kenalilah susur galur keturunanmu
bismillahhirrahmannirrahim...............................................................................................................................
sebelah bapa....................
atolk lelaki ummi bernama san miguel.mrk berasal dari selatan filifina d kepulauan cagayan dn berhijrah dari pulau k pulau sehinggalah tiba d utara sabah dn menetap d pulau tigabu sebelum perang jepun .mrk dari suku kaum ubian dan d pulau itulh adk beradik bapa ummi seramai 8 orng membesar.umi pernah ada d sana sewaktu kecil ,adk lelaki ummi lahir d sana sehingga hari ini sepupu2 umi masih menetap d pulau itu entah bila akan ada kesempatn berkunjung memandangkn hanya bot kecil sbgai pengangkutan utama,sudah buat umi rasa pening.umi memahami bila sedara mara bertutur ubian tapi tak dpt kuasainya dn hari ini tlh bnyk yg umi lupa krna tdk brtemu.lebihkurang 3 tahun d pulau terpencil itu,tdk bnyk yg umi ingt sebenarnya hnya trbayang rasa ketakutn bila mndengar bunyi enjin bot yg tdk d kenali dn makcik umi akn membawa kami lari sembunyi d dlm semak kerana bimbang kehadirn lanun entah apa yg d cari olh lanun pada nelayan miskin.
setelah sampai waktu utk kakak sulung k alam prsekolahan,bapa brpindah ke pedlman sabah krna tdk wujudpun skolah d pulau itu dn sepupu umi tdk merasapun alam prsekolahan mrk berkahwin dlam usia belasan tahun.cara hidup orng pulau terlalu mudah,mrk tdk perlukan berekar ekar tanah utk meneruskn kelangsungan hidup,cukuplh lautan luas itu sbg sumber rezki,rumahpun atas air laut,hasil tangkapan laut d buat ikan masin dn satu satunya makanan yg umi tak suka rumpai laut yg berwarna hijau dn coklat sbg makanan utama mrk utk d makan bersama tenompe juga putu yg d buat dari ubikayu krna hanya ubikayu yg tumbuh d pulau itu.sesekali mrk ke pekan d tanah besar bila hasil ikan dah banyak utk d pasarkn.d tanah besar sabah mrk dirikn pula pondok pondok kecil d tepi pantai utk bermalam beberapa ketika sblum kembali k pulau,waktu itu penduduk tak ramai,bolh je dirikn rumah kat mana mana pantai yg kosong dn ada juga yg bermalam d bot masing masing d lengkapi dengan bumbung juga alat memasak.bekalan makanan spt beras dn minyak dn kain serta barangan kemas akan mrk perolihi d pekan setelah menjual ikan segar juga ikan masin.
wlaupun jauh terpencil d pulau,mrk terdedah dgn orng luar terutama kapal kapal besar yg singgah d pulau utk dptkn bekalan air,sdara mara ummi benar benar meraikn sesuatu majlis keramaian terutamanya majlis kahwin.mrk mengenakan baju baju yg berkilauan ,bersolek tebal dn barang kemas yg penoh d tangan krna hnya itulh duit yg mrk prolihi pd waktu itu d gunakn tnpa perlu fikirkn biaya pendidikn.mereka juga berpenampilan cantik bila berkunjung k rumah rumah sedara dn sangat menjaga kebersihan rumah kerana itulah keluarga sebelah bapa agak memandang rendah pd kluarga sebelah emak ummi.mrk merasakan mrk lebih bertamadun wlaupun tdk bersekolah krna penampilan mrk yg begitu,mrk sring gelarkn kluarga emak ummi idaan ataupun lbhkurng orng asli.
sebelah ibu..................................................................................................................
aki(atok lelaki) dn odu(atok perempuan) mrk anak jati sabah,lahir d persisiran g.kinabalu d sanalah emak ummi dewasa,kg karanaan.asalnya mrk sekeluarga pagan percaya pd faham animisma tetapi memeluk islam setelah pengislaman beramai ramai d sabah,mujurlh tdk berjumpa dgn padri terlebih dahulu krna biasanya siapa yg d temui dahulu itulh agama yg akan d anuti.cuma itu yg mrk tahu,beragama islam tidak makan babi kerana tdk ada susuln fardhu ain selepas itu,tdk hadir lagi pendakwah pada masa itu tambahan pula cara hidup orng kg lebih pada pertanian pindah.emak umi cuma ada dua orng adk beradik pastilh mrk sangt syg pada cucu cucu dn umi sendiri bnyk habiskn masa bersama mrk.kluarga emak umi majoritinya petani mrk perlukn tanah berekar-ekar utk menanam padi getah pisang dn berjenis sayuran dgn hasil tanaman itulh mrk dapat sumber kewangan dan padi yg d simpan setahun utk bekal keluarga.hidup sbg petani tdk perlu bersolek tabal,berwangi wangian apatah lagi mengenakn baju berlabuci,mrk bnyk habiskn masa d kebun dn menjaga binatang ternakan,tdk mudah mrk berjumpa sedara mara yg jauh krn pd waktu itu rata rata petani bertani utk sara diri bukn utk hidup mewah,majlis keraian pun berlangsung berkait rapat dgn tanamn padi,bertemu sesama mrk pada musim membajak dn meriahnya pd musim menuai,saling membantu antara sedara mara krna hasil tuaian perlu d kutip dgn segera.wlaupun cara hidup yg amat sederhana kepercayaan pd kuasa alam sangat menebal waktu itu dn keluarga sebelah emak ummi juga merasakan keluarga bapa ummi tidak punya kedudukan dlm masyarakat kerana mrk tidak memiliki tanah dan bila bapa ummi berkahwin dgn emak,habis tanah emak d jual kerana tdk merasakn berharganyanya tanah sebagai satu aset
aki setelah memeluk islam d beri nama yusuf manakala odu rusminah,mrk berasal dari sukukaum dusun dn hari ini umi terdampar jauh d negeri johor bertemu jodoh dgn orang jawa.sukarnya mengetahui bgm hari hari mendatang yg akan kamu lalui anak anakku cuma utk setiap saat yg kamu lalui pastikn berada d jalan yg lurus dgn hati yg penoh berharap agar sentiasa d beri taufik hidayah.
Comments