Percutian ke bayou lagon bukit katil Melaka 2017

Bismillahirrahmanirrahim........... .......
18.10.2017 cuti Depavali, kita amik kesempatan ni ke melaka,Bayou lagun dgn tema waterpark. Rasanya umi  lebih sukakan suasana pantai berbanding waterpark yang terasa kesesakannya dgn pengunjung terutamanya golongan muda. 
Tahiti villa... Itulah nama Apartment yg kita sewa utk satu malam. Apartmen yg selesa, tiga bilik, dua bilik air, berhawa dingin tetapi tak di sediakan kelengkapan dapur utk memasak, utk masak maggi bolhlah. Ada je pengunjung yg bawa rice coker,cuma agak leceh nak bawa barang yg banyak bila harus menggunakan lif. 
Sempena depavali... Dptlah pakej yg murah, 500 utk satu mlm termasuk sarapan pagi utk enam orang dan tikit masuk ke waterpark utk enam orng gak. Klau terlebih penghuni, bolhkah beli tikit ke waterpark dgn harga 22rm .

Ruangtamu
Dapur
Bilik
Bilik air
Pemandangan waterpark dari balkoni apartmen
Ini dia bangunan apartment tu, kita duduk kat tingkat 3.bolh sampai ajal juga klau terjatuh dari balkoni tu.
Utk baby tak d kenakan byrn masuk
Umi jadi jurugambar je, gayat juga nak naik gelongsor yg penuh air tu. 

Kolam utk babypon di sediakan.
Terdapat tiga kolam di sini yg di penuhi dgn berbagai alat permainan, klau tak tahan sejuk, duduk ajelah kat tepi tepi kolam, peratikan telatah manusia.
Pemandangan kolam d waktu malam, di tutup utk orang ramai.
Rasa terhibur tengok kerusi ni... Maklumlah tak ada kat umah kita.
Check in jam 3 petang tetapi kaunter daftar d buka jam 2.30.kena amik no giliran kerana ramai sgt yg berbaris utk check in. Walaupun percutian kita singkat anakku, kualiti masa yg habiskan bersama  tu yg bermakna.
 ukhwah itu semakin erat dgn pertemuan yg bersulamkan sikap tolakansur dan saling bantu membantu.
Salam dzuhur anak anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN