HARI HARI TERAKHIR MENGHARUNGI KANSER 2019

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang, sesungguhnya hanya dialah yg berhak kita sembah. 
Duhai anak anakku, insan yg kamu lihat dalam gambar ini, adik bongsu ummi. Jarak yg memisahkan penyebab kamu tak dapat berkenal rapat .ummi ada 7 adik beradik, adik no 4 telah pergi terlebih dahulu ketika berusia 25 tahun setlh trlibat dgn kemalangan jalanraya.ketika itu, ummi  seakan tak percaya dgn segala yg berlaku. 

19.3.2019,tarikh utk adik bongsu ummi pergi selamanya, menemui pencipta yg maha agung. Terlalu sukar menulis satu kesedihan,tulisan ummi hanyalah sekadar khabar setelah melihat dari jauh sahaja. 

FASA AWAL.
--------------------
Peringkat awal, ummi cuma terkesan dengan perubahan sikap adik ummi yg cepat marah walau terhadap perkara yang remeh temeh,ummi tak tahu pasti, apakah d saat itu, adik ummi telahpun menghidap kanser yang pasti ummi sentiasa menjaga jarak utk elak jadi mangsa kemarahan. 
Setelah beberapa lama, adik ummi sahkan penghidap kanser payudara dan bermulalah sessi rawatan kimoterapi d hospital swasta. Berulang alik ke hospital, terlalu sukar utk adik ummi bergerak berurusan sendirian,selesai rawatan kimo, kena amik teksi utk balik ke rumahnya.keadaan lebih sukar bila melakukan pembedahan membuang payudara, d susuli pembedahan membuang tulang rusuk dan akhirnya buang rahim utk mengelak sel sel kanser terus merebak. 

Begitu berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul tetapi apa daya ummi utk berada d sisi adik ummi. Jarak yang memisahkan ,juga tanggungjawab ummi katt anak ank ,mengawal langkah kaki utk duduk menjaga adik kat rumahnya. Setiap hari, ummi jemput dan hantar anak ke sekolah, tanpa ummi bererti kamu akan duduk kat rumah sahaja. 
Itulah nasib orang merantau anakku, susah senang kena harungi bersendirian. 

pernah sekali ummi nak lawat adik ummi seminggu selepas pembedahan ,ketika itu, adik ummi dah pergi ke supermarket utk bawa anknya berjalan jalan. Anak bongsu adik, oku cerebralpalsy,dia tak memahami kesakitan yang di tanggung olh emaknya, dia tak memahami kenapa emaknya harus duduk berehat kat rumah. Subhanallah....dia akan mengamuk sekiranya permintaannya tak di penuhi. Seorang ibu sanggup menahan sakit utk gembirakan seorang anak. 

Duhai anak anakku, sakit kanser bukan bererti harus meratapi nasib sedih kat rumah. Adik ummi teruskan hidup seperti biasa. Terus berkerja mencari rezki, malah setiap masa hujung minggu, ummi melihat begitu padatnya aktiviti adik dengan berkayak, menelusuri sungai,mendaki bukit juga kerja kerja ngo bersama persatuan cerebral palsy. Ummi tidak melihat adik ummi duduk berehat kat rumah dan antara sebab itulah juga, menghalang ummi utk datang ziarah ke rumah adik kerana Kesebokan adik dengan aktiviti luar rumah .

NASEHAT
-----------------
duhai anak anakku, seorang pesakit kanser, kerap bertemu doktor, ada temujanji yg tetap. Mereka dah dapat nasehat yang penting dari orang yang layak. Malah dalam dunia realiti.. Terlalu ramai orang yang suka memberi nasehat dan panduan bagaimana seharusnya meneruskan hidup dengan sihat sejahtera dan bahagia. Cukuplah berbakul bakul nasehat itu, adik ummi juga perlu berehat dari mendengar pelbagai nasehat. Itulah sebab utama umi lebih suka menjadi pendengar sahaja. Tak layak beri nasehat kat orang. Hihi.. Dan ummi juga harap kamu begitu anakku, jadilah penasihat pada anak anak kamu dahulu, jangan terlalu sebok menjadi penasihat kepada hidup orang lain,kecuali itu bidang yang kamu ceburi. 

TERUSKAN LANGKAH. 
...........................................
Duhai anak anakku..................... 
Bukanlah perpisahan itu yg mengundang titis titis airmata ummi tetapi ketidak mampuan ummi menghulurkan tangan, menggenggam erat tangan yg perlukan pertolongan d saat getir seorang adik. Kegagalan ummi menyedari bahwa seorang adik benar benar perlukan perhatian dari ahli keluarganya. Umi leka dgn masalah sendiri sedangkan seorang adik sedang bersedih, berjuang teruskan hidup.Tidak pernah terlahir d wajahnya kesakitan mengharungi semua rawatan kimo, itulah salah satu sebab utama ummi tak percaya dgn doktor yg menyatakan adik ummi hanya ada 1 bulan utk hidup. Siapa mahu percaya adik akn pergi selamanya, bila melihat dia bergelak ketawa, masih lagi makan sireh dgn suntil kat bibirnya. Malah emak ummi sendiri berkata, takkan nak mati dah ankku ini, masih lagi bercerita dgn gembira,masih makan sireh. Ntahlah ankku, kami kah yg  tak peka atw adik ummi dapat menyimpan kemas kesakitan di sebalik senyuman.
Pengorbanannya pada orang sekeliling,pada orang yg d sayanginya begitu memilukan hati .lebih tepat lagi, adik ummi itu wira yg tak d dendang . penglibatannya dlm prsatuan cerebralpalsy,membantu anak anak istimewa walau diri sendiri penghidap kanser tahap 4,begitu meruntun hati ankku.ziarahlah fb si zatul, itu adik ummi, bnyak aktiviti kemasyarakatan d ceritakan kat fb nya. 
Ketika berada d hospital, pelawat yg datang dari berbilang bangsa, bertaliarus. Mahu saja ummi mengurangkan jumlah pelawat kiranya adik meminta ummi melakukan itu tetapi mereka tetap mahu membiarkan kenalan datang mengunjungi. Bilik yg sempit d sempitkan lagi dgn kehadiran pelawat yg ramai. Malah d saat adik ummi hampir menghembuskan nafas trakhir, betapa sukarnya ummi mencari jalan, mencelah d antara sosok tubuh pelawat yg memenuhi ruang bilik  kat hospital. Sempat ummi bisikkan kalimah 'lailahaillallah' ke telinga adik 3-4kali sehinggalah dia pergi dlm pelukan ummi.
Gambar kat bawah ni, ketika ziarah adik.

Abng, afik n kakak ummi ketika berada d hospital, ziarah adik.

Lihatlah wajah itu anakku, ketika ini adik dah tenat tetapi masih tetap tersenyum.


Baca yasin kat bilik hospital sjmc.


Adik d benarkan balik ke rumah setelah keadaan oksigennya semakin stabil walaupun sebenarnya doktor hanya memberikan tempoh sebulan utk terus bernafas. 

Ummi temankan adik dalam ambulan utk perjalanan balik ke rumah. 
Pandangan inilah yg sukar utk ummi lupakan. Ummi amik Gamba ni,  ketika nana berada dlm ambulan, balik ke rumahnya d elmina.dua tiga hari sebelum nana kluar hospital, ummi tolong mereka pindah rumah,proses nak angkut barang, smua d uruskan olh agen. Sekian lama menyewa rumah dan ketika itulah mereka pindah, ketika doktor memberitahu, hanya sebulan sahaja lagi tempoh utk adik ummi.

Genap sebulan, ummi kembali ke elmina.bagaimana pentingnya ummi berada kat rumah ketika itu, harus ummi tinggalkan kerana keadaan adik yg semakin kritikal. 
Gamba kat bawah, sejurus selepas adik pergi selamanya.



19.3.2019 jam 10.34 mlm. Hari selasa. Ketika itulah adik ummi pergi buat selamanya.





Dari Allah kita datang. Kepadanya kita kembali.  terasa sakit yg tramat dalam dgn kepergian adik. D khalayak ramai, bolh je tersenyum seperti biasa, bila kembali brsendiri, sungguh airmata itu tak tertahan keluar. Kita tahu setiap orng akn pergi trmasuk ummi tetapi entah kenapa menerima dan memahami takdir ,tetap tak dapat menolak ruang ruang kesedihan d hati.
Ummi sendiri tak faham kenapa ummi mesti menangis sedih dgn perpisahan ini, sedang ummi tahu pasti, ummi akan ke sana juga.

Salam subuh anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN