Majlis kahwin d pasir mas kelantan.
Bismillahirrahmanirrahim...... Majlis kawen di pihak lelaki, di adakan sebulan selepas majlis di rumah ummi. Ummi dan hilmi bertungkuslumus mencari homestay. Pilihan utama adalah apartment yang terletak d kawasan bandar. Itu pilihan ummi yg tak ada tolak ansur kerana ummi mahu melihat pemandangan sejauh mata memandang. Memang berbaloi menginap d apartment, dapat melihat bandar kota bharu dan sungai kelantan.
Keistimewaannya... Mudah nak berkunjung ke pusat beli belah dan mencari restoran.
Di malam hari, pihak keluarga pengantin lelaki menjemput kita sekeluarga untuk makan malam. Mereka adakan kenduri akikah. Dah lama tak makan duduk bersimpuh ketika kenduri. Kat kampung meranti pasir mas, makan duduk bersimpuh mengundang kenangan suasana kampung umi kat sabah.Keesokan hari, bertolak ke rumah pengantin pada jam 11 pagi. Selesai makan, kita pon bergambarlah kat pelamin yang di sediakan sendiri olih kakak pada pengantin lelaki.
Solekan k. Ngah juga d solek olih kakak suaminya.
Pulut kuning yang di sediakan olih Tuan rumah.
Kek pengantin.
Bekal yang di masukkan ke dalam mangkuk tetingkat.
Alhamdulillah, selesailah majlis kahwin anak perempuan ummi di kelantan. Silaturrahim itu yang utama. Moga ada rezki untuk ummi bertandang lagi ke negeri serambi mekah.
Comments