Cuti cuti ke Legoland johor Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim.................. Percutian ke legoland 28.11.2019 sehari selepas spm berakhir. Memilih apartment sebagai tempat menginap,kerana kos yg murah. Hotel legoland cecah ribu untuk semalam dan kerana itulah umi memilih apartment D'Pristine. Dua bilik di lengkapi katil, selimut dan bantal. sofa katil kat ruang tamu, extra tilam. Bilik air semua dah ada shampo, sabun, berus gigi dan mesin basuh termasuklah pinggan mangkuk peralatan dapur tetapi umi lebih suka bawa tupperware sendiri untuk makan, terjamin kebersihan. Rasa berbaloi sewa 150 rm untuk semalam,7 orang bolh duduk kat apartment ni. Bangunan kat bandar medini, semuanya baru siap d bina, tak ada bau yang kurang menyenangkan. 

Bilik utama. bolh melihat hijauan pokok. Tv tersedia kat dalam bilik. 

Bilik kedua, 3 orang bolh tido kat katil tu.


Veranda untuk duduk santai.
Pemandangan d waktu malam.


Bangun d awal pagi, kita beli je nasi lemak n nasi goreng kat usahawan tepi tepi jalan, makan kat apartment. Jam 9 pagi bersiaplah jalan ke legoland hanya 5 minit dari apartment klau nak parking kat kawasan legoland d kenakan bayaran 10 rm. Tinggalkan je kereta kat  parking apartment ataw kat kawasan kedai setentang dgn legoland.

Pintu masuk Legoland. Kaunter tiket bersebelahan je dgn pintu masuk. Operasi bermula pada jam 10 pagi tetapi kenalah datang awal kerana ramai orang yang beratur untuk mendapatkan tikit. Rombongan sekolah je beratus ratus orang.
Ini dia kautner tikit.
Tikit masuk berbeza untuk 3 tempat kat legoland. Taman tema je dalam 200rm.
Taman air 146 dan akuarium 89.ummi memilih taman tema je kerana malas nak basah basah.kawasan legoland bolih tahan luas, penat gak berjalan untuk wargaemas seperti umi. Banyak tempat tak di teroka terutama untuk kanak kanak. Kemudahan serba lengkap, surau, tandas, cafe dan tempat duduk nak berehat.



Tadaa... Warna warni ni, hotel legoland, berdepan je dgn pintu masuk legoland.


Gambar kat bawah, aquarium. Tak minat nak tengok ikan. Dah hari hari siang ikan.

Melepasi pintu masuk, akan kelihatan cafe tetapi kita dah makan kat luar semata mata nak jimat kerana makanan kat dalam ni sangatlah mahal. Air mineral yg kecil tu cecah 4 rm sebotol, sebab tu kita beli 4 botol air kat luar. Tidak ada larangan bawa makanan dari luar kecuali makanan berat seperti nasi n lauk pauk. Sekadar biskut, roti dan cokelat bolih isi dalam beg.

Langkah pertama kita akan jumpa bangunan utama yg ada kat kuala lumpur, d bina dari cantuman lego.bolh tengok berjam lamanya klau nak duduk kat dalam tu sampai petang.
Bandaraya johor.

Istana johor. Kila tengok sepintas lalu je, maklumlah ummi ni bukannya pencinta lego.

. Ada tiga jenis rollercoaster. Pertama, VR Rollercoaster, kena guna goggle  yang di sediakan olh pihak lego.ketika berada kat sana, kita akan merasa seperti berada dlm dunia lain kerana degan goggle itulah kita melihat game yang d tayangkan, sedangkan jasad berada atas landasan dengan rolercoaster yang sedang bergerak.

Landasan nya curam gak, tapi tak nampaklah kecuraman tu, bila mata melihat dunia game.

Di sepanjang perjalanan menuju ke setiap tempat game yang agak lasak, akan ada sahaja mini taman yang sesuai untuk kanak kanak seperti gelungsur dan bermacam macam lagi yang sangat d gemari olih kanak kanak berusia dua tahun ke atas.

Dragon Apprentice ini, adalah rollercoaster yang sesuai untuk dewasa dan kanak kanak seawal usia 4 tahun. Dua pusingan dengan landasan yang agak landai tetapi tetap dengan kelajuan yang tinggi. Masih kedengaran kanak kanak sekolah rendah menjerit gayat.

Sotong lego.



Rollercoaster ketiga, ummi tengok pon dah gayat. Tinggi dan laju. Gambar kat bawah pintu masuk menuju ke sana.Bentuknya seperti istana.Terpesona dengan rekabentuk bangunan ini, sangat klasik.

Inilah landasan rolercoaster ke 3.

. Sementara menungggu anak ummi menghabiskan masa dgn rollercoaster, ummi duduk kat hadapan bangunan tu. Terdapat banyak kerusi dan meja untuk kita berehat bila dah penat. Cafe juga terdapat d bahagian ni.


Tandas kat sini sangat bersih dan wangi, mungkin kerana d awal pagi, tak ramai orang yang gunakan tandas ketika ini.



Terdapat gerai gerai untuk kita mencuba nasib, kiranya berjaya dapatlah anak patung yang bergantungan tu. Sekali cuba 10 rm bayarannya.


Comel arnab arnab dari cantuman lego tapi rasanya umi tak rajin menekun mencantum lego.

Ini imaginasi. Kita kena tarik tali tu, untuk naik ke atas tetapi sekali lagi ummi mahu jadi penonton je.



Kuda yang bergerak perlahan ni, sesuai untuk mereka yang berusia 11 tahun ke bawah.

Ketika sampai ke tempat menara observation, umi d khabarkan baby pon bolh berada dalam ni sebab mesin ni bergerak perlahan dan berpusing dua kali dengan perlahan juga. Kat dalam menara ni kita nampak keseluruhan kawasan legoland termasuk taman air, bukalah mata seluas luasnya melihat taman buatan manusia yang cantik. Itulah yang tak mampu umi lakukan... Tutuplah duhai mata untuk mententeramkan hati yang gayat.

Ada terdapat banyak maskot kat sana. Umi bergambar dengan maskot inilah sebagai kenangan.kat belakang tu gambar mesin observation, bolih tahan tinggi.

Patung zirafah ini sangat comel.



Tempat ni akan menyebabkan kita basah kuyup sebab boat yang bergerak laju dari atas akan terhempas ke dalam air menghasilkan ombak yang kuat dan membuatkan baju basah. Gambar yang jelas bolih d amik kat kedai burger bersebelahan dengan sampan ni. Banyak kerusi n meja berhampiran dengan tasik ni.

Ada gak jual baju hujan kat sini. Bolih je beli baju hujan kat kedai luar, sebelum masuk legoland, lagi murah. Basahpon tidak mengapa, akan kering sendiri dengan cuaca panas ni.

Dua benda alat yang kelihatan seperti kotak tu, untuk keringkan baju yang ada kat badan, berdiri je dalam kotak tu, bayaran 10 rm. Nampak gaya tak ada orang yang gunakan ketika umi kat sana, ramai yang guna baju hujan dan ramai jugak pengunjung yang tak kisah dengan baju basah tu.


Ninjago, tempat untuk kita melakukan aksi berlawan dengan watak watak yang keluar kat papan layar sepanjang perjalanan dengan mini car yang tersedia. Sebelum masuk ke dalam, ada tersedia aksi untuk melawan watak jahat tetapi susah nak amik gambar kat dalam tu, gelap dan gerakan kereta yang berhenti mengejut.lebih selamat simpan handphone dalam beg sebekum tercampak dari tangan.



Inilah kereta mini tu.

Selesai berlawan, kita akan dapat markah banyak mana dapat melawan musuh. Kat bawah ni watak watak ninja.

Ada beberapa tempat yang kita tengok je terutama mesin yang berpusing, bimbang pening teruk.

Kat bawah ni, lost world. Kita kena tembak benda yang bercahaya ketika berada dalam kenderaan yang bergerak. Markah untuk setiap kejayaan menembak.




Tak mampu naik kapalterbang, berpusing pusing.

Keretapi. Ramai yang menunggu naik keretapi, hampir setengh jam menunggu giliran. Keretapi akan membawa pengunjung pusing taman tema. Perjalanan lebihkurang 15 minit. Seronok rasanya berada dalam keretapi.
ulang dua tiga kali naik keretapi ni, klau dah suka.


. Dari dalam taman tema, kelihatan apartment tempat menginap.

Terakhir, kita naik boat. Satu bot d naiki dua orang, nampak mudah tetapi tak biasa bawa bot menyebabkan kita sering melanggar tebing. Kena  pegang handphone kuat kuat ketika ini, takut terjatuh ke dalam tasik maklumlah ketika inilah masanya untuk amik gambar,ketika wajah sedang tersenyum gembira.





Alat telekomunikasi zaman dulu.

Kat sini, bantaklah patung dan kereta dari lego, namanyapon legoland.

Ketika perjalanan untuk keluar, kita akan jumpa kedai cenderahati lego. Klau ada anak kecil yang tak bolih d pujuk, jangan masuk kedai ni. Harga nya mencecah ribu.sekiranya tak puas lagi berada di sini, bolih buat dua tiga pusingan berulang sehingga jam enam. Ada surau untuk solat. Dah bayar mahal untuk tikit, naiklah rollercoaster sehingga rasa berbaloi tetapi ummi sendiri keluar awal, jam satu setengah keluar kerana encik suami menunggu kat luar.


Star wars ini hampir cecah 3000.


Cukuplah cuci mata, tengok hasil karya lego. Nak beli tak minat, kat rumah jadi barang buruk je.

Cantik padanan warna beruang ni.




Alhamdulillah masa bersama keluarga, itu yang seronok kat sini, sama sama melihat dan berkongsi pengalaman baru. Tinggalkan sebentar tv dan handphone.
Zaman dah berubah, untuk menghabiskan masa bersama anak anak dengan penuh rasa gembira, kena keluarkan duit untuk melancung. Dahulunya cukup dengan ajakan gi kebun, buat kerja bersama ataw mandi laut ataw sungai. Arini nak gi kebun pon, takut terserempak dengan nyamuk.


Klau di tanya, apakah ummi mahu masuk ke legoland lagi, ummi pun tahu.
Setiap yang datang dalam hidup, ada yang tersurat dan tersirat, Allah lebih tahu, kita bersyukur dengan setiap rezki dan takdir Allah. InsyaAllah semakin luas terbuka pintu rezeki anakku.

Salam asar.
2019.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN