Hari pendaftaran INTEC(international education college)
Bismillahirrahmanirrahim........................
Arini 7.7.2020 Hari pendaftaran anak bongsu ummi kat intec shah alam.
oversea,itulah harapan dan dan halatuju ana untuk belajar d universiti.mendapat email permohonan biasiswa d luluskan untuk jurusan akaun di Australia,dah membuatkan anak bongsu umi melonjak kegembiraan ,hati ummi yang berat lepas kan tawaran asasi law kat uitm apatah lagi bayaran pendaftaran telah dilaksanakan.ummi kena belajar redha sehingga mendasari relung hati ini,itu yang ummi faham.
Teringat usaha anak gadis ummi menghadapi temuduga biasiswa,banyak membaca ehwal semasa dan ketika temuduga berjalan,ummi mendengar d belakang pintu bilik,maklumlah temuduga online.menahan ketawa ketika mendengar jawapan ana,bab masak memasak.sukanya penemuduga bertanya bab masak atau beli ketika pkp (perintah kawalan pergerakan) berlangsung.keseluruhannya ,cara ana menjawab soalan,intonasi suara dan keyakinannya,sudah cukup meyakinkan ummi,ana layak dapat biasiswa,hanya lihat pada takdir kira ada rezeki untuk anak ummi.
Inilah rupa anak gadisku ketika menghadapi temuduga .Ini ketika sessi temuduga dgn drb hicom.
Bermula urusan membelibelah alat alat keperluan,dari peralatan bilik air,bilik tido,wangi wangian,obat dan skincare,makanan ringan juga ummi sediakan.sekali lagi kena buat medical checkup kerajaan dengan bayaran 330rm ,banyak ujian yang d lakukan utk ke oversea sebab itu bayarannya agak mahal berbanding dengan universiti tempatan hanya keluarkan bayaran sebanyak 21rm.
Ntahlah nak,semua kawan kawannya d kumpul nak dibawa gi intec,pemberi semangat untuk belajar katanya.penuhlah bonet kereta dengan barang barang keperluannya,tak tahulah esok ,bilamasa nak gerak g oversea,kat celah mana nak selit kawan kawannya itu.
Pendaftaran bermula awal,jam 8.30 pagi,kerana itulah kita gerak sehari awal.Bermalam d studio soho.bayaran 123rm semalam.walaupun studio,ada bilik dan ruang tamu yang berasingan.boking melalui bnb,sangat bersih dan cantik.setiap blok bangunan bersambung dan bolh jalan kaki je ke supermarket sogo melalui jejantas yg d bina .
X sempatpon nak guna mesin basuh tu.
Perut anak anak dah lapar,masuk aje sebarang kedai yang nampak,yang penting halal.kedai makan Sepiring,bolh tahan harganya,sepinggan nasi dangan ayam,sayur n sambalnya ,dalam 26 rm.Air kosong 3rm,ummi order air mangga,11rm.itulah lebih kurang purata harga makanan kat kedai,nak cari yamg murah,kena gi KFC.
Beli kasut kat sogo,ana nak gunakan kasut kesayangannya,mendengar khabar kena guna kasut yang sesuai dan formal,bergegaslah ke kedai kasut.
Foodcourt kat sogo
Seawal pagi,jam 8 bertolak g intec.Awal sangat.Abuya teruja lah ni.Hanya anak dan seorang penjaga d benarkan masuk .ummi d tempatkan kat kat dewan gymnasium sementara anak kat dewan yang lain,bersebelahan.sementara Abuya gi syeksyen 19 rumah abangnya.
Kehadiran benar benar ikot SOP yang d tetapkan kerajaan.pemakaian mask.
Jarak 1 meter antara satu sama lain.
Sessi taklimat bermula pukul 10 pagi,hu..hu..hu..menunggu itu perlukan kesabaran.ibubapa hanya tengok n dengar taklimat dari slide besar depan tu.
Dewan pelajar,gambar kat bawah nii.Alhamdulillah taklimat yg mudah d fahami,sangat jelas tentang duit makan yg akan d bank in ke cimb bank sebanyak 450 sebulan.Biaya kat oversea mengikut kadar keperluan d universiti yg d tawarkan.
Bila azan berkumandang,umi solat kat surau yang ada kat sini,Alhmdulillah d sediakan cendol.
Selesai urusan mendaftar kolej kat syeksyen 18,ummi gi asrama kat syeksyen 17.huhu..jauh gak kelas dorang ,memang tak kuasa nak jalan kaki kecuali suasana seperti gi umrah tu.Di maklumkan pihak intec sediakan bas untuk hadir ke kelas,sape sape yg degil tu,tak mahu ikut peraturan,dorang bawa je kereta sendiri,dengar dengarlah...dari senior intec.
Gambar kat bawah ni,pintu pagar asrama,gurd dah sedia ada kat sana.ibubapa tak d benarkan masuk ke bilik asrama kerana wabak covid,ummi angguk je ,tak elok nak bertekak dengan gurd kerana mereka hanya menjalankan tugas,nak merayu minta izin nak tengok gak bilik anak,jumpalah pengarah intec hihihu.ummi hanya tolong angkat barang barang ank sehingga ke kawasan yang paling dekat dengan asrama.Toleh kiri kanan,kelibat gurd tak nampak,ummi pon teruskan langkah kaki sampai kat bilik anak gadisku.
Kasihan anak gadisku yang kurus ni nak angkat beg beg besar,sampai kat atas pinggang dah sakit.
Kawasan tengah asrama ,padang
Aduhai...kasihan kena angkat barang sendiri.covid yg datang memeriahkan kehidupan makhluk d bumi,mengubah segala satu macam rentak kehidupan.ini tak bolh itu tak bolih.
Ruang tamu inilah sebagai bilik belajar.Terlihat sofa kat sana.
Tandas dan bilik air ,satu tempat.masih kelihatan lebihan bekas syampo dan sabun kat bilik air,milik penghuni sebelum ni..penghuni baru kenalah bergotongroyong bersihkan bilik.Terdengar juga keluhan dari ibu pada kawan ana tentang keadaan bilik anaknya yang sangat serabut..nasiblah,mungkin penghuni sebelum ini tak sempat nak kemas.
Dapur,bolhlah guna ricecooker.
2 orang sebilik.
Meja,katil dan almari baju berwarna pink.
Ummi siapkan cadar dan dan letak kawan kawan ana kat sana.Nak tolong kemas 1 bilik,memang tak dapatlah,maklumlah menyelinap masuk senyap senyap tetapi ada je ibu ibu yg tolong anak dorang sampai ke bilik.
Inilah rupanya asrama tu dari luar.
Selesai urusan lebihkurang 2.30 petang,bergegas cari kedai makan,jumpa kedai makan ayam penyet bersebelahan dengan secret resepi.Aircon,itu yang seronok,maklumlah cucu cucu bangsawan pon ikut gak.
Alhamdulillah,selesailah urusan pendaftaran intec pada 7.7.2020,serentak dengan sale pertengahan shoppe.kelamkabut nak order barang kat shoppe.
Duhai anakku.....ummi yakin,kasihsayang Allah dan keluarga akan menjaga dirimu di manapun kamu berada.
Salam asar anakku.
Comments