BERCUTI KE KOTA BHARU KELANTAN 2019
Bismillahirrahmanirrahim. 25.4.2019 bertolak ke kotabharu kelantan. Bukan selalu jalan jalan ke sana kecuali ada urusan yg penting. Asalnya ummi nak bercuti ke pulau perhentian, bukan sehari dua ummi berazam nak ke sana tetapi makan masa dua tiga tahun, telah tersemat kemas hasrat d hati melihat bersihnya laut d pulau perhentian. Takdir Allah mengatasi perancangan dan ummi akur, tak ada rezki utk ummi ke sana.
Meneroka bandar kotabharu...itu dah cukup. Menginap di D'kiara Apartment, menghadap sungai kelantan dan dapat melihat suasana bandar. Itulah yg seronok bila memilih apartment .
-PASAR SITI KHADIJAH. -
Inilah tempat yang ummi suka walaupun kebersihan agak kurang dengan pelbagai aroma bau, maklumlah pasar, terdapat jualan ikan sayur dan ayam, memang tak d bubuh minyak wangi kat jualan tu. Lupakan segala aroma yg kurang enak kerana kat tingkat atas terdapat jualan kain baju dengan harga yg berpatutan. Hampir setiap gerai menjual batik lukis dari brbagai jenis kain,bolh tawar menawar harga kat sini tetapi ummi bukanlah jenis orng yg suka buat camtu. Kiranya terasa mahal ummi tinggalkan je. Ummi tak beli banyak kerana dah berazam beli gelang emas.
Buah salak banyak d jual kat sini, berhampiran dgn gerai buah buahan. Kat sanalah juga deretan kedai emas. Ramai orang yg membeli emas, terpaksa bersesak sesak. Kaya kaya orang kelantan ni.
Beli emas sama je spt beli ikan. Harga segram emas brbeza antara kedai. Kat mall yg brhampiran, segram emas brharga 166 rm manakala kat pasar siti khadijah berharga 162rm. Entahlah nak, kenapa harganya berbeza.
Inilah dia pintu masuk pasar.
Gambar kat bawah, Apartment penginapan.sungguh bersih kerana masih baru. D, Kiara Apartment. Walau hanya ada dua bilik, balkoninya luas bolh buat kenduri kat balkoni tu.Ruangtamu yg luas d lengkapi dgn almari berkatil.
Pemandangan dari balkoni, sungai kelantan sama spt sungai muar.
PASAR MALAM.
D malam hari, kita meninjau pasar mlm wakaf che yeh, walau dah 11 malam, masih ramai pengunjung lagi. Anak ummi semua dah dewasa, tak berminat pula dgn baju baju kat pasar malam tu, mungkin kerana ummi yg jahitkan baju baju korang selama ini.Sempat singgah kat rumah kenalan di kg meranti pasir mas. Seronok merasa makanan d luar kebiasaan sehari hari.
PANTAI CAHAYABULAN.
Pantai cahaya bulan. Bila nak sangat gi sini waktu malam, memang tak nampaklah pantainya. Gelap gelita suasana. Lampu lampu hanya kelihatan di warung sepanjang pantai tu. Melangkahlah ummi melepasi air yg bertakung. Baru lepas hujan. Thariun cafe.. Bolh tahan sedap masakan yg d sediakan. Kat sini terkenal dgn warung makanan bukannya bolh mandi pon pantai kat sana tu, ombak kuat. Sape sanggup mengharungi lautan api, bolih cuba kat lautan badai.
Masjid Ar. Rahman.
Tersergam pintu gerbang. Ummi dh tulis khusus tentang masjid ni. Cari ye kat blog ni.
Memang cantik berseni.
MUZIUM D RAJA KELANTAN.
Tempat yg ummi berlama lama nak perhatikan. Tak sangka banyak benda menarik kat sini. Mengenali budaya orang melayu dgn lebih mendalam dan memahami kenapa dan utk apa. Semuanya ada tertulis tetapi dgn waktu yg singkat, tak dapatlah nak baca tu semua.
Gambar kat bawsh ni, pagar istana raja kelantan. Tak bolh masuk. Berdepan dgn istana inilah terletaknya muzium d raja. Dahulunya istana raja johar dan d ubahsuai menjafi muzium.
Inilah muzium tu. Terpukau melihat senibina rumah kayu. Tetingin pula miliki rumah seperti ini. Bayaran masuk cuma 2.00 seorang dewasa.
Sungguh klasik tangga ni.
Kereta raja zaman dulu, bolh masuk ke dalam kereta tu.
KAMPUNG KRAFTANGAN.
Terdapat gerai jualan kraftangan kat sana. Mini muzium juga ada tetapi kena beli tikit masuk, x jadilah tinjau kat dalam tu,tambahan pula masa yg terhad.
PANTAI SENOK BACHOK.
Singgah walaupun sekejap.
Pantai yg cantik, bolh buat lumba lari kat sini ataw buat drama ala ala hindi. Klau tak minat, bolhlah berjalan sambil mengira berapa banyak pokok kayu rhu yang d tanam tu. Pertengahan minggu nampaklah pantai sunyi sepi.
Ini kawasan tepi pantainya. Pantai yg curam bererti laut yg dalam. Tengok aje lah.
Bazar to guru.
Sempat singgah, kat sini banyak jualan baju baju. Tak tawlah kat tingkat atas tu, ada apa. Tak larat nak jelajah semua dengan cuaca yg panas ni.
Halwa nanas. Pertama kali nampak d buat sebiji sebiji cam ni. Rasa nak ketawa bila akk yg beli buah nanas ni, tunjukkn kat ummi, buah nanas yg kecil manis tak ada rasa masam.Tak sabar nak rasa buah yg baru d temui, dah makan... Rupa rupanya buah nanas yg d rendam air gula. Sungguh pelik dgn akk, bolh tak kenal antara manis gula dan manis semulajadi.bgitulah nak, klau dah biasa minum air dgn kandungan gula yg tinggi. Bahaya utk kesihatan.
Keropok lekor yg sedap tetapi ada juga kedai yg masak keropok tak sedap. Nasiblah klau terkena. Wajah yg tersenyum panjang ni, sebab gembira dgn hidangan yg sedap. Len kali ummi amik gambar masam mencuka ye.
Dalam perjalanan balik johor, singgah kat pantai teluk cempedak. Mandi sepuas nya.
Alhamdulillah. Setiap satu perjalanan ada hikmahnya, ada pengalaman yg menyentuh hati, ada peristiwa utk kita muhasabah diri.
Salam asar anakku
Selamat berpuasa.
2019.
Comments