Percutian ke Pulau Bali indonesia 2018
Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang, sesungguhnya hanya Dia lah yg berhak d sembah.
16.11.2018,kita bertolak dari rumah lebihkurang jam lima pagi, sebelum subuh untuk syarat musafir bagi yang tak dapat melaksanakan solat jumaat. Alhamdulillah, kita menunggu azan berkumandang d masjid yg berhampiran. Kerana terlupa, Singgahlah kat nilai 3,beli sepasang baju melayu berwarna ungu utk Abuya,sempena majlis kawen yg akn kita hadiri d bali. Spt biasa, parking kat salak tinggi, terus k airport ,terbang jam 3.30 petang.
Musafir ke bali, mengikut rombongan keluarga nurul yang mengadakan majlis kawen adiknya, sebab itulah umi tak fikir banyak utk gogle mencari tempat tempat menarik, sekadar mengikut perancangan orang lain.
Flight jam 4. Petng juga akhirnya, penerbangan lebihkurang 2 jam setengah, urusan imigration dan airport yg agak besar, membuatkan kita amik masa yg agak lama kat airport tmbahn dgn jumlah rombongan yg ramai, lebihkurang 42 orng, Tunggu menunggu sesuatu yg lumrah.
(dari kacamata ummi)
1.Airport yg selesa dan bersih, malah d sediakan tandas family. Utk 2-3 orang. Bolh berbual bual anak beranak d dlm tandas.
2.sistem pengangkutan yg mudah d perolihi.pernah kita nak balik ke resort krna x mahu turutserta dlm aktiviti shopping,senang je dpt.
3.x ada masalah kesesakan jalan yang teruk seperti d Bandung. Mungkin kerana bali sebuah pulau, penduduknya tak padat.
4.Kos melancung yang agak tinggi.Harga tikit utk masuk ke tmpt pelancungan, agak mahal .
-Hari pertama. -
Agen syarikt pelancong telah menunggu kat airport, Kita d bawa singgah makan malam d malioboro, keistimewaannya ,ikan lunak ,ikan yg sgt lembut sehingga tulang tulang nya pon bolh makan. Ntahlah nak, tak order pun ikan tu. Restorann halal,itu yg penting kat bali kerana d sini agama hindu menguasai pulau ni, kenalah bincang dgn agen pelancung utk mencari makanan halal. Urusan yg sekejap menjadi lambat bila melibatkan ramai orang, kena tunggu smua orang habis makan.selepas kenyang teruskan perjalanan . Lebihkurang sejam perjalanan dari airport,hanya gelap d sepanjang jln, tak ada lampu jln utk melihat keindahan mlm. Resort terletak d kawasan bukit, memang letihlah mengangkat beg, naik tangga. Letih dlm perjalanan belum hilang, tetiba kena naik tangga yg tinggi utk ke villa. Lebihkurang 11 mlm sampai kat villa, Alhamdulillah ada kolamrenang prsendirian, mandi sblum tido.
-Hari ke Dua-
Ke Pentas Benoa.
Seawal pagi bangun,tetapi lewat juga sebenarnya kerana waktu subuh masuk pada jam 4.30 pagi. D maklumkan sarapan pada jam 9.00 pagi, slps sarapan, gerak ke bandar .Acara pertama ,berkunjung ke gedung membeli belah. Mall agung bali. Kat sini pelbagai cenderahati bolh d perolihi, dari baju, seliper, kek lapis dan pai susu antara makanan yg popular.
Serbuk kopi d jual dgn banyk kat bali.penduduk bali menanam pokok kopi, antara yg popular kopi luwak. Terus berkunjung lagi ke shopping mall, Hawai bali. Ummipon tak faham kenapa mesti shopping lagi, mungkin utk penuhkan masa sblum ke tempat yg d tuju. Perancangan awal, rombongan nak ke taman laut utk melihat Dolphin ttpi d batalkan kerana tutup. Mungkin baik juga begitu kerana tiket masuk sgt mahal, belum lagi tiket utk brenang dgn dolphin yg mencecah 300rm seorang. Sape yg mengidam nak peluk dolphin, bolhlah ke bali lagi. Tukar perancangan ke pulau penyu. Kita kena sewa bot utk ke sana dn Jgn bermimpi utk dapatkan sewa yg murah. Kat sinilah nak guna seliper yg kita beli kat mall,
Antara sliper yg kita beli , ummi bawa balik smuanya. Sliper termuraUh kita beli kat bali, 5ringgit .
kena sinsinglah baju,ketika melalui air laut utk naik bot. Tiket masuk ke pulau penyu, 30rm seorang , sewa bot ummi x pasti ttpi stlh d gogle lbhkurang 3500 rupiah. D tengah tengh bot terdpt lantai kaca utk membolhkan penumpang melihat hidupan laut tetapi waktu itu air laut keruh, x nampakpon batukarang atw hidupan laut.
- Bukan hanya penyu yg ada kat pulau ni,terdapat juga haiwan peliharaan yg lain. Bolh skrol kat bawah utk gambar yg umi sempat amik.
- Balik ke resort rehat dan menikmati makan mlm yg di sediakan olh pihak resort. D tepi kolam renang utama, terletak d tengah tengah resort. Masalah besar kat resort ni, setiap villaa terletak d lereng bukit, kena naik turun tangga utk kesetiap tempat. Tak sesuai utk golongan berusia.
- Selesai makan, balik ke villa,mujur datang sekeluarga, sungguh seram dgn patung patung sembahan orang hindu yg ada d setiap tempat. Malah kat ruang tamu, trsedia kepala patung d ruangan yg khusus, katanya hubungan manusia di dunia ini dgn alam ghaib. Trdapat juga ukiran patung kat setiap penjuru kolam renang.Al quran yg umi bawa utk baca almulk sblum tido, tersimpan rapi dlm beg, tetiba umi merasa takut nak baca, bimbang jin yg ada kat resort tu, kacau ummi.kot kot dia marah dengar umi mengaji.
-HARI KE 3-
Pagi Ahad, berehat kat resort je, makan minum d sediakan olh resort. Bersedia utk majlis nikah petang dan jamuan dmlm hari.
Jam 2.30 dah bersedia, bas menunggu kat bawah. Seawal 3.30 rombongan menunggu dlm bangunan kat New kuta golf. menunggu pengantin d solek.
- Dengan tema purple rombongan menuju ke New kuta golf. Pelamin d padang golf tepi laut. Cantik melihat kebiruan langit ttpi tak berpantai kerana terletak d cerun bukit yg tinggi. Kat bawah pelamin inilah acara nikah d jalankan.
- Pengantin melepaskan burung merpati dan belon ke udara, selesai acara nikah dan selepas itu terdengarlah suara tangisan anak anak kecil melihat belon itu terlepas dari genggaman.
- Wlaupun jam menunjukkan 5ptng,mentari begitu terik. Di sediakan minum petang.
- Jamuan makan malam d tempat yg sama, cuma kena balik ke resort utk bertukar pakaian berwarna kuning. . Sungguh cuaca menyebelahi.. ..sekiranya hujan,memang trlalu sukar krn tak adapon balai spt kebiasaan majlis kawen kat tempat kita. Berbumbungkan langit berlantaikan rumput. Angin laut bertiup mewujudkan suasana yg nyaman.
- Majlis d serikan dengan persembahan nyanyian dari artis indonesia dan tarian api juga bunga api yg bergemerlapan d udara,ramai yg terpukau melihat tarian api, ntah berapa lama mrk berlatih agar api yg mrk bawa tak tersentuh kat kulit penari. Bunga api juga sangat memeriahkan suasana. Jemputan yg datang terhad kat ahli kluarga je.
- Jamuan makan mlm yg sedap, citarasa orng indonesia.
HARI KE 4
Meneruskan agenda lawatan, hari keempat, d minta bersiap awal untuk mengejar masa pertunjukan barong dance yg bermula jam 9 pagi. Tertanya tanya juga, apa ke benda tu, rupanya persembahan kebudayaan yg brsangkutpaut dgn cerita rakyat golongan hindu. Dalam bahasa jawa pekat, dgn pakaian orng hindu zaman dulukala. Lama gak persembahan ni, sempatlah juga merasa bosan. Mungkin kerana tak faham butur butir perbualan artis kat pentas. Klau nak faham jln cerita, kena baca kertas yg d serahkan kat pintu masuk. kos lawatan arini dah termasuk pakej yg d bayar kat agen. 900 seorang tidak termasuk tiket kapalterbang. Jujur ummi katakan, tak berminat dgn persembahan budaya spt ini, berlakon kat pentas, dengan bahasa yg kita tak faham dan jalan cerita yg tak jelas.
Selesai baron dance,singgah shopping lagi kat dewata, kat sini beli baju t. kita teruskan perjalanan ke bhgn tengah pulau. Berkunjung ke gunung bator. Sepanjang perjalanan, melalui perkampungan yg jelas mempamerkan anutan hindu. Hampir setiap tempat ataw bangunan terdapat patung sembahan, ada yg berbalut kain hitam putih, kata Pak eddy pemandu pelancung, itu menandakan tempat sembayang itu telah d sucikan.
Rumah rumah juga berukir yg jelas kita tahu mereka itu orng hindu. Banyak rumah rumah lama d bina dalam pagar tembok, ada 3-5 rumah dlm satu pagar.rumah mrk kelihatan kecil. Mungkinkah mereka itu adik beradik, itu yg trlintas d fikiran ummi. Dlm pagar itu jugalah kelihatan tempat ibadat mrk.
Umi x pasti brapa lama prjalanan ttpi amik masa berjam jam, dgn jln agak kecil dan curam tetapi tak ada masalah kesesakan lalulintas. Sebelum sampai ke gunung, kelihatan kebun kebun kopi dan bolh je pilih kebun mana yg kita nak singgah melawat. Mrk tunjukkan bagaimana cara nak hasilkan serbuk kopi cara tradisional. Mudah je rupanya. Sesiapapon bolh buat asal ada buah kopi. Mrk msak biji kopi tanpa minyak, kemudian tumbuk kat lesung kayu yg besar sehingga hancur. Terhasillah kopi. Berbagai jenis kopi, kopi luwak, kopi kelapa, , vanila, koko, teh dgn pelbagai perisa juga d jual dan klau nak beli, segala hasil produk kebun yg d beri minum percuma, ada d jual dgn harga serendah 60 ribu rupiah, paket kecil. Memandangkan harga yg bolh tahan, cukuplah dpt minum percuma, banyak kot kopi kat tempat kita dgn harga yg murah.
Teruskan lagi perjalanan setelah menjelajah kebun kopi, satu yg umi perasan, tak ada pula nyamuk datang kat kebun tu, kat blakang rumah kita, brpuluh ekor nyamuk menyerang bila masa musim buah buahan. Dalam pukul satu atw dua kita sampai kat gunung bator. Cantik trsergam tanpa sebarang pokok d sekelilingnya. Panas sebab itulah pokok tak hidup d sekitarnya,namanya pon gunung berapi. Teringin nak tengok gunung tu dgn lebih dekat. Melancung ikut rombongan, kenalah ikot jafual mrk. D kawasan bukit inilah bas berhenti. Makan kat sini dgn bayaran 60rm satu kepala, tak termasuk air. Air masak je d kira dlm pakej. Pilihan makanan yg banyak ttpi yg sdkt je sempat d makan, maklumlah nak atur masa utk solat, ke tandas dan melihat persekitaran. Kat tempat perhentian ni, kelihatan banyak bangunan, ramai yg berdiri kat luar mengejar menjual barangan mrk, terutama t. Shirt, 50rm utk 10 helai. Tandas kat sini tak ada air, kena bawa botol kosong dan isi air kat paip luar tandas. Alhamdulillah d sediakan surau yg selesa dan tempat wudhu. Para penjual tidak d benarkan masuk k dlm bangunan. Selesai solat, kita panjat kat atas bangunan, lbhkurang 4 tingkat. D sediakan ruang legar yg luas utk melihat dan berfoto dgn latarblkng gunung.
Selesai d gunung, teruskan perjalanan tetapi kali ini menuruni cerun. Berhenti kat kawasan tanaman padi d cerun bukit. Sememangnya cantik sawah padi d cerunan, d sepanjang kwsan cerun inilah trdapat kedai kedai cenderahati dan kedai makan juga minum yg d hias cantik, dari jalan besar, cuma nampak bumbung, bila turun kat bawah, nampaklah deretan kedai, sungguh gayat sebenarnya. Nak jejak kaki kat sawah padi tu, kena turun sehingga ke bawah, walau banyak jln yg d sediakan, kecuramannya membuatkan kita lihat dari jauh je, tak sanggup nak kena mendaki bukit bila balik.klau teringin nak minum n makan dgn pemandgn yg gayat, ada kat sana. Pelbagai buaian yg besar n d hias cantik d sediakan,sediakan duit je, 100rm sekali buai. Hmm dapatlah merasa perasaan ngeri berbuai d cerun bukit tu, cukuplah sekadar memandang anakku, tak teringin duduk kat buaian yg menggetarkan perasaan.
Jalanraya yg agk sempit menyebabkan, kenderaan d larang parking kat bahu jln. Bas parkin d tempat yg d sediakan, sekali lagi kena berjln jauh ke tmpt bas kemudian trpaksa pula menunggu orng lain .
Teruskan perjalanan, berhenti utk melihat tarian api kat sahadewa. Telah masuk waktu maghrib dan abuya menunggu dlm bas je. D mulakan dgn prsembahan cerita epik akhirnya d tutup dgn tarian api. Klau d beri pilihan, umi memilih melihat keindahan alam berbanding dgn persembahan budaya. Teruskan perjalanan singgah makan kat cavier beach. Pemandangan waktu mlm d tepi pantai, meja makan memenuhi pantai. Sebenarnya dah letih, sepanjang hari dlm prjalanan, slps makn balik naik grb car dgn bayaran 60rm satu kereta mpv.lebihkurang setengh jam perjalanan. Bas meneruskan perjalanan utk ke shopping mall, ada yg di buka 24jam tetapi kita balik berehat kat resort.
HARI K 5.
Bersiap kemas nak balik malaysia. Flight kol 1,jam 9pagi kita dah mula gerak kat airport. Setiap perjalanan musafir ada hikmah d sebaliknya utk yg mahu berfikir anakku. Andai telah d tetapkan rezki utk melihat negara orng, bersyukurlah anak anakku. Moga dgn rasa syukur, akan sentiasa ada rezki utk kita bermusafir bersama, melihat kebesaran Allah.
Aktiviti dgn cucu dlm kapalterbang
Airport bali... Seluas mata memandang. Hiasan airport juga d penuhi dengan ciri ciri hindu.
Bas yg dah sefia menunggu.
Restoran dah tempah lebih awal.Jangan beranganlah utk dapatkan harga makanan yg murah kat bali. Tumpuan pelancung biasanya harga spt kita makan kat restoran mewah. Segelas jus buah kat sini cecah belas ringgit.
.jalan masuk k villa, slps naik tangga .huhu
D alu alukan kedatangan dgn jambangn buah d atas meja. Buah salak nya sedap.
.kolam renang dpn ruangtamu.
Dari kolam renang ini, kita bolh lihat keindahan pulau bali.
Dapur. X sempatpon nak masak.
Katil. Ada dua bilik kat villa ni.
Bilik air n tandas, tetapi x ada pintu.
Mujur ada pintu besar ni, x adalah bau hancing time tido.
Pelik juga bathtub, terletak d luar. Pokok bunga tu sbg dinding. Bolh je klau orng nak intai.
.patung srmbahan orng hindu. Terletak d ruang tamu.
Kad resort, sape nak berbulan madu ,sesuai juga dgn tempat ni ttpi seram kot, sunyi sepi bertemankan patung sembahan mrk.
.hadapan resort.Tangga nak naik ke villa.
Sblh atas tu, kolam renang utama.
Makan minum kat tepi kolam renang.
Bahagia rasanya bergambar d hadapan shopping kompleks.
Satu satunya jalan yg luas n besar kat bali. D bina atas laut.
Dari jauh nampak patung besar tu, patung yg terbesar d asia.
Makan tengah hari.
Purple, tema utk majlus nikah. Hasil jahitan yg membuatkan ummi terkejar kejar nak siap kan.
Meja utk jamuan.
Pelamin yg ringkas tetap cantik.
Laut membiru kat belakang pelamin.
Tema kuning hitam d waktu malam.
Rasanya, umi suka melihat hasil karya ummi menyiapkan baju baju ni.
Wow, kek yg cantik tapi x bolh makan sgt. Hiasan gula d atasnya sgt manis, tak terdaya nak tetuskan.
Ke Baron dance
Itulah makhlok barong, sdg kluar ke pentas.
ni. Hihi
Musang kat kebun kopi. Menghasilkan kopi luwak. Tak jinak pon musang ni.
Cara buat kopi tradisional
Kedai kat kebun kopi. Bolh beli produk kopi kat sini tetapi lbh mahal berbanding kopi yg terdapt d shopping kompleks.
Restoran d kawasan pergunungan Bator.
Gunung bator
Kawasan sawah padi d cerun bukit.
Kat gambar tu, ada buaian utk d sewa.
Sahadewa. Tempat persembahan tarian api.
Bot hiadan kat cenuran sawah padi.
Sahadewa, tempat persembahan tarian api.
Dari jam 6 ptng sehinggalah jam 8 mlm, persembahan ni.Mrk menggunakan suara utk menghasilkan bunyi bunyi latar. Kat fb ummi, ada umi masukkan video prsembahan mrk.
Cavier cafe.
Airport bali.
.bunga tahi ayam, bnyak d gunakan s
Dlm upacara hindu. Bunga ni kat dlm tandas d airport.
Eddiejaya tour, Pak eddie agen pelancungan kat bali. Orngnya tenang dan nampak penyabar.
Alhamdulillah. Sesungguhnya, hanya Allah yg maha mengetahui, dlm suka ataw duka.. Sentiasa ada ujian yg melukakan hati ankku dan hakikat dari hati yg trluka itulah, kita menjadi semakin kuat. Yang baik itu dari Allah, x baik itu dari kelemahan diri kita sendiri.
4.12.2018.
Comments