upsr 2014



Hari ini 11 sept.jam 2.30 ptng ummi brgegas k mrsm mnjemput fateh balik sempena cuti skolah selama seminggu,terlalu asyik brcerita terbabas dari laluan jln pulang...tersadar bila dah brada d pinggiran bandar melihat bangunan tersergam d hadpn.ouch......sabor ajelah nak buat cam mana dah trbabas.
Menyusur kembali jln pulang,singgah brhenti d sekolah rendah kamu anakku,nak amik ana yg sdng mnduduki upsr hari trakhir.tak taw nak cakap apa......begitu terganggu anak bongsu ummi ini ,dgn tangisan brcampur kemarahan krna preksa upsr yg d tangguhkn lantaran soalan bocor.6 tahun belajar dengan tekun,bila brjaya mnjawab dgn baik tiba tiba d batalkan....hati mana tidak trguris tambahan pula begitu brushanya ana mengekalkan kedudukan no 1 dn 2 dlm kelas d sepanjang tahun.

Anak ku,sptmana amanahnya rasulullah,begitu juga ummi doakan kamu agar terus d beri hidayah tetap d jalan yg lurus,amanah dgn t.jawab tanpanya akan rosaklah diri dan menyusahkan ramai orang d sekeliling .wlaupun pada dasarnaya niat seseorang itu sangt murni,mahu membantu insan yg lain namun perlaksanaan itu brtentangan dgn amanah yg d prtanggungjawabkan atasnya.

Sepanjang 3 hari upsr...ummi baca surah yasin,mohon Allah mudahkan utk ana mnjawab pekse dgn tenang dan bila d tangguh...fuh....memang syaitan datang berbisik bisik kat jiwa raga ummi,membisikkan rasa rugi baca yasin berulang ulang.astaghfirullahhalazim...dengan ilmulah kita menepis segala bisikan syaitan anakku.sesungguhnya segala amal itu hanya krna Allah dan kita harapkan redho Allah.

Ketika solat maghrib brsama,masih lagi trdengar sisa esak tangis anakku ini....esok dia nak ajak ummi keluar shopping.....stress katanya.huhu....malah berangan nak ke kl nak ke pejabat muhyidin ..nak luahkan rasa kecewanya.haish.....bukan senang nak jumpa menteri hihi.insyaAllah esok sejuklah tu...biarkan airmata itu jatuh berlinangan anakku kerana sesudah itu kolam rasa itu akan kembali tenang.

Walau d tahap manapun kesedihan itu singgah d hati kamu,perhebatkan solat anakku,bangunlah d sepertiga malammu.

Selamat malam anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN