marhaban ya ramadhan 2015

Assalamualaikum anak anakku...
salam ramadhan.10 hari brpuasa,alhamdulillah itu nikmat yg Allah hadirkan dalam hidup kita,masih mampu taat pada perintahnya ,berpuasa d bulan ramadhan.
minggu pertama,ummi dah d sebokkan dengan menjahit baju raya utk kamu,tahun tahun sebelumnya ummi siapkan sblum bulan puasa,tahun ini banyak peristiwa yg mengganggu fokus ummi menghadapi ujian hidup.begitu manusia itu d uji anakku dan hakikatnya ada waktu kita kuat,ada waktu kita lemah.

Anakku,cukuplah kamu memahami kesedihan seorang ibu,ummi tak akan menulisnya d sini,segala kesukaran yg kita tempuhi, ku pohon pengampunan dari Allah.Harus mencari sinar,harus terus melangkah dan kerana itulah ummi masih mampu trsenyum.minggu pertama puasa ,ummi pi melaka beli kain warna kuning,dan brmulalah memerah otak memikirkan fesyen yg d lakar atas kertas.baju kurung johor utk cucu trsayang ,ummi siapkan dahulu,kurung moden,kurung pahang,kurung asli utk kamu juga telah ummi mulakan....sampai sekarang ummi tertanya siapa d antara kamu yg mahu teruskan minat ummi dlm jahitan.
ummi juga singgah d batupahat beli kerepek dn biskut utk d kirim kat jepon.huhu....biskutnya berharga 50rm tapi kos nak pos 500rm,kerana sayang kat abng ngah,tak pandang kos penghantaran tu.kerepek yg ummi beli x bolh pos kerana tak ada tertera tarikh luput dan bahan bahannya.Agen DHL beritahu,makanan yg x d sertai maklumat pengeluar akn d buang kat jepun.mujur tahu lebih awal,tak lah membazir bayar kos penghantaran.
anakku,ummi hadiri kuliah subuh u.imran tadi,ustaz ingatkan prbanyakkan sedekah,lepas raya nanti brlipat ganda rezeki yg datang,kita usaha ke arah itu anakku,keutamaan sedekah pada ahli keluarga dahulu,haha..ini buat ummi trsenyum,bolh minta emas permata kat abi.hihi.
Abi selalu memberi pada kitakan.Alhamdulillah.

Sehari dua ni,ummi telefon adik yg ada kat kmm,kejutkan dia bangun sahur,siannya susah nak bangun bila dah letih blaja dan setiap hari ,ana begitu setia menelefon ummi,ummi juga mahu melihat ana d depan mata ummi,terasa nak menangis merasakan dia tak ada d sisi ,waktu begini.satu hari ana beritahu tak sempat sahur kerana kena gosok baju kakak senior,oh Tuhan,mahu rasanya datang ke stf memarahi senior itu tapi akhirnya ummi akur,apapun yg berlaku adalah proses tarbiyah dari Allah,bersabarlah duhai hati kerana rasulullah membalas keburukan dengan kebaikan.
Anakku,ummi sedang berjuang mahu nenjadi insan  bertaqwa,kita bersama ke arah itu,apapun
kesedihan yg datang,bersyukurlah kerana Allah membalas dosa dosa kita kat dunia lagi..moga moga d akhirat kelak ,ada rahmat Allah utk kita,ada syafaat nabi yg d perolihi.

Salam dhuha anakku
ramadhan kareem

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN