Hijrah ke kuantan

Bismillahirrahmanirrahim.

17.ramadhon.Hari nuzul quran dan cuti kat kuantan, bolhlah ummi mencatat dairi hidup,nk guna data abi.
Masuk hari ketiga ummi bermastautin kat kuantan. Selepas solat subuh 20hb.6.2016 ummi dn abi mulakn musafir kat kuantan, singgah sebentar kat kl,abi brmesyuarat kat sana dan ummi abiskn masa dlm keter dgn mengaji. Alhamdulillah tak lama, teruskn prjalanan ummi abiskn masa dgn tido dn sesekali mengaji nk cuba khatam juga, moga d prmudahkn. Hampir masuk waktu asar sampai kat umah sewa ni, Taman mahkota permai 2.kemas sikit sikit je, perabot dh sepenohnya tersedia, sofa baru, kelengkapan dapo, petisejuk, mesin basuh malah towel n alas tilampon di sediakan utk 3 bilik.
Pukul 5ptng ummi n abi ke kedai yg ada brhampiran taman ni, nak cari tong gas. Berbelas kedai yg ada, tak satu pon  menjual tong gas. Ummi mula brtanya pada tuan punya kedai runcit, wah.... Gas hanya bolh d beli pada waktu pjbt dan pengedar gas pon x jual tong gas hanya bolh d beli kat kilang, sungguh aneh krna  begitu mudah mndptkn tong gas kat mana mana kedai runcit kat joho. Lain negeri, lain caranya.
Jam 6 ptng, ummi ke bazar ramadhn beli utk buka posa n sahur sekali. Abi ajak ummi ke masjid yg selalu d kunjunginya, brsebelahan je dgn bazar. Sungguh hebat ankku, masjid tengku ampuan afzhn, klau tak silap ummi, sediakan makanan utk brbuka puasa. Mlm tu, pihak masjid sediakn nasi putih berlauk daging dan sayur kobis, kuih dua tiga jenis juga buah kurma dan buah tembikai. Abi sejak awal lagi memilih masjid ni krna mrk tunaikn solat 20rakaat.Abuya ingatkn ummi tak perlulah masak, kita fokus pada ibadah. Di tepi masjid tu trdpt ruang spt cafe, esok ummi amik gambar ye. Siap kursi meja dn makanan d sediakn olh catering,kita tinggal amik je. Ummi brkenaln dgn orng yg duduk sblh ummi, subhanallah sungguh sungguh dia  mengajak ummi hadiri majlis ilmu kat masjid tu. Insyaallah lps bulan puasa ni bolhlh ummi hadir kelas mengaji, usrah utk wanita pon ada. Seronoknya mengenali insan yg mengajak kita pada majlis ilmu, biasalh ankku kita brtukar no tel, cuma ummi yg x ingat no tel sendiri, akhirnya bagi alamat fb ana je. Hmmm... Kongsi fb lah ummi dgn ana.
Melangkah ke dlm masjid, sedikit rasa tak selesa krna langsir d buka seluas luasnya, tak selesa solat sunat dgn orng llki keluar masuk kat depan, lagilah masjid ni ramai ank dara dn anak teruna student uia, rasa pelik pula nk solat, lagilah ketika habisnya lapan rakaat, 3/4 dari jemaah tu keluar brbondong, lalu kat dpn muslimah je.Ummi tak pernah lalui situasi ni kat joho, banyak masjid yg ummi singgah sepanjang ramadhn ketika d joho, tak jumpa lagi  masjid yg membuka luas tabirnya kecuali bila ada majlis ilmu.
Sehabis solat 20 rakaat, selamba jelah buka kain telekung tu, wlau menutup aurat dgn baju yg ada, tapi sungguh rasa kekok dgn orng llki yg lalu lalang kat depan.  Sehabis tarawih ummi duduk dgn abi, moreh.. Makan n minum lagi, utk morehpon hidangn agk berat juga, mii bandung, sungguh Allah murahkn rezeki masjid ni, sediakn makanan pd tetamu pada stiap mlm, malah utk 10mlm akhir mrk sediakn sahur sekali.
11 mlm sampai rumah, Allah beri ummi peluang merasai ramadhan d tempat orang ankku, nama je pahang tapi kat masjid ni, panoh dgn slang orng trengganu, rupanya ramai orng trengganu kat sini, brhijrah kat pahang.
Alhamdulillah, tak ada masalah kat pahang ni, ummi yakin pasti, setiap takdir Allah ada hikmah nya,tarbiah atau ujian kita hadapinya dgn sangka baik. Ummi sendiri tak pasti berapa tahun abi bertugas kat kuantan, moga sebentar sahaja.


Inilah gambar masjid Tengku ampuan afzan dan tempat ummi n abi brbuka puasa anakku.
Salam dhuha anakku. Selamat berpuasa


Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN