Majlis graduasi ktj06 2015
Bismillahirrahmanirrahim
10.30 pagi,ummi dn abi bertolak dari rumah,singgah sebentar d madrasah borhanuddin hilmi,menjemput k.ngah dn adik yg sdng blaja kat sana utk bersama meraikn abng ngah.
K.ngah amik alih tugas memandu agar abi bolh berehat,jam 1 t.hari tiba d rasah N.sembilan,berhenti d sini ,abi nak solat jumaat.sementara menunggu abi solat ummi,k.ngah n adik merayau d sekitar rasah, mencari restoran melayu,kebanyakannnya kedai mamak.sedari dulu kita mengelak kedai mamak krna cara masakan itu tidak sesuai dgn kitakan.akhirnya jumpa kedai melayu naq Q ,dn pada waktu itulah ramai je kaum adam duduk kat restoran ,makan minum dgn tenang tanpa rasa segan silu wlaupon tahu itu adalah waktu utk solat jumaat.sempat singgah kat supermarket parkson...huhu beli beg tangan.selesai urusan d srmban terus k kl,ziarah kakak,dah sarat anakku ini,insyaallah 2minggu lagi ummi dapat status baru ,odu.
Ummi sampai d grand blu wave hotel shah alam pada jam 8.30 mlm.student intec brpakaian kimono tersenyum manis mnjemput kami.d sinilah penyampaian sijil .tu dia gambar abng ngah sedang menerima sijilnya,tak trsusun gambar ni.
Abang ngah brsama rakan rakan intec
Ummi duduk d meja hadapan,dekat dgn pentas,berbagai bentuk prsembahan yg d buat,bahasa melayu,jepun dn english,abng ngah brmain gitar,gambar kat bawah ni.ummi pon tak faham dgn abang ngah yg suka dgn alat alat muzik.sesekali dia balik dgn gitar d sandang kat belakang dn nyanyikan lagu utk ummi,jujur ummi katakan,tak brbakat jadi penyanyi anakku,cukuplah dgn alat muzik nak hilangkn stres tu.selepas itu abng ngah buat prsembahan silat brcampur aduk dgn pengiring tarian tradisional dn moden.ummi tak faham konsep apa kah itu.ummi brdiri kat depan dn rakam prsembahan tu, umi paparkn dlm group family fb.
Makan malam kat hotel d hidangkn makanan melayu dn jepun tapi tak sentuhpun makanan jepun bimbang jika tak brkenan ,buang begitu je,ummi faham sangat citarasa ummi yg sukar brtukar rasa
Tersenyum gembira abng ngah kat pintu dewan,tunaikan nazar puasa sebulan itu anakku,ummi trgamam mengetahui nazar itu,huhu....hati hati dgn nazar yg ingin d lafazkan,menunaikannya brdepan dgn ujian yg hebat anakku.
Kat luar dewan,jumpa dgn sensei abng ngah,orng jepun,cara mrk memberi hormat tunduk sedikit,selamat ummi tak perlu fikir cara nak tolak utk brsalaman.
K.ngah n adik,turut serta d hotel ini.alhamdulillah,moga allah permudahkan segala urussn abng ngah dlm bidang kimia enginering hokaido jepun.sbelum ini ummi tidak mahu anak anak melanjutkn pljran ke luar negara tapi biarlah ummi beralah asalkan kamu gembira anakku,ummi tidak nampak keperluan k luar negara kiranya dnegara kita sendiri ada kemudahan utk blaja .apapun kehendak dn cita cita yg ingin kamu capai,bukanlah ummi orngnya yg jadi pnghalang.
Jauh manapon kamu melangkah dari ummi,ummi menanti kamu dgn doa,moga allah tetapkan hati hati kita d jalan yg lurus,
salam dhuha anakku.
Jauh manapon kamu melangkah dari ummi,ummi menanti kamu dgn doa,moga allah tetapkan hati hati kita d jalan yg lurus,
salam dhuha anakku.
Comments