Family Day d Adena resort Beserah Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim............ Setelah lama merancang hari keluarga, Pahang telah d pilih sebagai lokasi Hari keluarga Theeran 2020.Bertempat d Adena resort beserah kuantan. Tempat yang luas untuk melakukan aktiviti berkumpulan. 
14.3.2020,kita bertolak ke Adena resort. 

Resort ini terletak di tepi pantai, bertaraf tiga bintang dengan kemudahan penginapan  yang selesa dan ada kemudahan lift. 
Check in pukul 3 petang, ummi memilih Deluxe room dan meminta tilam extra untuk anak gadis umi. Walaupun dah ada tilam extra, bilik deluxe masih tetap selesa untuk 3 orang kerana ruang bilik yang agak besar. Terdapat beberapa jenis penginapan yg d sediakan oleh resort ni, chalet, banglow yang nampak cantik dan besar, family suite dan kemudahan cafe,kolam renang, dewan (dengan bayaran) juga deretan basikal yang bolih d gunakan tanpa sewa tambahan.kebersihan terjaga kat sini. 

Selesai urusan pendaftaran, berehat sebentar kat dalam bilik menikmati air teh. Dah hilang letih, umi gi luar bersama ana meninjau keindahan tepian pantai sekaligus amik gambar untuk blog umi. Tahun ni, terasa semakin sukarnya anak anak ummi berkumpul bersama kerana tanggungjawab pada kerjaya masing masing. Itulah kehidupan anakku, tidak semua perancangan dapat d laksanakan, utamakan yang utama untuk kelangsungan hidup berterusan. 
Anak bongsu dan anak sulung bersama umi pada hari keluarga tahun ni. Alhamdulillah. 

Cafe ada kat Adena resort, dengan jumlah ahli keluarga yang agak ramai, kos makan agak tinggi. 90rm satu kepala untuk makan tengahari dan malam. Kita amik kaputusan makan kat luar. Terdapat deretan warung kat hadapan adena resort. Jalan kaki je, sampai. Resort juga tak benarkan makanan dari luar d bawa masuk. Sebelum tiba waktu makan, abuya dah ke warung warung tu memilih lauk pauk yang kita nak. Setelah d hidang, semua ahli keluarga datang menjamu selera. Harga makanan kat warung murah dan sedap. 

Aktiviti keluarga agak terhad tahun ni kerana penyebaran covid 19 semakin bertambah. Kita amik langkah berjaga jaga, alhamdulillah sepanjang 3 hari semuanya sihat wal afiat. Kita adakan sukaneka dan mandi laut bersama ahli keluarga. 
Hari terakhir, abuya dah dapat panggilan untuk bertugas kat hospital uia selama 2 minggu. Ummi n ana balik ke muo kerana perintah kawalan gerakan akan bermula pada 18.3.2020..

Inilah bangunan resort yang terlihat dari jalan besar. 


Loby pendaftaran.

Deluxe room dengan xtra tilam.

Meja kecil kat sudut d sediakan sachet kopi dan teh.

Bilik air tak ada bathtub

Kolam renang berhampiran dengan cafe

Basikal yang bolh d gunakan di sekitar resort.

Chalet yang sempat umi amik gambarnya.

Fateh n falah

Banglow yang selesa. 850 semalam

Suasana dalam dewan makan ataw cafe


Bar putih namanya. Beroperasi waktu petang n malam. Terletak jauh sedikit dari kawasan penginapan. Ramai je pengunjung yang datang termasuklah umi n keluarga semata mata nak bergambar kat buaian depan bar tu. Hihihi



Buaian terletak d hadapan bar.

Seronok nampak.. Bergambar kat tiang.

Pemandangan d waktu malam sekitar resort.


Aktiviti sukaneka.






Aksi fateh n falah, gayat dengan buaian.





Alhamdulillah, selesai hari keluarga walau wabak corona semakin menular. Ummi amik keputusan undi teruskan hari keluarga kerana dapatkan rasakan wabak ini amik masa yang agak lama untuk reda, amik kesempatan yang ada untuk berjumpa sesama ahli keluarga.

Duhai anak anakku, sungguhpun wabak ini mengerikan, kita hanya mampu berdoa agar Allah bantu umat manusia melalui saat ini dengan tabah dan penuh sedar, bahwa bila bila masa n ketika, kita mungkin hilang orang orang yang kita kasihi.

Selamat malam anakku. 

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN

Hari pendaftaran INTEC(international education college)