ahlan wa sahlan ya ramadhan _ramadhn 2014

masjid nurul hidayah


tarawih 2014


assalamualaikum anak anakku.........................
ramadhan kembali lagi.semalam hari pertama kita bertarawih d masjid.alhamdulillah kerana allah masih mahu mengetuk pintu hati kita,menjemput kita utk  sama sama solat tarawih d masjid.

setiap tahun kita bersama ke masjid malah sejak kamu bayi lagi ummi dah bawa kamu bersama solat tarawih,sungguh teruji sebenarnya seorang ibu cuba kekal dlm solat berjemaah dgn bayi d belakang mengharapkan dia tidur nyenyak.adakalanya ketika masih dlm saf solat anak kecil ummi dah menjerit menangis mahu menyusu apatah lagi kamu yg menyusu dgn susu ibu.smua itu kenangan manis buat ummi .

letih memang letih tapi bukan satu alasan utk meninggalkan solat terawih,bila kita tidak melaksanakn solat sunat itu sebenarnya kita dah kehilangan salah satu nikmat dlm hidup,solar terawih itu begitu istimewa hanya ada pada bulan ramadhan dgn berbagai ganjaran yg allah janjikan jika  melaksanaknnya dan  ummi lebih suka solat terawih itu d laksanakn sepenuhnya tanpa d selangi dgn tazkirah,mujurlah negri johor mengarahkan masjid masjidnya melaksanakn terawih 20 rakaat.bolh je tazkirah d buat selepas subuh atw selepas asar kenapa mesti ambil masa pada waktu solat terawih d mana kita hendak tunduk sujud berkata kata dgn allah.

semalam,bila sampai ke masjid,rasa terharu sangat melihat penuhnya masjid dgn orang kampung nak solat berjemaah,kerana selalunya bila ke masjid pada waktu subuh hanya ada 4  _7 orang sahaja,bagaimanapun bilamana hamba allah menjejakkan kaki ke masjid tak kiralah solat wajib atau sunat sebenarnya allah yg gerakkan hati hati mereka,allah yg menjemput mereka,bersyukurlah kita masih bersama dalam saf solat itu.

anak anakku,ummi mahu kamu terus melaksanakan solat terawih berjemaah tak kiralah ummi ada atau tak ada d depan kamu,lakukan kerana kecintaan pada allah,pujuklah diri...pujuklah hati melakukan suruhan  allah yg wajib laksanakan,yg sunat buatlah sungguh sungguh yg haram tinggalkan,yg makruh jauhi dn yg harus jadikan ibadah itulah garis panduan hidup kita sbg hamba allah.

selamat pagi anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN