A famosa resort melaka.Brcuti brsama keluarga 2016


Assalamualaikum anak anakku........
Awal tahun ni umi merancang kita gi cameron highland ,nak rasa lagi dinginnya suhu kat sana ttpi Allah takdirkn kita ke famosa.Alhamdulillah ,inilah prtamakali jejak kaki kat sini walau sering melihat tmpt ni dari jauh ketika dlm prjalanan menuju kl.
Jadual kat sini,smua di susun olh akak sekeluarga.

Check in,jam 2 petang,memandangkn hari jumaat kita brtolak selepas solat jumaat dari rumah.Namanya pon hari jumaat yg terkenal dengan jem terutama kat melaka,perjalanan sejam bolh cecah 3 jam.Gambar kat atas n bawah sedang mengeluarkn barang barang dari kereta.

Ini dia pintu masuk kat banglo famosa resort.Assalamualaikum....

Sungguh cantik n besar,ada 6 bilik smuanya.ruang tamu utama,family area,dapor dn ruang makn kat tingkt atas.
Ini dia ruang tamu.cantikkn.lbih luas n cantik dari rumah kita.huhu cukup kita merasai nikmat ni utk 3 hari ,alhamdulillah.

Itulah bunga yg trsergam cantik ,terlihat sejurus kita buka pintu



Antara gambar bilik yg umi sempat amik.

Gambar kat bawah ni,almari baju.satu bilik penoh dgn almari,cuti dua tiga hari je,tak adalah nak angkut satu almari baju dari rumah.
Ini bilikair kat bilik utama.

Banglo kat famosa,biasanya ada kolam renang,bolhlah mandi tanpa risau kehadiran pengunjung resort lain.


Ini dia gambar resort tu

Setiapkali cuti,bab mandilah yg seronok sebab tu cari resort yg ada kolamrenang jika tak ada laut.
 Olololo....fateh yg sedang demam ketika ini pon bolh gembira sangat dengan mandi .klau umi demam alamatnya berselimutlah kat atas katil,tak ada nk sentuh air yg sejuk tu.

Comelnya pelampung..tak wujudpon pelampung cam ni d zmn kanak kanak umi,kita guna je mana mana tayar kereta yg dah d buang.maklumlah mandi pon kat sungai kampung je.

Sebelum jejak kaki ke tadika,kamu dh biasa mandi kat kolam renang.walaupon ni kolam utk banglo ni tak kongsi dgn orng lain tapi jiran kat sebelah tu nampak gak kalau dia jenguk kat tingkap tu.kenalah mandi siap menutup aurat.

Anak terunaku..tak adalah kamu berdua dapat mancing kat kolam cam ni.termenunglah kat tepi kolam tu ye,renung dalam sikit kat air tu ,mungkin ada keajaiban yg akn brlaku hihi

Buat apa tu anakku?

Selepas solat maghrib,kita bergegas ke pekn cowboy.trdapat kat famosa resort juga.ingatkn kat sini cuma ada waterpark,rupa rupanya aktiviti mlm meriah kat cowboy town,sedia duit je beli tikit utk masuk.sempatpon kita brgambr kat pintu masuk tu.

Kita makan  mlm kat sini.chinese restaurant.hmmm sedap.itulah gmbr makanan yg sempat umi  amik.tomato tu d ukir cam arnab
Kita bolh cuba kat umah



Restorant ni letaknya dlm cowboy town,biasanya pelancong arab yg sering memenuhi tmpt ni.itu kata orng restorng.lepas makan kita pon bergegas ke tempat mrk nk adakn show.itulah laluannya..kat atas d hiasi dgn payung warna warni dn sebelah kiri kanan terdiri dari deretan kedai kayu,d reka spt cowboy town dlm citer omputih kat tv tu.x sempat nk tengok apa yg ada kat sekeliling krna show nk mula jam 9 mlm.

Sejurus duduk kat tempat yang d sediakan,show pun brmula .d mulakn dgn berbagai binatang spt kambing,ayam kuda dah tak ingat.

Di ikuti dgn prsembahan kereta brhias,peragaan fesyen dari brngn trbuang,tarian rakyat,silap mata dan akhirnya d selesaikn dgn prsembahan bunga api.




Hari kedua kita sarapan kat cafe juga ada kat resort ni.tu dia cafe nya

Bergambar sakan sblum sarapan

Sempat lagi merenung ikan kat luar cafe tu

Inilh pintu masuk cafe

Selesai sarapan,waktu yg d nantikn....
Mandi kat water park.kat sinipon kena beli tikit juga

Wow....siap nk mandi pagi

Pelampung ni pon kena sewa gak.tak ada yg percumalah klau nk gi sini.

Pondok ni pon bolh d sewa,senanglh nk rehat n salin baju.tarik je langsir tu

Hmm..itulh yg kamu suka sngt kan,naik ke tmpt tinggi n menggelongsor k bawah.umi dh panjat tangga tu,siap pelampung tapi bila sampai kat atas...umi menyerah kalah,biarlh umi turun balik dgn tangga.tak sanggup duduk kat gelongsor tu.

Yang ini umi suka,rehat atas pelampung menelusuri sungai buatan ni.



Malam kedua....kita makan kat luar resort.kat simpang 4.air terjun mini kat tepi warung itulah yg menarik prhatian ummi.cahaya lampu wujudkn suasana purple


Bersiap utk balik.slps solat subuh,abng ngah n k.ngah brgegas balik k johor.kerja.ummi mulakan mengemas  barang barang dan teruskn perjalanan ke batupahat memenuhi undangan jemputan kawen sepupu kat sana.
D manapon kita bercuti anakku,bukan hanya keseronokan semata mata tapi syukur dgn waktu yg Allah berikan utk kita,masa utk kita bersama melupakn sebentar kesebokn kita mengejar urusan dunia.berjalan bermusafirlah,moga Allah hadirkan lagi peluang utk kita musafir bersama
Salam subuh anakku

Comments

nuridrin said…
Assalamualaikum Puan,

Maaf bertanya, apa nama banglo yang puan sekeluarga menginap? Ada no telefon untuk dihubungi? Terima kasih puan.
nuridrin said…
Maaf, saya akmal yang bertanya. safrieakmal@gmail.com
Nisa said…
Walaikumsalam. Klau nak sewa banglo, kena hubungi pihak pengurusan famosa resort,cuma banglo kat gambar ni x d sewakan,dah brtukar status.

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN