Posts

Showing posts from May, 2019

BERCUTI KE KOTA BHARU KELANTAN 2019

Image
Bismillahirrahmanirrahim. 25.4.2019 bertolak ke kotabharu kelantan. Bukan selalu jalan jalan ke sana kecuali ada urusan yg penting. Asalnya ummi nak bercuti ke pulau perhentian, bukan sehari dua ummi berazam nak ke sana tetapi makan masa dua tiga tahun, telah tersemat kemas hasrat d hati melihat bersihnya laut d pulau perhentian. Takdir Allah mengatasi perancangan dan ummi akur, tak ada rezki utk ummi ke sana.  Meneroka bandar kotabharu...itu dah cukup. Menginap di D'kiara Apartment, menghadap sungai kelantan dan dapat melihat suasana bandar. Itulah yg seronok bila memilih apartment . -PASAR SITI KHADIJAH. - Inilah tempat yang ummi suka walaupun kebersihan agak kurang dengan pelbagai aroma bau, maklumlah pasar, terdapat jualan ikan sayur dan ayam, memang tak d bubuh minyak wangi kat jualan tu. Lupakan segala aroma yg kurang enak kerana kat tingkat atas terdapat jualan kain baju dengan harga yg berpatutan. Hampir setiap gerai menjual batik lukis dari brbagai jenis kain,...

HARI HARI TERAKHIR MENGHARUNGI KANSER 2019

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang, sesungguhnya hanya dialah yg berhak kita sembah.  Duhai anak anakku, insan yg kamu lihat dalam gambar ini, adik bongsu ummi. Jarak yg memisahkan penyebab kamu tak dapat berkenal rapat .ummi ada 7 adik beradik, adik no 4 telah pergi terlebih dahulu ketika berusia 25 tahun setlh trlibat dgn kemalangan jalanraya.ketika itu, ummi  seakan tak percaya dgn segala yg berlaku.  19.3.2019,tarikh utk adik bongsu ummi pergi selamanya, menemui pencipta yg maha agung. Terlalu sukar menulis satu kesedihan,tulisan ummi hanyalah sekadar khabar setelah melihat dari jauh sahaja.  FASA AWAL. -------------------- Peringkat awal, ummi cuma terkesan dengan perubahan sikap adik ummi yg cepat marah walau terhadap perkara yang remeh temeh,ummi tak tahu pasti, apakah d saat itu, adik ummi telahpun menghidap kanser yang pasti ummi sentiasa menjaga jarak utk elak jadi mangsa kemarahan.  Setela...

Ziarah ke masjid Ar Rahman, pulau Gajah kelantan.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. 25-29hb.4.2019 berada d kotabharu kelantan membawa kita ziarah ke masjid ar rahman yang terletak di pulau gajah  pengkalan chepa kelantan,terletak lebihkurang 7km dari lapangan terbang ismail petra kelantan.  Sungguh hebat hasilkarya binaan masjid ar rahman. Masjid ini d bina atas tanah wakaf pemiliknya, dan kos pembinaan masjid ini di biayai olh pemilik tanah  trsebut. menarik kat masjid ni, binaannya berciri tradisional melayu dan senibina yaman, maghribi juga indonesia.10 orang pengukir dari indonesia terlibat dengan binaan masjid Ar rahman. Di bina dengan kayu berserta ukiran berupa ayat ayat suci al quran yg jelas kelihatan pada dinding dan pintu masjid. Masjid ini di kelilingi air kiri dan kanan. Sangat sejuk mata memandang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan bandar.  Bermula dari pintu gerbang masjid, kita dah nampak tiang kayu sepemeluk besar. Menurut pembacaan ummi, terdapat 10 tiang dari kayu cengal utk mendirikn masjid i...