Catatan perjalanan Umrah pertama 27.jan. 2020

Bismillahirrahmanirrahim........................

Alhamdulillah,
Inilah umrah pertama umi.

Bertolak dari rumah 26.1.2020 bermalam satu malam di apartment  kat nilai yg  umi cari kat Airbnb malaysia.2 bilik 1 ruang tamu dengan sewa 130rm satu malam. 27.1.2020 jam 11 pagi gerak menuju ke airport, penerbangan jam 3. 30 petang dengan penerbangan sewakhas MAS.

Bilik 1,ada 4 katil dan beraircon

Bilik 2 ada 2 katil. Sungguh selesa. 15 min je ke airport.

Penerbangan di tangguh ke jam 3 ptng,jam 12 tnghari gerak gi airport.Berkumpul mendengar penerangan mutawif mengenai perjalanan jemaah ke madinah.solat jamak zuhur dan asar selepas check in,agak lama menunggu giliran kerana jemaah yg ramai,anggaplahsanggaplah latihan untuk hadapi kesesakan d perhentian perjalanan antara madinah dan dan mekah.

Selepas check in, keluarga ummi duduk sekejap kat golden lounge menikmati minum petang. Kemudahan itu utk mereka yang memilih tiket bisnesclass
Inilah rupanya keadaan cafe,sangat sangat selesa untuk berehat.Ada kemudahan surau untuk pengunjung cafe,tak tahu ada hihi...,pasti ada hikmahnya.
Meneruskan  musafir  dengan dengan penerbangan mas.Beginilah ruang dalam kapal terbang 2 tingkat dan umi kat tingkat atas.
Perjalanan selama 8jam,tak terasa lama bila habiskan masa dengan tidur,sesekali berbual dengan adik beradik dan mak ummi yg turut serta dalam pekej umrah ini.
Alhamdulillah, mak umi sangat selesa dengan kerusi yang bolh di ubahsuai seperti katil,sangat berguna untuk golongan wargaemas dan mereka yang ada masalah kesihatan.Tambahan bayaran 1000 rm untuk mendapatkan tempat bisnes clas ini.Alhamdulillah...anak gadisku sentiasa memastikan keselesaan neneknya semasapsemasa dan ketika berada d masjid nabawi juga d mekah.
Mendarat di di terbang madinah,pada waktu malam.Bangunan yg moden, cantik dan selesa.
Sistem imigresen sedikit berbeza, lima cap jari di rekod dan d amik gambar. Ramai je petugas wanita kat imigresen madinah, cuma mereka berjilbab dan berpurdah. Mereka gunakan bahasa melayu untuk memberi memberi arahan. Begitu ramainya jemaah dari asia sehingga petugas d kawasan airport  terutama d kaunter imigresen bolh berbahasa melayu pelat arab sedikit tetapi sedap pula mendengar orng Arab berbahasa melayu.
Urusan mengambil beg pakaian d airport selesai dgn mudah kerana ummi dah letakkan penanda beg yg berwarna terang dan besar agar dapat bezakan beg ummi dengan beg pakaian orang lain.Beli je kat kedai DIY.masalah kat sini,menunggu lama kerana jumlah beg yang banyak,hanya sebaris kerusi yg ada untuk duduk ,selebihnya pengawal airport asyik menggesa kita gerak kerana mereka tak mahu kita berkumpul setempat,mungkinjuga kerana nak beri ruang untuk jemaah lain yg akan sampai bila bila masa.sebolhnya kita nak tunggu kenkawan,maklumlah kiranya tersesat sensorang terpisah dari kumpulan,bukanlah satu hal yg mudah mencari kawan satu kumpulan.



 urusan amik masa yang agak lama kerana jumlah jemaah yang ramai,menunggu semua ahli jemaah berada dalam bas berjumlah 40 orang, perlu sabar dan memahami kesulitan mereka.Ada yang menghadapi kesulitan mendapatkan barang peribadi terutama whelchair,umipon tak faham kenapa whelchair berasingan dari beg pakaian ketika d turunkan dari kargo. Selesai semua urusan,masuk ke dalam bas,sekali lagi petugas imigresen naik ke dalam bas dan cek semula passport setiap ahli jemaah,peraturan baru ,katanya.lega rasanya bila perjalanan d teruskan maklumlah aircon dalam bas agak sejuk.ummi perhatikan jalan raya kat sana cantik sama seperti  Highway kat malaysia,perjalanan lebihkurang 20 min .
Memasuki bandar madinah, debar d hatiku  campur terharu. Tak sangka Allah menjemput ummi ke sini, ziarah tempat tempat jejak kaki rasulullah. Ketika sampai ke masjid nabawi, mutawif ajak berselawat bersama, deras airmata ummi mengalir terasa rasulullah dekat d hati,salamku pada rasulullah,jasad baginda ada di dalam masjid nabawi,terasa rasulullah menunggu dengan kasihsayang Alhamdulillah. Tak ada gambar kerana ummi amik video.
Bas berhenti d hadapan hotel mawaddah al waha. Lebihkurang 10-15 jalan kaki ke masjid nabawi. Hotel bertaraf 3 bintang dan cukup selesa bagi ummi. Sebilik ada 5 katil, 1 bilik air dan d sediakan cerek untuk masak air panas, sgt berguna untuk mak ummi yg dah lanjut usia. Ruang makan d sediakan, berkongsi dgn jemaah lain dari indonesia dan Thailand tetapi meja hidangan yang berbeza. Ummi tersasul ke meja makan thai ketika pertama kali turun, mujur ternampak tulisan kat kertas manila - Thailand-tak pasal pasal rasa bersalah klau dah terambil hak orang lain.
 dewan makan agak kecil jika d kira
dgn jumlah tetamu, mungkin d sebabkan inilah jemaah d benarkan membawa makanan dari meja hidangan ke bilik masing masing. Rasa mudah dan senang tetapi sukar kerana kita terpaksa menunggu giliran lift untuk naik ke atas. Lift kecik je, muat lah dlm 3-4 orang tetapi bila dah bawa pinggan n air kat tangan, kena jaga jarak supaya tak belaga pinggan tu. Alhandulillah ada satu bekas bertutup yg d bawa dari malaysia, nak cari kat kedai yg berdekatan memang tak adalah plastik ware atw tupperware, ummi pon pelik, ummi andaikan ini kawasan hotel dgn kepadatan jemaah yg ramai, kewujudan bekas bekas plastik seperti yg kita gunakan sebagai bekas makanan d malaysia, akan menghasilkan sampah yg tak terbilang banyaknya. Bekas plastik bertutup itulah yg ummi gunakan untuk tapau makanan mak ummi yang lebih selesa makan kat bilik.

Hidangan makanan setiap hari sesuai dengan citarasa orang malaysia walau tak 100 peratus. Keletihan berjalan jauh ulang alik ke masjid dengan program ziarah yg d susun, membuatkan rasa lapar yg memang nak makan tanpa banyak songeh.. Hihi.Hidangan daging unta dan kambing,makanan yang ummi tak makan tetapi kat tanah madinah,ummi amik sedikit untuk berkat ,mendidik diri mengurangkan keegoan.
Ummi dah tak ingat,ummi duduk tingkat berapa,yg pasti tak larat naik tangga,
Inilah tangga kat hotel,ramai yg gunakan tangga untuk ke tingkat dua terletaknya dewan makan,kat sanalah kita jumpa dengan mutawif untuk sebarang pertanyaan masalah . travel agen juga sediakan khidmat  tukar duit rm ke riyal,kerapkali terdengar berbagai pengumuman program yang akan berlansung dan jualan minyak wangi,cenderahati dan buah buahan kering untuk kita bawa balik ke malaysia .suasana agak riuh rendah ,majlis tahlil dan bacaan yassin d adakan d dewan makan ketika jemaah thailand dan indonesia mengikuti program ziarah keluar ,semua ahli jemaah dari malaysia dapat tempat duduk.
6 pintu lift
Meja makan d dewan makan.sekiranya tak dapat tempat duduk,berdiri sekejap tunggu jemaah lain selesai.
Bilik tidur,5 katil.selepas merehatkan badan d bilik hotel lebihkurang sejam,jemaah pergi ke masjid nabawi untuk solat isyak.Terdapat 1 bilik air,ummi siap bawa selipar dari rumah untuk bilik air ,biasanya hotel tak sediakan,maklumlah gi sana ketika musim sejuk,cuaca dalam 12-15 darjah celcius,menggigil sejuk sehingga ke tulang sum sum hihi.

Program hari pertama d madinah,ziarah sekitar masjid nabawi.semua berkumpul d loby hotel mendengar penerangan arah tuju pagi ini.ummipon bergerak mengikuti kumpulan.Arah tuju pertama mencari pintu bernombor 25 untuk ziarah makam rasulullah.segala adab tatacara telahpun di baca termasuk tunjukcara olih ustaz jetika kursus haji.Nampak mudah hanya terbayang kesesakan tetapi realitinya kesesakan manusia  yang tak pernah di alami ketika berada d tanah air.jemaah dari asia,d nasihatkan ziarah pada waktu dhuha dan ketika ini ummi bertemu ramai jemaah dari indon ,thailand,uzbekistan dan  sedikitk sahaja dari korea dan jepun.kat mana sahaja kumpulan ummi pergi ,pasti berselisih dengan jemaah dari indon sepertinya aturcara itu di susun begitu kerana petugas petugas masjid,kerapkali memberi arahan dalam bahasa melayu indonesia.

Inilah jalan dekat menuju ke masjid dari hotel .Hati ummi rasa gembira kerana anak gadis ummi ada untuk uruskan mak ummi.
Di hadapan masjid nabawi adalah deretan kedai kedai yang menjual pelbagai cenderahati termasuklah kedai emas yang kelihatan gemerlapan,berhenti sekejap melihat kilau kilauan emas,kurrr semangat takut tengok rekaan gelang dan rantai yang lebar dan besar.mampu tengok je.

Alhamdulillah,setiap pintu pagar ada nombor,klau sesat berdirilah d pintu pagar yang terdekat dgn hotel masing masing ataw hafal je nombor tu.kat luar masjid tersedia payung besar , menaungi jemaah yang solat.klau nak solat dalam masjid,datanglah sejam awal .
Bangunan tinggi kat tepi masjid tu,adalah hotel hotel untuk pakej yang mahal bermula dari 7000 ke atas.Turun je dari hotel dah jumpa pintu pagar masjid.
Beginilah keadaannya di dalam masjid ketika waktu dhuha,rata ratanya duduk bersama kumpulan,kiranya terpisah,itu perkara biasa.ummi juga terpisah dari kumpulan kerana ummi sendiri tak kenal ahli group,maklumlah baru jumpa kat airport ,adik beradik ,anak dan sepupu yang sentiasa amik tahu kedudukan masing ,itulah sebab utama kenapa d galakkan musafir dgn yg kita kenal.selesai solat dhuha,umi dan kakam cari kelibat ahli group yang lain,alhamdulillah...jumpa.perjalanan menuju ke makam baginda saw, amik masa lebihkurang 2 jam ketika berada d dalam masjid kerana jumlah jemaah yang ramai.ketika inilah orang yang kita pegang dengan kuat lengannya,mungkin ada d sisi sepanjang perjalanan menuju ke makam kerana berlaku tolak menolak semata mata mereka nak pastikan group mereka tak berpecah.Ramai golongan muda belia dari
Indonesia.Berada dalam masjid yang besar ummi tak tahu harus menuju ke mana kecuali ikot je pergerakan jemaah.melihat semua orang duduk,kita duduk .setengah jam kemudian semua orang berdiri dan berlari lari menuju ke depan,umi ikut je walau tak tahu harus kemana yang pasti ummi berpegangan tangan dgn kakak ummi.ketika ini ahli kumpulah terpecah kecuali kumpulan dari indonesia yang selalu dalam group kerana mereka berada dalam pakaian seragam masing masing,terpisahpun senang mencari kembali,berselisih dengan kumpulan dari indonesia,automatik kita beri laluan kerana pegangan tgn sesama mereka sukar d putuskan.
Setelah berlari lari beberapa menit,semua ahli jemaah duduk kembali.kelihatan d hadapan,petugas masjid berdiri mengawal suasana dan mengarahkan semua jemaah duduk berulang ulang kali dgn gaya sekali.ummi sangat terhibur mendengar orang arab berbahasa melayu ketika nemberi arahan.ketika ini ,duduk lebihkurang 1 jam.d hadapan ummi sekumpulan jemaah indonesia ,muda belia.ketua mereka beri tarbiyah ketika sedang menunggu.ketika petugas masjid terleka sebentar,ada je jemaah yg berlari melepasi tali penghadang..adoi,terjerit jeritlah petugas meminta semua jemaah duduk.
Di sebalik kepungan kain kat hadapan itulah terletaknya raudhah.ikot giliran utk masuk ke sana dan lebihkurang 10 minit je d benarkan kat dalam untuk ziarah makam dan berdoa d raudhah.kat sini fokus lah dengan cepat memberi salam dan berdoa kerana ramai yg menunggu giliran dan petugas masjid sentiasa arahkan kita gerak keluar.Bagaimana sesak,sukar dan teruji berada d raudhah,Allah mengetahui isi hati kita anakku.Begitu hebatnya cinta manusia pada kekasih Allah,berlumba lumba merempuh kesesakan hanya kerana cinta anakku.Benarlah,cinta pada Allah akan membawa cinta sesama makhluk.
Setiap kali solat lima waktu,seperti inilah keadaannya..lapang dan luas.mudah untuk golongan warga emas solat berjemaah d beranda masjid.ketika ini musim sejuk,kena pakai baju tebal,sarung tangan,tudung 2 lapis dan lip blm untuk melindungi bibir dari kering dan luka.setiap masa,lip balm ada dalam beg .
Selipar terletak je kat tepi tak ada masalah hilang.
Ana berjumpa dengan kawan sekolahnya elya,yang datang dengan keluarga.

D setiap tiang kat verandha,ada kerusi untuk mereka yang solat duduk,seperti gambar kat bawah.
Kelihatan cuaca cerah tetapi sebenarnya sejuk.



Kat sini jumpa kedai Bossku...hihi.ummi tengok baju jubah dan bercadang akn datang esok kerana tak bawa duit.alahai...pekedai terus isi dalam plastik dan berikan kat umi,katanya bayar esok.malas nak bertekak,umi amik je.dua hari kemudian umi g bayar.

Pak arab yg fasih melayu,kedai kedai berdekatan dengan hotel ,suka menggunakan bahasa melayu ketika jual beli kerana kawasan itu merupakan kawasan hotel untuk jemaah dari asia tenggara.mereka juga menerima ringgit malaysia.
Gambar kat bawah ni salah satu supermarket berhampiran dgn masjid.
5 hari ziarah kat madinah.selesai urusan ziarah masjid,rombongan akan d bawa melawat di luar kawasan masjid.
Perjalanan menaiki bas,melawat tempat tempat bersejarah .
rombongan melawat beberapa masjid yang menjadi saksi perjuangan nabi dan sahabat.Terdapat beberapa masjid yang kita tengok dari dalam bas sahaja kerana kedudukannya yang agak sempit tak ada parking.



Ladang kurma

Kedai cenderahati di ladang kurma

Bolih merasa buah kurma d kedai bila peniaga berkata 'halal' maksudnya kita bolih makan untuk try rasa kurma itu.

Bukit uhud.
Dataran uhud,bukit itu tempat tentera yg menggunakan panah.
Kat bawah bukit itu terletak nya kubur sayyidina Hamzah yang terkorban dalam peperangan.

Pemandangan bukit uhud dari jauh.







Gua tempat nabi d rawat ketika cedera

Tempat nabi mngatur tenteranya ,sebelum bergerak ke medan perang.
Perigi salman al farisi

Kebun kurma
Perigi
Ketika wafatnya rasulullah,sayyidina Ali amik air dari perigi ini untuk mandikan jenazah rasulullah.


Pintu masuk ke mata air yang di katakan d ludah rasulullah d gunakan sebagai penawar pada berbagai penyakit


Tempat rasulullah dan sahabat solat sunat,berdepan je dgn sumber mata air.








Gunung berapi









































































































Add caption

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN