Posts

Hari graduasi avantgarde stf 2019.

Image
Bismillahirrahmanirrahim............. 12.10.2019,tarikh hari graduasi anak bongsu ummi. Ummi pon tak tahu sejak bila hari graduasi ini bermula kerana tidak wujudpon d zaman ummi.mungkin acara ini akan manaikkan semangat pelajar menghadapi spm yang hanya tinggal beberapa bulan. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi, kerana itulah umi n abi amik keputusan bermalam d penginapan yg ada kat mpc dengan bayaran 60rm satumalam. Check in pada jam 11 pagi, ummi, ana n hilmi pergilah ke aeon untuk membeli keperluan anak gadisku ini, layankan aje walau pun umi tak berminat. Berjalan Mencari restoran melayu dengan hidangan selera melayu kat aeon, tak kelihatan di mana mana. Akhirnya langkah kaki menuju ke pizza, berselera anak ummu menikmati spaghetti dan umi hanya bolh menikmati garlic bread. Susah sangat umi nak menerima perubahan makanan western sebagai sajian utama makan tengahari. Jangan risaulah anakku, tak makan nasi sesekali, masih bolh bertahan untuk gagah melangkah.Drive kereta menuju ae...

Gubahan Hantaran perkahwinan simple

Image
Bismillahirrahmanirrahim.......... Gubahan hantaran anak kedua, di gubah olih akak. Tema warna kuning. Di sebabkan masalah jarak yg jauh, pihak lelaki meminta k. Ngah gubah barang hantaran mereka. Inilah hasilnya.... Hantaran warna kuning hasil karya akak manakala merah hasil karya  kak ngah. Makanan sunnah. Set wangian Talipinggang dan wallet Tafsir Gubahan hantaran untuk pengantin perempuan. Kotak duit hantaran.  Alhamdulillah. 2019.

Persediaan Majlis nikah sederhana,k.ngah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Sesungguhnya hanya dialah yang berhak kita sembah. PEMILIHAN TARIKH DAN MASA.   majlis nikah antara anak lelaki dan perempuan berbeza sedikit. Lebih banyak persediaan untuk anak perempuan kerana kat rumah ibubapa pengantin perempuan  itulah majlis akad di langsungkan. Itu adatnya tetapi ada juga majlis nikah di laksanakan di rumah lelaki,dan sekarang lebih ramai ibubapa yang mahu majlis nikah di langsungkan kat masjid. Ummi dan Abuya masih memilih rumah sendiri, kerana di sanalah terciptanya kenangan. Melihat rumah ini di gunakan sepenuhnya dengan aktiviti keluarga,satu kebahagiaan anakku.  Pertama sekali, memilih tarikh dan tahun. Setelah di persetujui bersama kita pilih tema warna. Seharusnya, warna putih untuk busana pengantin,veil warna putih dengan sulaman manik berwarna mutiara.menjahit baju pengantin,  Kena mulakan sejurus selepas...