cinta itu sakit





bismillahhirrahmanirrahim.........................................................................................................

telahku lihat airmata itu jatuh satu demi satu,dari tahun ke tahun sehingga tadahannya membentuk lekuk yang dalam.
anak anakku, ummi berdiri memandang ke sana,ketika kasih seorang bapa mula melimpah ruah,bukan hanya pada seorang isteri dan anak anaknya tetapi juga pada wanita wanita yg ketandusan kasihsayang. ummi ada di sana berdiri d sebelah seorang wanita yg ingin mengggantikan tempat ibu ummi ketika ummi berusia 10 tahun ,d hati ummi bertanya siapakah mereka,

anakku,ummi masih juga d sana ketika emak ummi melahirkan anak yg ketujuh dan melihat seorang ayah beralih  kasih jauh meninggalkan kami mencari kebahagiaannya,ummi tetap d sana melihat airmata  seorang ibu gigih berjuang memberi kehidupan pada anak anaknya walau hatinya juga menangis,

anakku,ummi ada d sana ketika seorang ibu ingin memperjuangkan cintanya tetap mempertahankan ikatan suci walau berpijak d atas bara,namun hati ummi ada kesakitan yg dalam,kenapa ibu tidak lepaskan jika hidup hanya bertemankan airmata.ummi tidak memahaminya hingga saat ini.

anakku, ummi masih memandang ke sana,melihat keadilan yg tidak pernah hadir,namun cinta ibu tidak bersyarat,cukuplah melihat suami bahagia walau diri sendiri goyah tenggelam dalam arus kesedihan .tapi hati ummi mula menyampah dengan kasihsayang.

anak anakku ummi terus memandang,mendengar dan melihat betapa kesabaran,kesetiaan seorang isteri sangat tidak d hargai,namun ummi tidak pernah menangis melihat airmata seorang ibu kerana ummi ingin mendengar seorang ibu berkata....cukuplah d sini dan akan kubina kehidupanku sendiri......

anakku....sekian lama memandang akhirnya hati kecil ummi berkata,jika suratan hidup telah tertulis berdamailah dengan takdir.....

 ,akhirnya airmata ini  menitis juga
bila ummi tidak lagi ada d sana,utk menggenggam erat tangan seorang ibu,mendengar kesedihannya,berkongsi kepedihannya dan berkata
sudahlah mak.....
berhentilah menangis

Comments

sedeyla citer umi ni T..T

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN