Suasana Hariraya julai 2016

Assalamualaikum anak anakku. ............
2016 sungguh sdrhana kita meraikn raya, prsiapan baju raya telah ummi siapkn brbulan bulan sblum raya krna ummi mnjahitnya sedikit demi sedikit. Bila trlihat je ofer jualan murah kat jakel, masa itulah singgah meninjau, biasalh ummi shopping kat bp krna satu jalan bila nak jemput ana balik dari asrama. 
Perpindahan abi ke kuantan demi tugas, pada prtengahan bulan puasa merobah rutin harian ummi sbg surirumah. Ptng jumaat bergegas balik ke johor, seawal subuh isnin brgegas pula k kuantan. Sungguh prjalanan yg meletihkan, dah hilang mood nak sediakn ataw mencuba resepi biskut yg sedap. Ummi singgah je kat pasar parit raja batu pahat,beli biskut n kerepek kat sana, kirim juga kat jepon utk ank trsayang. 
Bila anak bongsu ummi, ana nak buat biskut, ummi sediakn bahan biarlah dia merasa keseronokan menghasilkn biskut sendiri. Ni dia gambar ana sedang buat popiah nestum. Rajin gak anak ummi ni walau ummi manjakan dia sejak lahir lg. Dah siap,ana nk buat biskut cornflaks pula, tak ada gambar  huhu, balik joho umi amik gambar. 
Sehari sebelum raya, hari selasa... Selesai solat subuh kita bertolak ke rumah atok. Itulah rutin kita tiap tahun menyambut raya dengan keluarga abi, maklumlah keluarga umi jauh kat sabah. Singgah kat supermarket beli barang barang dapo,ketika inilah perasaan saddle ummi lain sebelah, sungguh fateh dan ana terhibur ketawa memanjang melihat umminya menyarung seliper yg brbeza. Ummi selamba je kat supermarket tu sbb rasanya tak ada orng nak perati kan ummi,apatah lg nk perasan ummi dgn seliper brbeza.inilah gambarnya ankku

Selesai shopping, sampailah rumah atok. Kitapon tolong bantu mana yg perlu.
Kaum lelakinya buat dodol, ummi tak amik pon dodol tahun ni, serik kerana akhirnya anak anak umi tak makan, habis brkulat gitu he. Masa raya,selera kamu utk menjamah kuih muih hilang begitu je kecuali kat tempat baraan ataw open house.
Anak gadis ummi potong daging... Sukanya ummi. Kat rumah tak pernahlah pula ummi suruh potong daging, kat umah atok ni macam macam keje d buat. Moga mndidik kamu seronok dgn keje keje kat dapo, maklumlah asyik dgn buku je.
Di pagi raya.... Itulah kita suka gak dgn selfie ni.sebelum bertolak g masjid, abi ingatkn solat tahiyatul masjid n solat dhuha
Bermaafan sesama ahli keluarga, itu rutin kita d pagi raya, d mulakn dengn ank sulung sehingga ke cucu cicit
Wah... Seronok minta maaf kat abi
Giliran k. Ngah minta maaf, tahun ni akk beraya dgn mak mertua dia.

Ini dia barisan mohon maaf.tahun ni kata kata bicara ana mohon maaf panjang berjela, maklumlah dah meningkat remaja.
Selesai mohon maaf, sessi brgambar sebelum menghadap hidangan d pagi raya. Biasanya raya pertama kita hanya duduk kat umah menanti kedatangn anak anak yg beraya kat rumah mak mertua, tetapi tahun ni menerima khabar kakak atok kat sembrong batupahat kembali k rahmatullah.kitapon bungkus segala masakan yg telah d sediakn, bergerak ziarah k batupahat. Sempatlah sampai k masjid n solat jenazah. Wak mie kakak atok no 2.atok ank bongsu.ziarah ke rumah ank wak mie yg menjaga arwah selama ini. Begitu bnyk ujian menjaga orng tua yg d panjangkn usianya ttpi pahala syurga mudah utk ank yg tabah.
Ni gambar kat yongpeng, kita singgah rumah ank arwah dan kat sinilah kita keluarkan semua bekal yg kita bawa, makan bersama sdara mara walaupon tak kenal sangat, maklumlah sesekali je jumpa.
Ini kat batu pahat gak, rumah sepupu abuya. Di hidangkn tapai manis, istimewanya... Maklumlah umi tak pernah cuba nak buat, orang kata banyak pantanglarangnya ketika operasi penyediaan, barulah nak jadi
Gambar kat bawah, rumah abang sulung atok. Ini kat parit kadir lapis. Sungguh wak mat dah uzur malah beberapa orng anknya juga dah kembali k rahmatullah.isterinya juga dah kembali k alam barzakh dn tinggallah wak mat sorang kat rumah tu, mujur berjirn dgn anak
Hariraya ke dua, kita sambung balik misi ziarah ke batu pahat. Parit bengkok. Itulah tempatnya abuya membesar sehingga darjah tiga kemudian keluarga abi berpindah ke rancangan felda yg baru d buka waktu itu. Rumah kat bawah ni, paman sarip. Adik atok lelaki. Rumah paman mikon, bibi sawo, umi tak amik gamba nya tahun ni.
Selesai ziarah kat batupahat, kita teruslah balik rumah. Berangan nak singgah pizza hut tetapi dah 10mlm,perut pon masih kenyang. Balik rumah teruslah tido.

Raya ketiga, hari jumaat, umi kemaskn rumah dan cuci smua baju kita yg d bawa dari rumah atok. Baju selama tiga hari... Huhuhu.. begitulh stiap tahun. Akn sibuk uruskan baju baju yg tak sempat d basuh kat rumah atok, maklumlah ziarah je. Petang jumaat, akk datang brsama keluarganya.. Alhamdulillah. Slps solat maghrib kita mulakn sessi mohon maaf sesama kita lak, adik adik kenalh mohon maaf kat kakaknya. Panjang pula bait bait bicara menantu ummi mohon maaf.ni dia gambar adik sdng mohon maaf
Rasanya setiapkali sessi brgambar, ana lah paling teruja, setiap gmbarnya suka nk letakkn tngn kat wajah. Sweet 14  hihi... Brtambah manis pula ummi tengok ank bongsu ummi ni.
Raya ke empat, kita amik giliran baraan. Keje keraslah dari pagi tu siang ayam ,tu dia abi, ank n menantu brkeje keras. Ummi siapkn desert. Smuanya buat saat akhir kelamkabut jadinya
Anak ank pon kena tolong gak, tak sempatlah seorang ibu melakukan semuanya, itulah yg d namakn kluarga ankku saling bantu membantu, jgn berkira dlm soal keje.
Bergedil yg d siapkan
Slps zuhur, sediakan hidangan kerana besan ummi dari kuala lumpur datang bertandang.
Ini dia besan umi dgn menantunya dan sdara maranya


Hari pertama baraan bermula kat kampung, biasanya hari pertama tak ramai sbb tak d sedari lagi olh anak ank muda yg tak istiqamah ke masjid.,ummi pon sediakn hidangan sedikit je, mee hon sup dgn nasi impit. Mlm tu ada 7 rumah yg buat baraan. 
Ini dia ank dara ummi, sedang mengintai orang llki buat baraan lah tu... Hihihi
Jiran rapat ummi, gambar kat bawah
Kawan baik k. Ngah dari darjah satu, datang juga, dengar dia dah bertunang,dah lamapon dia keje sbg nurse sesuai sngtlah tu dirikn rumahtangga, sedang k. Ngah baru je memulakn kerjaya, masih trkial kial sesuaikn diri dgn alam kerjaya, sbb tu tak fikirkn soal jodoh pon.
Kawan ana masa sekolah rendahpon datang juga, namanya azam. Sering wasap kat umi brtanya khabar, tak sangka pula berani datang bersendirian kat rumah ummi, maklumlah tak pernah lagi datang kat rumah kita. Ummi temankn ana bercerita dgn azam, maklumlah usia belasan tahun harus d bimbing dlm pergaulan mereka, walaupon azam blaja kat madrasah tahfiz. 

Ini gambar jiran tetangga kita
Sempat lagi amik gambar, umi sukakn gambar ni
Gambar raya kita kat runah atok


Baju raya yg umi kirim kat abng ngah. Kacak brgaya ankku dgn baju melayunya. Mengingatinya... Buatkn umi menangis

Wahai anak anakku
Hariraya utk kita meraikn kemenangan, utk kita bersama keluarga. Hargailah setiap ahli keluarga dgn sangka baik.
Jadilah orang yang memberi dgn kasihsayang. Yakinlah ada sisi positif utk tiap ketentuan Allah.

Selamat mlm anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN

Hari pendaftaran INTEC(international education college)