Bercuti di hutan shorea resort jelebu negeri sembilan. 2018

Bismillahirrahmanirrahim..................... 
Alhamdulillah, Allah rezkikan kita bercuti bersama kluarga Akk , bercuti ke jelebu negeri sembilan. Ummi sendiri tak pernah jejak kaki kat sana. 

MENUJU KE RESORT. 
..........................................

Percutian di kawasan bukit dan di kelilingi dusun juga hutan.Sepanjang perjalanan kita melalui kawasan bandar, pekan kemudian kampung sterusnya kawasan hutan ketika d permulaan kaki bukit. Menghijau daun daun pokok d kiri dan kanan.Jlan agak sempit,berliku dan  tebing yg curam, memang seram jika bertembung dengan kereta lain. Keadaan mukabumi inilah yg menyukarkan  kereta bergerak d laluan ini, tak ada garisan putih dan tak ada lampu jalan,bila bertembung dengan kereta dari arah bertentangan, berhenti sekejap memberi laluan. Tak di galakkan kluar dari resort pada waktu mlm, agak bahaya lebih baik bawa bekal makanan dari rumah.Nak makan kat resort bolih je, beritahu kakitanganr resort tetapi kadar bayarn yg d kenakn boleh tahan lumayan. Nak boking makanan resort bolh tanya sekali harga yg mereka tetapkn. 


THE SHOREA RESORT
..........................................

Shorea resort terdiri drp beberapa vi
lla dgn susun atur yg berbeza. Kita boking dua villa.kat bawah ni gambar villa.
Depan villa, verandhanya kecik je. 

Veranda ni brdepan dgn hutan n bukit
Kat blkng verandha ni, spt ruangtamu yg kecil. Kita bolh lihat hijauan hutan bila berdiri d sini. Smua bilik kat sini tak d lengkapi dgn tv,memang terasa sunyi, bolhlah tido awal ataw mandi manda d malam hari. Wifi percuma,tapi bolhlah utk baca wasap.  Kat sebelah verandha inilah pintu masuk kebilik bilik utma d setiap villa yg ada kat bangunan ni. Satu  bangunan ada empat villa. 
Reka bentuknya dari kayu dan di bina d lereng bukit. Bila  parking kereta kat atas, kenalah menuruni tangga utk ke bilik,villa ini d dirikan d lereng bukit. 
Dari pintu utama ini, kita dah bolh nampak kolam renang. 
Ini dia gambar tangga dari pintu utama, memang kena berhati hatilah utk mrk yg ada ank kecil, sentiasa pantau keseronokn anak anak turun naik tangga. 



Bolh berdiri kat verandha ni, kiranya tak gayat. Duduk bersunyi sunyi sendirian sambil menulis puisi keindahan alam semulajadi. Banyak ruang kat villa ni, utk bersendirian, andai itu hajat d hati. 

Umi menginap d villa chessia,ada 3 bilik, dua bilik air dengan bathtap dan waterheater sekali. Dua bilik ni beraircon dan kongsi bilikair. Keluasan bilik yang selesa, Kluar je dari pintu bilik, dah trsedia mini kolamrenang kat depan.
Petisejuk dan cerek air juga d sediakan.
Bilik ketiga, terletak d atas, kena naik tangga untuk ke sana, bagaimanapun bilik atas ada pintu sendiri utk kluar ke kawasan parking. Bilik air sendiri, ada petisejuk tetapi x ada aircon.

Gamba kat bawah,ana duduk kat verandha chessia.tiga bilik utk 6 orng dewasa.
Tempat yg sama, di malam hari, gelap je hutan kat depan. Duduk santai di sini, tak adalah pula gangguan nyamuk,lampu pon samar samar je, semua lampu kuning, mungkin nak elakkan kehadiran kelkatu. 

Bilik tido, d lengkapi kelambu, x perlu risaulah dgn nyamuk. Bilikpon brdepan je dgn kolam,bangun pagi je, bolh terus turun dari katil dan berendam kat kolam. 


Katil bilik kedua, kat bilik inilh trletaknya tangga ke bilik atas.Bila almari baju tak di sediakan, baju baju biarkan je dalam beg.
Katil bilik atas.
D sediakan kipas, walaupon x ada aircon, bilik ni tetap sejuk d mlm hari, mungkin sbb bumbung yg tinggi dan ada ruang untuk angin keluar masuk.sape yang ada musuh  bahaya, janganlah duduk kat bilik ni, bolih je dia panjat dinding dan masuk dari ruang yg renggang antara dinding dan bumbung.
Bilik air yg selesa.
Bilik air kat bilik atas,bathtupnya sumbat, air bertakung.

Verandha kat bilik akk, ttpi umi tak masukpon bilik tu.
Pemandangan kolam mandi, agak besar dan selesa.



Kolam kat dpn bilik chessia kecil brbanding dgn kolam kat dpn tu, ttpi ada tangga utk ke sana.





Kolam renang kat depan villa akk duduk, agak besar sbb brsambung dgn kolam renang tengah, d pisahkn olh bidai yg tergantung tu. Kolam tengah itulah yg d kongsikan dgn keempat empat vila yg yg ada dlm bangunan ni.






D sediakan meja makan yg agak besar kat villa begonia ni.akak amik begonia utk 4 orng dewasa




Makan malam
Tetamu tak di undang

AKTIVITI 
.................
Menjelajah hutan d kaki bukit, antara aktiviti  popular kat sini. 
klau nak turut serta kena beritaw dan di kenakan bayaran tetapi tak berminatlah pula dgn jungle trekking ni.
Aktiviti utama kita, berenang, mandi dan berendam. Hemmmmm.

 



Habiskan masa di tepi kolam je.




3hari dua mlm kat sini, byrannya pon lumayan bolh tahan.
Keseluruhannya, percutian d sini sangat sesuai utk mrk yg mahukan ketenangan dan kesunyian. Bangun pagi,duduk melihat kehijauan hutan, mandi manda dan rehat berbaring d katil. Nak jimat prbelanjaan makan, kita gi seremban, makan tengahari. Lebihkurang 40min perjalanan.
Wahai anak anakku...
Rezki itu datang dlm brbagai bentuk, duit, keselesaan hidup, bercuti brsama kluarga, jodoh dan berbagai lagi. Bersyukurlah dgn segala apa yg Allah beri, insyaAllah akn bertambah rezki yg datang.
Moga brtambahkah rezki akk sekeluarga, bolh bawa kita bercuti lagi.
Selamat mlm anakku.
2018.

Comments

Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model)

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN