alahai...kempunan kuih koci labu

Bismillahirrahmanirrahim.........
wahai anak anakku,rasanya ummi asyik buat cheese tart je akhir akhir ni,sampai kamu jemu nk makan,dah tak terasa lagi kelazatan cheese.ya....itulah namanya manusia,citarasanya mudah beralih sesuka hati.
minggu ni teringin pula mencuba resepi kuih koci labu.bermula dgn membeli bahan bahannya kat pasaraya,sapa lagi kalau bukan k.ngah yg temankan ummi ke hulu ke hilir mencari labu,gula merah dan kelapa parut.semua dah lengkap kat dapur anakku.gogle pula pencarian resepi,cam mudah dan yakin bolh buat.selepas sarapan pagi,sebelum abi bertolak ke kuantan,dgn penoh rasa gembira,rasa teruja ummi khabarkan pada suami tercinta hasrat nak buat kuih koci.Hu..hu..hu...,
sungguh terluka hati ini bila niat suci d halang dgn alasan yang terlalu rapuh....ya anakku,hanya kerana leceh nak buat kuih koci labu,abuya tak izinkan ummi  meneruskn misi yg telah lama d rancang.
D pagi hari,pertentangan pendapat sudah berjela d hadapan hidangan sarapan pagi,ummi mahu pertahankan kewajaran ummi nk buat kuih koci,ummi nk cuba sesuatu yg ummi rasakn mampu nk buat dan kejayaan terhasilnya kuih labu merupakan satu kepuasan hati utk ummi....dan itulah yg abuya tak mampu nak faham,abuya juga berhujah panjang lebar tetap tak mahu ummi buat kuih koci...uuuh sakitnya tu d hati bila kemahuan d halang sedangkn perbuatan nk masak kuih, itu tidak bertentangan dgn syarak.dapur itu lah pejabat bagi seorang surirumah,jgn d halang kebebasan seorang isteri menghasilkn seni masakan kat sana.huhuhu

setelah,abuya bergerak ke kuantan,ummi juga tidak mahu buat kuih lagi,mood ummi utk sepanjang hari dah huru hara.ummi amik labu tu dan hadiahkan kat jiran.pengajarannya wahai anakku,bijaksanalah bergelar isteri ,agar kehendak dn matlamat bolh tercapai.ummi masih belum putusasa nak buat kuih koci,insya Allah dua tiga bulan lagi akn terhasillah kuih koci labu ummi...ummi juga tidak mahu habiskan masa cuba memahami satu perkara,klau itu terlalu sukar,teruslah melangkah k depan dgn apa yang mahu kita lakukan.

Selamat malam anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN