Kota kinabalu, kundasang, keningau. Cuti september 2017

Bismillahirrahmanirrahim................ Seawal jam empat ptng, umi telahpon berada d airport klia. Penerbangan d jadualkan pada jam 6 petang. Perjalanan umi ke sabah d temani adik dan keluarga kakak. Abi n k. Ngah cuma hantar ke airport je, maklumlah kerje. 

Terasa kekok pula bila balik ke tanahair bersama besanku yg kebetulan ada tugas kat sana.mereka d sambut kat bilik vip dengan kalungan rantai kraftangan yg di hasilkan oleh masyarakat rungus kudat. Cukuplah umi sebagai pemerhati je. Itu bukan dunia umi.

Sementara menunggu beg pakaian d amik olh petugas khas, abiskan masa bergambar kat bilik vip airport ni, maklumlah pertama kali jejakkan kaki ke bilik ni.
Bilik ni di hiasi dgn hasil kraftangan masyarakat sabah.

Setibanya di hotel shangrila, kami d jamu dgn makanan masakan cina, entahlah nak.....tekak umi yg tak sesuai dgn masakan cina atau sebab rasa penat asyik duduk je, tak sabar rasanya masuk ke bilik, melelapkan mata.

12mlm kitapon masuk ke bilik. Alhamdulillah Sungguh selesa bilik ni.
Smua kelengkapan tersedia




Balkoni nya menghadap laut,bolhlah duduk kat balkoni ni melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Lobby hotel ni sungguhlah luas. Bunga besar kat gambar tu, bunga hidup tetapi dah d letakkankan bahan kimia spt lilin agar bunga tu bertahan lama, menyebabkan kelihatan spt bunga plastik.
Cafenya besar dgn kepelbagaian makanan,tetapi tetaplah memilih nasi lemak.
Selepas sarapan pagi, kitapon bertolak ke kundasang, sempat singgah ke supermarket utk beli baju kerana beg besanku hilang masuk kapalterbang lain. Entah kenapa bolh jadi seperti itu. Kat supermarkwt inilah sempat peratikan gong kecik ni. Umipon tak pandai memalu gong anakku walau d besarkan dengan keluarga yg selalu memalu gong.
Bandar kotakinabalu, masalah utama kat sini adalah kesesakan.
Sampai ke kundasang tengahhari tetapi teruskan prjalanan sehingga ke pekan ranau kerana kat sini terdapat kedai makan yg lebih selesa. Selepas makan kembali semula ke kundasang utk melawat desa cattle, sayangnya... Hanya bolh tengok lembu, gunung dah tertutup olh awan gemawan. Gunung kinabalu bolh d lihat dengan jelas kat desa cattle ni jika kita berkunjung pada waktu pagi kerana awan masih lagi duduk kat kaki bukit.satu kerugian besar bila tak dapt tatap gunung kat tempat ni.
Jika datang sblh petang, nampaklah petugas sdng perah susu lembu dan mandikan tetapi bau lembu sangat kuat.Alahai pelik gak klau mampu bertahan peratikan lembu lembu tu, istimewanya lembu kat tempat sejuk, warna kulitnya putih dan hitam. Baka dari oversea, lembu tempatan berwarna kuning coklat. Ramai je pelancung yg bergambar dgn lembu lembu ni, tak sangka... Ramai gak peminat lembu kat alam maya ni.
Entahlah nak..... Apa kena dgn fateh ni, sungguh takut dgn binatang termasuklah kucing.umi bawa dua orng budak comel ni tengok anak lembu, umi pon faham... Banyak je lembu kat jalanan dan kat kandang yg umi dah temui, tapi masih juga mahu melawat lembu yg ada kat sini. Mungkin kerana bayaran masuk ke sini yg membuatkan kita teruja utk menghabiskan waktu dgn lembu lembu ni.
Di belakang bangunan itulah sepatutnya gunung kinabalu,bangunan itulah tempat mereka proses susu masukkn dlm kotak, ketika cuti skolah, d waktu pagi, mrk buka utk orng ramai melihat bgmana proses itu d jalankan. Susu segar yg d beli sejuk dan sedap dgn perasa coklat dan kopi,tetapi hanya bertahan selama 4 jam d luar peti sejuk. Kat hotel, umi tumpangkn susu segar ni dlm fridge mrk.
Selesai kat tempat lembu, kita kembali ke hotel heritage, tingkat tujuh. Klau d beri pilihan.. Umi tak akn pilih hotel ni, hotel ni dah lama di bina dan semakin uzur. Klau nak melihat gunung dgn lebih cantik, lbih baik pilih pine resort krna umi pernah duduk kat sana,panorama sekitar pine resort tu terjaga rapi dan cantik.
Cafe yg luas tapi tak ramai orang.
Bolhlah tengok gunung dari dalam bilik tetapi hujung je krna d lindungi olh pokok.
Hari kedua kita gerak ke taman kinabalu. Ini pintu gerbangnya, tikit masuk  lebih kurang 4rm,klau tak silap. Kat sini kita bolh tengok hutan bukit.
Pintu masuk utk mendaki
Pintu masuk ke kaki gunung, hanya mereka yg nak mendaki d benarkan melepasi pintu ni.
Tersedia beranda utk kita tengok gunung tetapi ketika ni, musim hujan, awan menutup pandangan mata.
Ini dia nama nama mrk yg mencatit rekod mendaki gunung
Kat taman kinabalu ni terdapat restoran dan juga kedai cenderahati, sape yg nak daki gunung bolhlahlh ke pjbt yg trletak di sblh kedai cenderahati ni. Trdpt juga mini muzium kat sini.

Tak lama kat sini, teruskn prjalanan ke ikan tagal luanti. Sepnjang prjalanan kita bolh tengok kawasan kampung di kawasan bukit bukit yg tinggi.
Terasa jauh juga tempat  ikan tagal ni. Ikan yg jinak. Hanya 15 minit di benarkan berada d sini,rasa tak berbaloi dgn letihnya perjalanan.selesai bermain dengan ikan, mandikan falah n fateh dgn air paip yg ada kat sini....walau air sungai ini jauh lebih bersih dari air kolam renang tetapi pasir pasir kat tepi sungai ni, melekat kat kaki n baju anak anak kecil yg memang suka bermain pasir.

Jam 3.30 sampailah kat kampung halaman ummi.
Mlmnya gi makan mlm kat bandar. Rasa brsalah pula, balik kampung hanya semalam. Waktu mlm, kita mkn mlm kat luar.keningau bukanlah kwsn tarikan pelancung.
Lebihkurang jam 10  pagi kita singgah kat kedai menjual kayumanis dan serunding tuhau juga bunga kantan. Produk usahawan kampung ttpi umi tak amik gamba. Selesai shopping kita gi pula kat pusat krangkraf. Macam macam ada jual kat sini. Sedia je duit setempayan.

Restoranpun ada kat bangunan ni. Selesai minum, yeruskan perjalanan ke kota kinabalu dgn melalui jln tembunan. Jln berkabus... Itulah yg harus di tempuhi bila balik ke kg ummi.

Petangnya sampai ke kota kinabalu, terus cari kadai makan dan abiskan masa kat gerai gerai yg mnjual mutiara. Umi tak amik gamba kerana hujan telah menggangu mood umi nak amik gamba. Balik ke hotel shangrila.
Sblh mlm kita makan kat warung yg jadi tumpuan pelancung ni, brdepan dgn warung pelbagai hasil laut d jual.
Suka dangat dapat menyentuh udang galah. Para penjual kat gerai gerai ikan pon sangat baik, tak kisah kita brgambar dgn ikan jualan mrk.
Siput siput kat sini pelbagai jenis, warna kuning dan besar tu siput kelapa. Itulah jurujual tu maklumkan.
Makanannya sedap tetapi dah penat.... Makan sikit je.
Hari terakhir, sarapan kat hotel kemudian berjalan jalan d sekitar hotel. Sngat cantik.



Dlm jam 9.45 bertolak ke airport dgn iringan polis trafik utk lancarkan perjalanan.
Kembali abiskn masa kat bilik vip sementara menunggu jadual penerbangan pada jam 12 t. Hari. Bosan gak menunggu lama ni.




Bye bye ...insyaAllah akn kembali lagi. Perjalanan ini hanya utk temankan besanku yg nak melihat kg halaman ummi, moga Allah murahkan rezeki ummi utk sering kembali ziarah kedua ibubapaku d sini.

Selamat mlm anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN