petua d kasihi suami

Assalamualaikum anak anakku.....
semalam,satu soalan d ajukan pada ummi,brtanya...apakah ummi ada sebarang amalan atau petua sehingga abi begitu kasih kat ummi........
Hu hu....soalan itu memeranjatkn krna ia datang dari orng yg ummi kenal yg ummi lihat betapa bertuahnya mereka dlm hidup.
Selepas solat asar,soalan itu kembali berlegar d fikiran ummi,mengusik rasa syahdu mengundang titis titis airmata,dlm istighfar ini,teringat firman allah,mafhumnya...nikmat tuhan kamu yg manakah kamu dustakan......
Anak anakku......
Sangat trsentuh dgn soalan itu ,bimbang bimbang kiranya ada d antara kamu yang empuk dgn nikmat dunia,brselimut dgn kasih dan syng tapi masih mencari bahagia d sana sini.anakku,ummi pernah melihat malah melaluinya ,kesulitan mahupun kesempitan hidup,melihat nenek dn atok ummi membanting tulang menanam padi,menjaganya dari ancaman haiwan perosak  sehinggalah proses menuai,smuanya menggunakan tenaga empat kerat tnpa bantuan jentera spt skrang .begitu keletihan yg d rasai melahirkan rasa syukur yg tidak trperi trhadap usaha setahun.tidak sempat mengeluh atau melihat segala kekurangan d segenap ruang kehidupan.
Anakku....apa yg sering nenek ummi lafazkan...bahawa inilah kehidupan dan brusahalah,tak pernah mendengar mrk merasa miskin walau mendiami rumah berdinding buluh,seawal subuh melihat atok dn nenek brcerita tentang prkembangn padi d huma,meninjau jika ada kerbau yg terlepas dari pagar....bukannya soal kurangnya kasihsayang seorang suami atw isteri tapi bgm mahu terus melangsungkan tanggungjawab sbg seoran insan d mukabumi ini.itulah atok dn nenek ummi yg tidak pernah trdedah pada ilmu agama krna mrk itu buta huruf.
Bagaimana dgan kita ?segala ilmu pengetahuan d hujung jari.kiranya kamu juga mahu tahu kasihnya abi pd ummi....ummi juga tidak memikirkn kerana bagi ummi....tanggungjawab sebagai seorang ibu...seorang isteri dn hamba allah,itu yg ingin ummi tunaikan sepenuhnya,bukan menilai sejauhmana kasihsyang dr seorang suami telah hadir dlm hidup ummi,kerana ummi tahu pasti siapapun hadir d sisi ,bgm jatuh bangun ,dlm hidup mahupun cukup atw kurangnya rezki yg tampak pada mata kita....jika rasa brsyukur dgn segala itu ,sesungguhnya rasa bahagia akan allah campakkan ke dasar hati.
Ummi sedih dgn sahabat sahabat yg memiliki rumah besar,kereta mewah,melancung ke luar negara tapii masih merasakan tidak d sayangi suami.bgm lagi kasih dn sayang itu harus d pamirkan klau segala yg datang trhampar d halaman kehidupan itu masih juga tidak d rasai kasih suami seiring dgn segala pemberian itu.astaghfirullahalazim...berikan hidayah itu pada anak anakku mahupun diri ini.

Selamat malam anakku...

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN