Persediaan awal ke sekolah 2017

Bismillahirrahmanirrahim.................. 
Setiap tahun ummi d sebokkn dengan mencatat senarai panjang barang barang yg wajib d beli utk kamu gunakn kat sekolah. Bermula dari alat alat tulis, beg sekolah, baju n kasut.ketika kamu berlima berada d sekolah rendah, tidaklah menjadi satu masalah yg besar utk umi memilih segala alat keperluan sekolah kerana ummi bersendirian ke shopping mall dan memilih apa yg umi mahu mengikut kadar kemampuan abi tetapi biasanya umi pilih utk jimat cermat. Tak pernahlah ummi belikan beg sekolah yg berjenama mahal, pensil, pemadam, buku tulis juga pengorek, smuanya berdasarkn citarasa ummi.memiliki sesuatu berdasarkan keperluan, ramai je orang nak beli beg sekolah mahal kerana beranggapan, beg tu tahan lama,kukuh bolh guna bertahun tetapi ummi tetap dgn pandgn ummi utk beli beg sekolah sekitar 18rm sehinggalah 25 rm kerana beg sekolah pada harga itu bolh bertahan selama setahun, tak rabak pon.. Bolh je d gunakan utk tahun depan tetapi ummi memilih utk beli beg sekolah yg d gunakan utk setahun je kerana ummi suka melihat anak anak umi menggunakan peralatan sekolah yg baru pada setiap awal tahun.Baju baru, beg skolah yg baru dan semuanya baru, mengundang semangat baru utk kamu hadir ke sekolah. Walau smuanya ummi pilih dari barang barang yg murah, kamu tidak pernah sedih tentang itu, kerana ummi sendiri tak melihat barangan jenama ,sesuatu yg hebat dan wajib d miliki. 
Wahai anak anakku............. 
Masa berlalu, semua harga peralatan sekolah juga naik melambung, beg sekolah berharga 25rm,dah jadi 50rm.pastilah ummi rasakan perbezaannya,sukar memujuk hati menerima perubahan ,terima walaupon terpaksa... Hihi. Ummi tak tahu bagaimana golongan brpendapatan rendah meredah smua ni. Tahun 2017,hanya ana seorang berada d alam persekolahan. Kelaziman ana menemani ummi ,keluar menghadap urusan dunia sejak berusia 2 minggu lagi,membuatkn umi geleng kepala. Setiap kali shoping,ana melihat ummi amik barang kat rak dan itu yg di lihat selama ini, tanpa terlintas soal kos yg ummi perhalusi jauh dlm kotak fikir. 
Bila berada d alam sekolah menengah, ana kutip smua barang keperluan sekolah yg d rasakn perlu tanpa fikirkan kos, uumph.... Umi trlepas pandang ank bongsu ni, lebih baik sedar dari tak sedar langsung akibat sikap boros dan membazir. 

Tahun ni, umi n ana gi supermarket nak beli baju sekolah, sepersalinan baju sekolah yg lengkap mencecah 100 ke atas... Wah berganda naiknya. Akhirnya umi g kedai kain beli kain ela dan jahit sendiri. 60rm..umi dapat jahit dua helai baju, sehelai kain dan sehelai tudung. Umi jelaskan kat ana, umi nak jahit sendiri baju sekolah utknya kerana itu lebih jimat. Haaaa..... Dah siap pon, mudahnya menjahit anakku,Alhamdulillah.sape yg baca post ni, bolh order baju sekolah dari ummi. 
Adik jadi model utk baju yg umi jahitkan utk ana, adik selesa dgn uniform tu, insyaallah ana pon selesa.

Adik tengah paksa abng yg x mo bergambar hihi.
Wahai anakku.....
Berjimatlah dengan membeli ikut keperluan, keperluan yg munasabah d akal anakku.setiap usaha sungguh sungguh melakukan sendiri  menghasilkan kepuasan hati,mengisi penuh makna ruang hidup .
Berusahalah anakku,bantuan Allah menyusul kemudian.

Salam dhuha.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN