Ziarah ke masjid Ar Rahman, pulau Gajah kelantan.
Bismillahirrahmanirrahim. 25-29hb.4.2019 berada d kotabharu kelantan membawa kita ziarah ke masjid ar rahman yang terletak di pulau gajah pengkalan chepa kelantan,terletak lebihkurang 7km dari lapangan terbang ismail petra kelantan.
Sungguh hebat hasilkarya binaan masjid ar rahman. Masjid ini d bina atas tanah wakaf pemiliknya, dan kos pembinaan masjid ini di biayai olh pemilik tanah trsebut. menarik kat masjid ni, binaannya berciri tradisional melayu dan senibina yaman, maghribi juga indonesia.10 orang pengukir dari indonesia terlibat dengan binaan masjid Ar rahman. Di bina dengan kayu berserta ukiran berupa ayat ayat suci al quran yg jelas kelihatan pada dinding dan pintu masjid. Masjid ini di kelilingi air kiri dan kanan. Sangat sejuk mata memandang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan bandar.
Bermula dari pintu gerbang masjid, kita dah nampak tiang kayu sepemeluk besar. Menurut pembacaan ummi, terdapat 10 tiang dari kayu cengal utk mendirikn masjid ini. Kat bhgn tengah masjid, jelas terlihat 5 tiang kayu sbg simbol 5 rukun islam.
Jalan masuk ke masjid akan melalui kawasan kampung, adakalanya jalan agak sempit dan bertembung dgn haiwan ternakan penduduk kampung.Pintu gerbang... Terpukau dgn tiang pintu gerbang, sangat asli.
Terdapat beberapa batu bersurat seperti ini d tepi masjid,di ukir dengan ayat ayat suci.
Pintu masjid dari yaman.kuning bersinar.
Pintu ke bahagian muslimah.
Dinding yg memisahkan ruang solat lelaki n perempuan.
Bilik wudhu dan bilik air wanita
Ukiran kayu yg memisahkn bhgn bilik air dan verandha masjid
Bhgn tengah masjid, 5 tiang kayu cengal sbg symbol rukun islam.
Tempat wudhu lelaki
Beduk Di bawa dari indonesia.
Alhamdulilllah, moga Allah memilih kamu anak anakku, juga ummi dan abi sebagai hamba yg sentiasa mahu berada d rumah Allah.
Salam maghrib anakku.
2019.
Comments