi malah salah seorang cekgu minta umi berdiri dn memberitahu d hdpn kelas bahawa umi kena buka balik tudung tu kerana masa depan umi akan terjejas dn tak akan ada orng yg melamar umi kelak.sungguh marah pada waktu itu tetapi umi berdiam diri je.siapalah umi nk menjelaskn soal hukum pada orng lain krna umi sendiri baru bertatih tambahan pula pada waktu itu umi lah orang pertama yg mengenakn tudung ke sekolah dn masyarakat d sekitar umi juga tidak menggunakn tudung apatah lagi pelajar sekolah lebih ramai beragama kristian.

satu hari ketika dlm perjalanan k sekolah,tiga orang budak lelaki mengejek umi dari belakang,mereka itu smuanya beragama islam,bersahut-sahutan memanggil ummi hantu pocong sambil ketawa berdekah.ummi berhenti dan berpaling ke belakang kemudian berkata....pergi amik cermen tengok muka tu sendiri..........mereka tunduk seribu bahasa.stlh hari itu mrk tidak mentertawakn umi lagi.

hari ini ,bila remaja perempuan bertudung rami yg memuji dn mengalu alukan berbeza dgn zaman ummi.bertudung je ,dapat cercaan,mediamassa lah yg telah mengubah pandangan masyarakat hari ini terhadap gol bertudung.  dua tiga tahun permulaan menggunakn tudung umi hanya tahu rambut itu aurat sebab itulah adakalany umi gunakn skaf yg menampakkn leher,ingtkan tdk trmasuk dlm kategori aurat,sebab itulah anak anakku bila kamu melihat golongan yg tak lengkap menutup aurat, jangan suka menghukum ikut rasa kerana mungkin ilmu mereka setakat itu sahaja sedangkan kita yg telah lengkap menutup aurat ,apa yg telah kita lakukn utk menyampaikn mesej cara menutup aurat yg sempurna.

sesungguhya, d tahap manapun ilmu seseorang itu dalam bab agama,hanya allah yg mengetahui amal mana yg kita lakukan d terima yg pasti istiqamah dgn amal. sesudah ilmu tentulah amal anakku  ,wlau ada kesakitan bertahanlah tegakkan kebenaran bukan utk menegakkan pendirian







Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN