rasa hati seorang nenek....seorang ibu

Assalamualaikum anak anakku..................
Alhamdulillah hampir dua minggu brgelar nenek,trsentuh hati melihat wajah suci seorang bayi.begitu mudah menyayangi krna kita tahu dgn pasti,putih bersih hatinya tanpa prasangka tanpa kesangsian.
Ramai yg ucapkn tahniah pada gelaran yg baru ini hu..hu.. semakin menyedari usia ini dah melewati fasa senja tapi itulah kita anakku,d tahap manapon usia ini mujadah bukannya semakin mudah malah semakin hebat seiring dgn tanggungjawab yg trgalas d bahu seorang ibu dn nenek.

Letih memang letih setelah beberapa tahun tak ada bayi kat umah.ummi kena biasakan diri mengurus anak yg sdng brpantang dan juga bayi yg baru nak kenal dunia.keletihan itulah ujian anakku,bagaimana mahu terus bisikkan pada hati bahwa kerja inilah ibadah yang kita harapkan ganjarannya d akhirat sana,sabar itulah yg kita mahu, bertakhta kukuh d sanubari .bagaimana mungkin mahu mengaku seorang penyabar jika kesulitan tidak d tempuhi.berkerjalah kelak hati akn memahami makna sabar yg sebenar.

Anakku,sesudah kesulitan ada kemudahan,itu janji Allah,kemudahan itu ,kayu ukurnya bukanlah yg bolh tampak d depan mata semata mata.kepuasan,kelegaan,keterbukaan dan kesabaran sekeping hati yg dapat kita rasakan sendiri sudah cukup sbg ganjaran dari Allah atas apapun kesulitan,kesedihan dan kesengsaraan yg d hadapi.malu pula bicara soal kesengsaraan....rasanya kita belum menempuhi tahap itu.
Dan itu yg sering ummi muhasabah bila ketika letih,buntu harus fokus pada tugas,dahulukn keutamaan,insyaallah...satu persatu keje yg brsimpang siur d depan mata akn selesai juga.
Tidak semua hari nya mudah,adawaktunys ummi berserabut memilih antara tugasan dn rutin ibadah seharian trutamanya solat dhuha.jika itu trjadi,brwudhu lah anakku,tunaikn solat dhuha dn bacalah surah yasin,insyaallah sesudah kesulitan ada kemudahan. terasa betapa hebatnya allah memberi rasa tenang pada hambanya yg meminta.
anakku.....
rasa hati brgelar nenek itu seronok tapi rasa hati brgelar  ibu trlalu sukar nak d lukis dgn kata kata,seronok,teruja,terharu wow brbagai rasa kerana segala rasa itu datang setelah menempuhi sakit antara hidup dn mati.

Kita bersama brusha membahagiakn seorang ibu anakku,krna ummi juga masih punya ibu.
 Selamat malam anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN