jejak jejak langkah d trengganu 12.2014

Assalamualaikum anakku........
Jam 6 pagi,bas  yg kami sewa sampai d masjid terapung trngganu.masjidnya cantik d kelilingi air.selessi mandi dan solat subuh kami sarapan pagi d bandar kuala trengganu sblum meneruskn prjalanan ke muzium kayu yg cantik trsergam tu.
Bagi ummi,senibinanya sangat menarik,gambar kat bawah itulah muzium trngganu.keletihan brada dlm bas d sepanjang mlm menyebabkan umi x fokus dgn smua pameran yg ada d sana tapi ummi trtarik dgn segala bagai pralatan yg d gunakan olh golongn d raja trmasuklah pinggan mangkuk,baju baju dan barang kemas mereka.
Tak pernah nampak,sebab tu lah teruja.
Tak sempat nak tengok smua,hanya sejam brada d sana.


Dari muzium kami ke tapak tamadun islam,ummi katakan pada adik dn ana x perlu masuk ke dlm krna,suasananya sama spt d muzium,hanya melihat replika....lbh baik p makan ,tikit masukpon 20rm seorang.separuh dr ahli rombong tak masukpon setelah melihat tikit yg mahal.kami merayau rayau d sekitar kompleks brhampiran.ada bot juga utk d sewa,kereta kuda,kerusi urut juga surau....kitapon solat dhuha kat sana.selesai d sini kami menuju ke masjid kristal.brsebelahan je rupanya,bolh jalan kaki.

Sungguh memukau masjid kristal tu,brkilau kilauan.selesai solat kami ke hotel d tengah bandar.berehat.
Jam 3.30 ptng,brtolak ke pasar payang,terus brgegas mncari jeti ke seberang takir,agak brserabut kerana masih dlm pembinaan,hujan panas mula turun kami redah juga,maklumlah dah petang,panjang doa agar tak demam brmandikan hujan panas.dalam bot kena brdiri  d tengah krna hujan agk lebat d bhgian tepi tmpt duduk tu mujur tak jauh,10 minit je prjalanan.sesampai d kampung tu ,tak ada pon sebarang anak  panah tanda jalan menuju ke arah tempat atw kedai yg menjual keropok,ikan bilis atw hasil laut yg lain,kampung ini kampung nelayan,orang dari luar datang mencari hasil laut di rumah nelayan yg  ada kat sana,pandai pandailah brtanya orang yg lalu lalang tapi tak sukar kerana orng kampung sedia menunjuk arah.
Gambar kat atas tu lah rumah nelayannya tak bolh masuk ramai ramai,tempatnya sempit,penoh dgn ikan bilis yg d bungkus besar besar,mrk itu lebih kepada pembekal pada pemborong,ummi beli sekilo je,asal ada cukuplah kat johorpon belambak ikan bilis yg penting dapatlah jejakkan kaki ke kg.seberang takir.
Gambar kat atas tu,masih juga kat s.takir.satu yg pasti,d kawasan kampung yg ummi lalui d terengganu ini,banyak sekali sampah d halaman rumah,termasuk barang barang yg tidak d perlukn lagi spt tv rosak,kerusi patah,kayu kayu yg brterabur,mudah sangat kelihatan d halaman rumah,ummi memikirkan mungkin mereka bnyk habiskan masa kat laut,tangkap ikan,tak sempat nak kutip sampah.
Adik  n ana sedang makan mlm kat warung...yea..jam 9mlm pon dah tak ada nasi,mi kari n laksam je ada.bantai je mee kari,dah lah tgh hari tadi tak makan nasi,nampak gaya tak kenyang.balik hotel singgah 7 elevan,beli roti.selepas baca doa,bermulalah tidor ummi yg lena.
Kueh qasidah,itulah nama nya anakku,beli 1,nak rasa juga kueh tu,sebok amik gambar kueh,tuan punya gerai nak brgambar juga,tu dia gambar kat bawah pemilik kedai makan tempat ummi sarapan
Selesai sarapan,terus ke losong.kat sinilah kita beli keropok lekor,beli utk jiran kita

Dari losong terus ke pasar payang,tengok kain batik.sedari awal ummi merasakan tak ada apa nak beli kat trngganu hanya jalan jalan .bila dah nampak kain baju ,tak sadar  dah 550 duit abis beli kain baju je.inilah hati manusia anakku,mudah trpersona dgn keindahan duniawi,termasuk ummilah. Esok sambung citer...masa utk ummi beradu.
Makanan ringan atw jajan kata orng johor, juga banyak terdapat d sini cuma hati hati ketika membelinya,kbnykn produk keluaran orng thai,tak ada cop halal,terutama gula gula....sangat amik berat soal makanan anakku wlau d bumi manapon kamu brada jgn letakkan istilah darurat itu nendahului was was ,hati hati itu lebih baik.bagi ummi darurat itu bagi yg dah kebulur,apakah kita pernah merasakan itu?
Satar,pais ikan dn pulut panggang mudah kelihatan.9 ringgit ummi beli bawa balik ,nak rasalah makanan orng trngganu......hemmmm ...hanya secubit kamu rasa,dah tak nak,citarasa manusia itu brbezakan mengikut tempat lahirnya dan kita blajalah meraikan apa yg  orng lain gemari.

Butik nur arfa, cantik...cantik,bukan hanya produknya tapi juga bangunannya,kemudahan yg d  sdeakan juga spt surau n tandas selesa n bersih,pasti pemiliknya mendapat pahala yg brterusan dgn kehadiran pembeli yg juga mendirikn solat d surau itu.
Klau nak cari design yg elegant...ada kat sini dgn harga yg cantik juga,ummi beli 3 helai kain pelikat kst sini dgn harga 105rm...setiba d rumah umi bandingkan dgn kain pelikat produk indon dgn harga yg sama....brbeza anakku,produk indon lebih halus tenunannya,lembut dan cantik,itupon kain pelikat kat arfa tu dah ada diskaun,harga asalnya 45rm sehelai.kat kedai kemboja d tempat kita bnyak mnjual kain pelikat dr indon yg brkualiti dn harga yg murah.
Dalam prjalanan balik,singgah lagi d maran.ramai yg beli satar...umi hanya pandang dr dlm bas,malas nak turun.
Berjalan bermusafirlah,melihat kebesaran Allah dn brfikirlah sejenak apa yg mampu kita perbaiki pada diri dn kehidupan ini setelah melihat kekurangan dan kelebihan orang lain.jangan hanya melihat kekurangan tapi tidak memahaminya apatah lagi mahu memperbaiki diri.
Sebentar lagi kita akan teruskan musafir ini ke cameron,trolak n kepala batas,moga prjalanan ini membuka pintu hati ummi juga kamu melihat kebesaran Allah.

Salam subuh anakku.

Comments

Alhamdulillah ummi selamat pergi dan selamat sampi.... klu umi pegi lewat skit je da xleh jalan2 da sebab banjir baru2 ni... adik cerita umi kate masjid tergantung?? Hahhahaa

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN