Selamat tinggal Kolej matrikulasi melaka 2015

Assalamualaikum anakku...................

Rasanya baru semalam ummi menghantar adik ke kmm,arini 7hb.11.2015 dah hari terakhir dia kat sana.adik berminat dengan undang undang,itu kata adik dan berniat mahu memohon bidang itu sebagai pilihan pertama tapi ummi tak izinkan malah mempengaruhi adik supaya memilih bidang lain kerana ummi merasakan kerjaya seorang peguam tidak sesuai utk adik,kerja tu berat dan meletihkan bimbang adik tak tertanggung tugasan itu malah ummi lebih runsing bila mendengar kata kata ustaz,menjadi seorang peguam bererti sebelah kaki kat neraka.
Walau berat hati,adik akur dgn pendapat ummi dn jurusan undang undang ummi letakkn dlm pilihn ke 5.perbankan islam dlm pilihan pertama.akhirnya pilihn pertama itulah yg d tawarkan kat adik kat uitm segamat tetapi adik tak minat .ummi dorong adik utk menerima tawaran matrik dan adik setuju dgn pandangan ummi

Sebulan berada d matrik,ternyata minat adik dlm aliran sains tidak berkembang,sentiasa mengeluh kerana terpaksa belajar bidang yg dia tak minat,walau bio dpt A,fizik B ,kimia fail dlm percubaan pertama,itu sudah cukup buat adik letih.Ummi pon mohonkan asasi undang undang utk adik,setelah melihatnya begitu cemburu dgn rakannya yg dpt tawaran undang undang.yah.....permohonan ummi berjaya mendapat tempat ke asasi undang undang kat uitm dengkil...huhu,tawaran ini keluar ketika pertengahan exam semester 1,adik bersorak dgn tawaran ini dan tak serius lagi dgn kertas bio n fizik yg bakal d tempuhinya.fikirannya dah menerawang ke asasi,bagaimanapun adik kenalah juga habiskan exam semester 1 dengan pesan ummi...usahalah blaja dgn separuh nyawamu.....ummi mahu adik tinggalkn kmm dgn nama yg mewangi,markah A+.Adik hanya tersenyum.

Begitulah seorang ibu anakku,bagaimana tegasnya dgn pendirian terhadap masa depan anak anak,ada ketikanya hati ibu juga tersentuh dengan keazaman dan keinginan yg tertanam d hati anak  tapi satu yg pasti,ummi adalah antara kaum ibu yg mahu anak anak fokus pada pelajaran sehingga tamat bukannya berkahwin masa blajar.untuk semua yg kita mahu,rancang dan usahakan letakkn pergantungan itu pada Allah anakku,setiap satu yg berlaku ada hikmahnya.


Hari terakhir d bilik adik.blok 5A

Rakan sekelas adik




Rakan sebilik
Nampaknya adik begitu gembira dengan kawan kawan,sedari dulu adik memang begitu d sukai ramai kerana suka bercakap,hihi entahlah nak....

Selamat malam anakku

Comments

Unknown said…
Wuuuu...terharunya...touching la ummi
Unknown said…
Wuuuu...terharunya...touching la ummi

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN